Aktiviti raya yang wajib setiap tahun untuk keluarga abah adalah perjumpaan keluarga Warisan Ayob Mohd Akil pada hari raya kedua bertempat di Felda Kemelah Segamat untuk kali ke-8. Keluarga Fiza antara keluarga yang terawal sampai sebab abah Fiza pengerusi majlis, haruslah kena datang awal. Untuk raya kedua Fiza dan husband pakai tema purple pulak. Eh, tersama macam tahun lepas. Memang baju tahun lepas pun. Raya pertama je semua baru, raya seterusnya pakai apa yang ada je la kan.
Antara aktiviti yang diadakan untuk perjumpaan keluarga adalah bacaan Yaasin & Tahlil, Cabutan bertuah, sukaneka, ucapan pengerusi, ucapan setiap keluarga, perkenalkan ahli keluarga, bergambar dan jamuan makan.
Untuk warisan Ayob Mohd Akil ni kalau tak silap dah sampai ke generasi kelima. Fiza di kira sebagai generasi ketiga. Ejaan Ayob ni buat Fiza confused yang mana satu betul. Orang dulu-dulu punya cerita kan. Tapi kalau ikut ejaan dalam IC abah Fiza, Ayub ejaanya.
Untuk warisan Ayob Mohd Akil ni kalau tak silap dah sampai ke generasi kelima. Fiza di kira sebagai generasi ketiga. Ejaan Ayob ni buat Fiza confused yang mana satu betul. Orang dulu-dulu punya cerita kan. Tapi kalau ikut ejaan dalam IC abah Fiza, Ayub ejaanya.
Warisan Ayob Mohd Akil
Md. Shah Bin Ayub (allahyarham)
Zaharah Binti Ayub (allahyarhamah)
Zamnah Binti Ayub (allahyarhamah)
Atan Bin Ayub (allahyarham)
Md Nor Bin Ayub
Hjh Munah Binti Ayub
Fatimah Binti Ayub (allahyarhamah)
Rahmah Binti Ayub
Rahimah Binti Ayub
Bibah Binti Ayub
Bila bergambar ramai-ramai ni susah nak susun dan masa agak terhad. Jadinya ambil je mana yang boleh dan ada. Untuk keluarga Fiza, cuma ada 4 beradik je untuk perjumpaan keluarga sebelah abah tahun ni. Azlina, Azmi, Azlinda dan Azhafizah (Fiza le).
Untuk pertama kalinya tahun ni Fiza agak bertuah sebab dalam cabutan bertuah. Jadilah kan dapat tupperware pun. Boleh simpan kuih raya ni. Biasanya perjumpaan keluarga ni sampai tengahari je. Kalau sampai petang memang tak terlarat semua orang. Cukuplah masa yang ada untuk berjumpa keluarga yang ramai dalam satu masa. Meriah betul cuma penat dan ada juga bosan menunggu masa tu. Tapi paling teruja bab cabutan bertuah tu. Masing-masing mengharapkan ada luck menang hadiah yang best-best tu.
Ada umur panjang, tahun depan berjumpa lagi.
wah..meriahnya dapat berkumpul ramai-ramai mcm ni
ReplyDeleteWah!!! Besar juga keluarga Fiza ni.. Meriah!!! (o) (h)
ReplyDeleteSeronoknya raya dapat kumpul ramai2 kan fiza
ReplyDeletedua-dua belah ramai ek...heee
ReplyDeleteeh..felda kemelah ek..satu kampung la kita...nama atok kita tok lobak..Tapi dah arwah keduanya
ReplyDelete