Nasi 7 Benua

Friday, April 24, 2015

Nasi 7 Benua antara menu yang patut di cuba ni. Sajian nasi yang unik dengan mengabungkan 7 jenis nasi iaitu nasi putih,nasi lemak,nasi minyak,nasi tomato,nasi lamuni,nasi kacang dan nasi hujan panas dalam satu pinggan. Macam berbaloi je dalam satu pinggan boleh rasa pelbagai jenis nasi.

Disajikan juga dengan pelbagai pilihan lauk pauk yang boleh dipilih mengikut ikut tekak memasing. Orang Penang dah tentu dapat merasa Nasi 7 Benua ni. Kalau yang ada singgah ke Penang tu jangan lupa merasa Nasi 7 Benua ni okay. Bookmark entry ni nanti senang nak cari. Untuk rujukan diri sendiri jugak sebab teruja tengok Nasi 7 benua ni. Jakun kita kejap!

Kalau nak buat sendiri memang taklah sebab nak masak satu nasi pun dah agak amek masa. =__='. Ni yang buat rasa nak ke Penang. Tetiba je..alahaiii #hatiperempuan.


Dapatkan Nasi 7 Benua di Koo Cafe yang beroperasi di Padang Bolasepak Sungai Ara,Pulau Pinang.
LANDMARK: SPICE (Penang) / dulu known as PISA

Facebook : www.facebook.com/KooboCafe

Ada yang mencuba Nasi 7 Benua ni?

14 comments

  1. baru je nmpak nasi 7 benua kat pen merah td...hehehe...1st time tgk..hehe

    ReplyDelete
  2. pertama kali dengar nasi 7 benua..mesti menarik ni..

    ReplyDelete
  3. pernah nmpk kawan post gambar nasi 7 benua ni..kita yg tengok pun jd teringin nk try! :P

    ReplyDelete
  4. mcm best jaa.. patut letak sushi skali kt menu tu, hikk...

    ReplyDelete
  5. subhanallah.cantik kaler nasi..nampakkk sodappp aihhhh.. astaghfirullah...perutku menahan laporrr... sobssss...

    terliuqqqq, nk cri area johor lahhh :)

    ReplyDelete
  6. huhu nk buat tak berapa pandai tgk gambar jer laa kitaa

    ReplyDelete
  7. tanye adik yang dok penang pasal nasi 7 benua ni,dia tak tau pun..mybe sbb dia belum menjelajah penang lagi kot

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.