Lontong Sedap dan Murah di Segamat

Friday, April 03, 2015

Dah lama sebenarnya teringin nak makan lontong sedap dan murah di Segamat ni. Bila balik kampung memang kalau boleh nak makan lontong masa sarapan pagi. Kalau nak buat sendiri memang taklah kan. Last two weeks masa balik kampung ada jugak masa free nak singgah beli.

Siap order awal via whatsapp lagi tu! Kemain excited nak makan lontong. Menu lontong ni hanya ada waktu pagi je untuk sarapan. So kenalah order awal takut habis.

Kalau orang segamat mesti tahu lokasi warung P.Ramlee dekat Buloh Kasap. Tapi sekarang dah turun signboard tu. Tak tahulah nama apa sekarang. Kenalah tanya blogger Nadira Jamaludin sebab warung ni family dia punya. Mak dia yang uruskan. 

Kebetulan dah berbelas tahun tak jumpa dia, dapat jugak jumpa tapi tak sempat pulak snap gambar sebab rushing haritu kejar masa. Seronok tekak dapat rasa lontong sedap mak dia buat. Tengoklah kemain penuh satu mangkuk. Banyak, murah dan sedap dengan hanya RM3.50. Walaupun banyak macam ni, kali ni takmo kongsi. Makan habis sorang²..teruk betul perangai.


Sebenarnya beli soto nasi sekali tapi tak sempat snap pulak anak buah dah makan. Malas nak kacau budak kecik tu..Soto pun RM3.50. Alhamdulillah rezeki tekak dapat rasa lontong sedap. Balik kampung memang nak order lagi..tapi tu lah kekadang balik kampung banyak makanan yang nak dimakannya..dasyat pulak dengar.hihi

Sesiapa yang datang segamat jangan lupa singgah Warung Nadira Jamaludin ye. Boleh contact dia kot nak tahu warung bukak ke boleh order awal.


22 comments

  1. padahal selalu sangat lalu kat buluh kasap tu...lepas ni kalau lalu mesti nak singgah la...murah kan...

    ReplyDelete
  2. makanan dulu-dulu jugak yang tetap menjadi pilihan kan...
    saya pun dah lama nak makan lontong...

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaa lontong. terliur pulak tengok :D

    ReplyDelete
  4. Tahu sangat Warung P.Ramlee ni kat mana..Kita orang Segamat jugak..Kak Fiza kampung kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mudah nak cari sebab tepi jalan besar je kan..Cik Mimie stay mane? Fiza kat Batu Anam..tapi dekat jugak kat Buloh Kasap sebab ikut jalan kuala Paya tu

      Delete
  5. dulu dok jb boleh kata hari2 masak lontong.bila dah kawen dok penang tak pernah masak pun..hahhahh..suami akak tak makan lontong tu yang malas nak masak..:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..perkara biasa kalau dah kahwin..ikut selera suami :)

      Delete
  6. fizah...adoiii ko saje nk wat aku rindu segamat hahahahaaa....x pe mgg ni aku blk aku pon nak terjah gak lak...hahahahaha masalah kita sama bila blk some nk makn hahahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..silalah terjah warung Ad.tak jauh pun kan..ye, masalahnya banyak benda nak di makan..leh bungkus :)

      Delete
  7. dah lama tak makan lontong buat sendiri... huhuhu :D

    ReplyDelete
  8. dah lame sgt xmkn lontong.. last mkn mase raye thn lepas.. huhu.. teringinnye..

    ReplyDelete
  9. Kt sini ssh nk jumpa klsu hari raya br laa jumpaaa..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.