Lari Ke Hutan Lalu Belok Ke Pantai

Saturday, September 05, 2020

Bila post gambar dekat pantai atau hutan mesti caption tu Fiza nak tulis "lari ke hutan lalu belok ke pantai". Entah kenapa lah terberkenan betul dengan puisi dalam cerita Ada Apa Dengan Cinta (AADC) tu sampai terbawa bawa ke hari ni.

Kawan-kawan, masih ingatkah lagi dengan puisi AADC ku lari ke hutan tu? Tak silap Fiza cerita AADC ni sangat popular zaman 80-an dulu. Ingat lagi tak? Ditayangkan tahun 2002.

Apehal dulu tengok cerita ni. Itu dulu, zaman muda remaja. Terjebak sebab mungkin masa tu tengah popular. Kita pun into the scene juga lah. 

Tak sangka ye sampai sekarang puisi tu masih AADC ku lari ke hutan tu masih jadi sebutan sampai sekarang. Yang Fiza ingat pun lari ke hutan lalu belok ke pantai. Tajuk tema puisi tentang seseorang.

Tentang Seseorang

Ku lari ke hutan, kemudian menyanyiku
Ku lari ke pantai, kemudian teriakku
Sepi-sepi dan sendiri
Aku benci

Aku ingin bingar,
Aku mau di pasar
Bosan Aku dengan penat,
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika Ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya biar ramai,
biar mengaduh sampai gaduh,
Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang di tembok keraton putih,
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya, biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan lalu belok ke pantai?

Dulu layan lah juga cerita ni. Remaja baru nak up lah katakan. Ada Apa Dengan Cinta 2 Fiza tak tengok sebab rasa dah cukup dewasa nak layan cerita remaja. Faktor usia pun ye juga.

Teringat cerita ni bukan apa. Sebab masa dok edit gambar dengan hutan ni terus teringat lah pusi rangga puisi aadc kulari ke hutan.

Sama juga bila nak post gambar pantai je mesti dok teringat puisi tu. Habis idea dah nak letak caption apa. Seorang Fiza bila sentiasa kering dengan idea tak tahu nak letak caption apa. Jarang update laman sosial lah katakan.

Tomato Photography Jungle Theme-Photografizaa

Well inilah hasil editing yang tak seberapa. Brush tak berapa bagus. Tapi better lah lepas guna stylus pen

Tomato Photography Jungle Theme-Photografizaa

Mana satu pilihan di hati? Alang-alang tu jomlah support instagram photography fiza @photografizaa. Kalau rajin follow lah, like dan komen. Tak rajin takpa, tak wajib buat pun.

Kira gambar tu ada kaitan dengan hutan jugalah kan. Cakap pasal hutan, rasa dah lama benar tak masuk hutan. Rindu bau hutan! Rindu nak hiking cerita dia.


Paling banyak repeat Bukit Broga. Masa tu tengah trend orang hiking Bukit Broga sebab view Bukit Broga cantik gila masa tu. Teringin nak hiking Bukit Kluang Terengganu tapi jauh pulak. View dia cantik sangat.

Tapi rasa nak pencen dah panjat bukit dan gunung. Seronok tu memang seronok bila berjaya sampai puncak. Husband pun kurang minat dah nak hiking. Lebih baik workout katanya.

Tambah lagi bermacam cerita yang tak sedap didengar terjadi pada pendaki rasa kurang selamat pula nak buat aktiviti hiking. Yang hilang dan baru baru-baru ni maut ketika mendaki. Bukan nak menakutkan.

Tapi yelah kan, benda buruk ni kat mana mana pun boleh jadi. Apapun kena berhati hati je lah masuk hutan. Baca doa semoga kita  sentiasa dilindungi Allah.

Lain orang lain minatnya. Mungkin setakat itu  je lah aktiviti hiking. Tapi kalau hiking santai santai ada trail yang mudah tu okay je rasanya. Cuma nak masuk the real hutan tu belum kuat lagi.

Setiap pendaki dia ada misi masing-masing. Ada yang nak tawan segala bukit dan gunung. Fiza ada kongsikan senarai bukit dan gunung menarik.

Untuk newbie mungkin boleh layan senarai bukit-bukit menarik untuk hiking ni dulu. Kagumlah dengan mereka yang kaki kuat hiking ni. Naik turun bukit gunung laju semacam. Kita ni terhegeh hegeh nak sampai puncak pun.

Opssss..melencung jauh dah ni Fiza oii..Mula kau sembang puisi AADC, lepas tu gambar hutan, sekarang masuk topik hiking pulak. Banyak betul corner dia. 

Itu tanda-tanda dah kena stop dulu sebelum merapu lagi. Selamat berhujung minggu semua.


25 comments

  1. Suka gambar tomato yang pertama.
    Saya suka jalan-jalan tepi hutan. Masuk ke dalam memang belum pernah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak. Jalan jalan tepi hutan bau hutan pun seronok juga kak.

      Delete
  2. Puisi legend, gambar tomato tu pun cantik dan sangat artistik!

    ReplyDelete
  3. Akak sampai sekarng tak suka filem tu , Fiza.Sebab dulu ada kawan indonesia yang suka sangat nyanyi2 lagu dalam filem ni. dia sangat baik dengan akak mula nya. RUpanya dia cekaunya bf kita. Sejak tu tak suka filem ni sebab dia je..Hahahah..

    Tq fiza perkenalkan pen stylus tu.Maisara suka sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooh ada kes rupanya. memang patutlah akak tak suka.

      Sama-sama kak. Okaylah kalau Maisara suka.

      Delete
  4. Cantik dua2 photo tomato tu...suka..

    ReplyDelete
  5. suka gambar yang first...

    AADC2 baru tengok hari tu bila geng2 bukak kat homestay...tapi tak follow dari awal sampai akhir..tengok2 gitu je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah dua vote dah ni. Terima kasih memilih :)

      AADC cerita lama ramai tak tengok dah. hihi

      Delete
  6. semua menarik dan cantik gmbar2 yg fiza paparkan..gudjob fiza!

    ReplyDelete
  7. Cerita favourite. Tapi sekarang takde mood dah layan cinta2 ni

    ReplyDelete
  8. gambar tomato tu dua dua cantik sangat!!

    Cik TK pun dah lama tak masuk hutan, tak panjat gunung (walau tak pernah sampai puncak). Tapi berada dekat dengan alam semula jadi kita itu sangat la best rasanya!

    ReplyDelete
  9. Aisemen....how come tomato pun blh elevated ke aura mysterious mcm ni?👏 Dua2 pun hebat! Tapi kalau kena pilih satu, akak pick #1.😊

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.