Si Bunga Daisy Kampung

Saturday, August 15, 2020

Selamat pagi semua. Selamat menikmati hari sabtu yang indah. Kemanakah harini? Ada yang pergi bercuti, ada yang balik kampung dan ada yang bekerja. Last balik kampung masa hari raya haji haritu. Itupun balik kejap. Jadi lah kan dapat cuti raya kejap.

Pagi pagi macam ni lepas breakfast, mulalah jelajah kawasan rumah dari depan ke belakang. Dari kiri ke kanan. Meninjau pokok mak yang ada. Mana yang berkenan, cakap terus. Tak payah bodek bodek dah. 

Pokok yang kita tak berkenan pun dia suruhnya kita bawa balik. Tapi ditolak mentah mentah. Pokok dah banyak kat rumah. Kecuali lah pokok yang rare yang cantik. Itu laju je ambil tak tolak. Perangai sangat kan!

Macam biasa sambil kita jelajah, kita ambil gambar sekeping dua. Tipulah sekeping dua. Ambil gambar pokok bunga mak sampai habis bateri handphone! Lighting pun on point sangat. Tak mungkin sekeping dua.

Bunga Daisy Orange

Si bunga Daisy berwarna oren/jingga, antara pokok bunga yang cantik kat halaman depan rumah mak. Ini jenis pokok bunga daisy kampung katanya lah. Pokok Daisy ni jenis mudah membiak dan berbunga sepanjang tahun.

Kenali Pokok Daisy

Pokok bunga Daisy berasal dari kawasan utara dan tengah Eropah. Tergolong dalam keluarga bunga Compositae yang terdiri daripada banyak kuntum kuntum kecil menjadi sekuntum bunga daisy.

Sejenis bunga yang sangat cantik dan mempunyai pelbagai warna. Ada warna putih, merah, pink, kuning, oren dan beberapa warna campuran.

Daisy bermaksud mula mekar/kembang pada waktu terbit matahari. Bunga Daisy dikatakan simbolik keikhlasan, kesetiaan dan kesucian. Sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah kepada seseorang.

Jenis-Jenis Bunga Daisy

  • Spanish Daisy
  • Blue Daisy
  • Lazy Daisy atau Prairie Daisy
  • African Daisy
  • Michaelmas Daisy
  • Swan River Daisy
  • Tatarian Daisy
  • Painted Daisy
  • Paris Daisy
  • Shasta Daisy
  • Crown-Daisy
  • Ox-eye Daisy
  • Nippon Oxeye Daisy
  • Giant Daisy
  • African Daisy
  • Kingfisher Daisy
  • Sunshine Daisy
  • Gerbera Daisy
  • Transvaal Daisy atau Barberton Daisy
  • Tahoka Daisy
  • Livingstone Daisy
  • Gloriosa Daisy
  • Dahlberg Daisy Butter Daisy

Yang paling popular adalah si Daisy yang bernama Shasta Daisy dan African Daisy. Dan ada beberapa jenis pokok bunga Daisy hanya boleh ditanam dan hidup di kawasan sejuk. Kalau di Malaysia ni, di Cameron Highland.

Itu sebabnya kalau beli pokok bunga di Malaysia (Cameron Highland) jangan mimpi nak beli pokok bunga yang cantik dan hanya sesuai hidup di tempat sejuk je. Sebelum membeli kena tanya dulu. Kalau tidak, sesia je beli. Bawak balik rumah, beberapa hari seterusnya tak mampu hidup dah.

Cara Tanaman Pokok Bunga Daisy

Pokok bunga daisy dibiakkan melalui biji benih bunga daisy dengan cara tabur terus atas tanah. Mudah sangat kan? Kalau medium tanah tu keras dan padat, sebaiknya gembur gembur kan dulu untuk memudahkan proses pertumbuhan akar dan pokok.

Pastikan juga kawasan tersebut mempunyai cahaya matahari yang cukup dan tidak terdedah kepada cahaya matahari dan cuaca panas terik. Jika cuaca panas, selalu lah siram dan baja sebulan sekali.

Penjagaan Pokok Bunga Daisy

Jika pokok bunga diserang serangga perosak atau penyakit. Boleh gunakan racun kulat. Kat nursery ada, tanya je pada tuan punya kedai. Letakkan baja fosfur untuk dapat bunga yang besar dan cantik. 

Bila musim kerap hujan, tutup pokok bunga dengan plastik lutsinar atau sesuatu yang boleh ditembusi cahaya untuk mengelakkan pokok bunga terlebih air siraman. 

Mak Fiza tak tanam dalam pasu. Tanam atas tanah  terus dan terdedah kepada cahaya matahari. Elok pula dia hidup. Pokok pokok kat kampung ni tak payah jaga sangat pun dia boleh hidup membesar dan membiak dengan banyak.

Yang kat bandar ni, dah letak dalam pasu cantik pun dia tak mahu nak hidup elok elok. Itu namanya cuaca dan udara kat bandar ni kurang sesuai untuk pokok tu. Kena faham juga lah karenah pokok yang sesuai di tanam dengan persekitaran di rumah kita.

Bukan salah tangan kita panas atau tak pandai tanam pokok. Ada banyak faktor yang membuatkan pokok tu tak hidup sihat. Faktor cuaca, persekitaran, pencahayaan, air siraman, baja dan lain-lain lagi lah. Cewahhh bercakap macam pandai sangat bab pokok ni.

Bukan lah pakar sangat pun. Cuma bercakap dari pengalaman sendiri je. Dulu give up terus nak tanam pokok bunga. Sampai habis pokok dan pasu angkut letak kat kampung semula. Punyalah merajuk dengan pokok pokok semua.

Nahhh, sekarang gigih kumpul semula pokok pokok hidup. Tak banyak mana pun sebab laman pun tak berapa nak besar. Tak muat dah nak tambah pokok baru. 

Cakap je tak muat tapi tiap kali balik kampung, ada je pokok dia bawak. Cakap tak serupa bikin. Mak yang suruh bawa. Aci tak guna alasan tu. 

Ada orang kata membazir je beli dan tanam pokok bunga. Ehhhhh minat masing-masing kan. Walaupun pokok bunga ni tak mendatang hasil untuk dimakan atau digunakan. Tapi hobi bercucuk tanam ni boleh dijadikan sebagai terapi jiwa. Tak gitu?

Takyah kecam sangat lah. Hobi masing-masing okay!

Sumber info : jomtanambunga

40 comments

  1. Cantiknya gambar daisy tuuu...

    Kalau pokok dari Cameron Highland, memang susah sikit nak hidup kat bandar ni panas... Tak sesuai suhunya...

    ReplyDelete
  2. Cantiknya daisy tu, menawan hati sungguh.

    Akk pun kalau balik kg kadang tu 'tapau' juga pokok2 ayah mertua haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat menawan hati. wajib tapau kalau ada yang berkenan :)

      Delete
  3. Masha Allah, bunganya cantik sangat :)

    Saya dulu saat kecil paling suka nanam bunga yang ada kembangnya yang cantik begini.
    Tapi saya belum pernah menanam bunga Daisy cantik ini sih.

    Seringnya saya nanam bunga matahari atau sunflower dan bunga mawar :)
    Kalau bunganya sudah merekah begini, saya nggak berhenti ngamatin sambil dicium-cium harumnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak, bunganya sangat cantik berkembang.Ada masa bolehlah cuba tanam nanti.

      Bunga matahari lagi cantik. Suasana pun nampak ceria. tanam bunga mawar bau harum dia lagi best.

      Delete
  4. weiii gitu amek guna handphone? lawa gilerrrr fiza oiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa gitu je kaedahnya guna handphone. Terima kasih banyak banyak :)

      Delete
  5. soooo pretty!!!! oyen yg menawan 😍😍

    ReplyDelete
  6. cantik fiza pokok daisy ni..lagi-lagi warna oren..kalau duk depan rumah pokok dia nmpak dulu kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik Shida. warna oren tu menyerlah sangat.

      Delete
  7. Saya ni pokok bunga kertas je yang pandai jaga,,huwaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay juga tu boleh jaga pokok bunga kertas. Boleh tahan susah juga nak jaga pokok bunga kertas.

      Delete
  8. betul best tanam pokok bunga , lagi lagi kala bermacam warna sejuk je mata memandang . tapi tulah kena rajin siram , melainkan kalau selalu hujan .Bunga daisy jarang sangat nampak dekat area rumah saya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu hujan pun tak bagus sangat untuk pokok yang jenis tak boleh air terlebih. bunga daisy ni tak ramai yang suka tanam mungkin lah

      Delete
  9. Waah ternyata ... bunga daisy itu banyak jenisnya ya!.
    Kirain selama ini ya cuma ada satu jenis.

    Sebetulnya mudah ngga sih tanaman bunga ini ditanam ?.
    Dirumahku yang udaranya cenderung sejuk tapi kok sulit mau tumbuh ya ?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap tumbuhan pasti banyak jenisnya. cuma kita yang kurang tahu.

      mungkin jenis medium tanah kurang sesuai kot.

      Delete
  10. bunganya dah sememangnya cantik. tambah pulak photography skill akak. lagi daboom jadinya.

    ReplyDelete
  11. Hihi cheq pun suka tangkap gambaq bunga. Dlm smatpon cheq ni banyak gambaq bunga saja 😆🌷

    ReplyDelete
  12. Seronok rasanya kalau tanam pokok bunga, hidup subur dan berbunga.

    ReplyDelete
  13. saya cuma tahu gerbera daisy je. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gerbera Daisy cantik. Banyak letak dalam flower bouquet kan.

      Delete
  14. ada 1 nama tertinggal...Eva Daisy hahaha tu nama anak kawan sy (selingan)... antara bunga yg org suka tanam selain ros. ms opah sy sihat dia mmg suka tanam pokok ni. pantang g rumah org ada tanam pokok ni dia mesti minta anak pokok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye. ada kisah disebaliknya. Mesti banyak koleksi pokok opah anies.

      Delete
  15. cantiknyaaa bunga daisy..akak suka la jugak tengok bunga..tapi nak menanamnye tu alahai..tangan ku tak sejuk..kang mampoih semua pokok bunga tak berbunga-bunga..hahaha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.