Roti Gardenia Ala Eropah

Sunday, April 05, 2020

Macamana dengan stok roti gardenia minggu ke tiga PKP? Ada yang masih belum nampak lagi stok roti ke? Rasanya stok roti gardenia yang putih tu dah kembali stabil rasanya kot kan. Sangat terlajak laris roti putih tu sejak PKP bermula dan bermacam kisah roti gardenia ni sampaikan ada orang bawa lari lori tu. Ish ish ish..sampai macam tu sekali.

Sebenarnya dalam keadaan macam ni, kita tak boleh nak memilih sangat dan kita banyak pilihan sebenarnya. Cuma kita je nak atau tidak. Kalau ikut keperluan, beli je mana yang ada. Buat masa ni Fiza memang tak dapat lagi lah stok roti putih tu. Husband pun baru sekali dua keluar beli barang. Sekali dua tu lah stok roti tak ada. Its okay.



Pesan kat husband beli roti gardenia bonjour ala Eropah tu je lah since masa diet dulu memang suka makan roti ni. 2 Minggu lebih baru rasa nak makan roti. Syukur ada juga stok roti bonjour ni ha. Walaupun harga dia agak mahal sikit tapi okaylah berbaloi dengan khasiat dan rasa dia memang sedap tak nak kalah. Sedap kalau buat sandwich dan letak nuggets goreng. 

Dulu masa diet susah nak jumpa. Bila roti putih jadi pujaan ramai, roti ni dipandang sepi pulak. Sebenarnya ada 3 jenis roti ala Eropah Gardenia ni. Semua sedap! Kalau Bonjour ni ada sunflower seeds, Passione gabungan herba itali, minyak zaitun serta tomato dan Sommerset pulak mengandungi grains dan seeds.  Sangat sesuai untuk mereka yang berdiet sebab banyak serat dan 0% lemak trans. 

Tak ada roti gardenia. Jangan risau-risau lah sebab kita ada banyak pilihan jenama roti yang ada di Malaysia ni. Make sure yang borong banyak tu habiskan sebelum expired. Kalau beli banyak banyak tapi membazir sampai expired tu memang tak patut lah kan. 


32 comments

  1. Bnayak jenis jugak roti Gardenia ni eh..yg tahu roti putih, roti butterscotch..tu je yg selalu makan..hihi..

    ReplyDelete
  2. tak pernah tengok lagi roti ni kat sini, mgkin tak masuk pasaran Sarawak. kat rumah saya, mesti ada stok bread putih sebab anak dah cam makanan ruji dia roti tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin jugalah tak sampai pasaran kat sana. roti putih memang fav anak anak. kadang dorang jemu gak makan nasi kan.

      Delete
  3. Baru tahu ada jenis lain.
    Waktu begini boleh rasa jenis roti lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak. nanti kalau cuba jangan lupa beli dan cuba rasa okay :)

      Delete
  4. musim PKP ni dua kali je beli roti..lepas kejadian expired sampai berkulat walau baru sehari lepas tarikh, terus tak beli dah...baik bagi orang lain yang lebih perlu untuk beli...huhuhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh cepat berkulat ye. overproduce kurang sikit kualiti kot kan.

      Delete
  5. Akak pernah try Sommerset tu. Sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sommerset tu tak pernah cuba lagi sebab selalu jumap yang bonjour je ada. huhu

      Delete
  6. Kalau dibuat roti bakar isi cokelat, pasti sedap ya kak, apalagi ditambah selai kacang
    hmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. roti bakar guna roti ni belum cuba lagi. tapi kalau sapuan coklat dan kacang memang sedap.

      Delete
  7. belum pernah beli yang ni..roti putih masih ada stok..

    ReplyDelete
  8. Sejak PKP ni dah jarang2 keluar membeli belah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye wak. keluar rumah seminggu sekali je beli barang keperluan.

      Delete
  9. Selalu je Dina nampak roti ni dekat jaya grocer. Banyak kali dah teringin nak cuba. Tapi takut tak kena pada selera. Tapi kalau awak kata sedap, I should try it! hehe

    ReplyDelete
  10. Terlihat sedap rotinya, jadi buat penasaran ka untuk mecobanya.

    ReplyDelete
  11. Dari ketigan variannya, aku lebih tertarik ingin cobain yang Passione.
    Sepertinya sangat enak karrna bahan pambuatannya oil herbal dari Italy

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu belum cuba lagi. teringin juga nak cuba tapi belum jumpa lagi.

      Delete
  12. takpernah try yang ni haha kat sini yang putih pun dah susah cari, yang ni lagilah

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah di kawasan rumah ni stock Gardenia sentiasa ada. kurang pun kira still ada jugakla di rack tu..

    jenis ni belom pernah cuba. usually beli roti bilis dan chocolate sebiji sebiji tu =D

    ReplyDelete
  14. tq share this... baru perasan function teruk roti bonjour ni. pernah je nampak dia, tapi sebab tak pernah beli, so buat tak tahu je lah... musim PKP ni, mujur roti wheatmeal pun dibuat tak tahu, jadi sis mmg beruntung laa sebab suka makan yg bungkus hijau tu. tapi nampak gayanya mcm teliur je dgn sandwich nugget tu... mcm nak try laa pulak... heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua jenis roti dan jenama memang berfungsi habis musim PKP ni. selamat mencuba buat sandwich nuggets tu.rasa sekali pasti nak lagi :)

      Delete
  15. tak pernah nampak pula roti ini.. mungkin sini tak banyak permintaan kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga kak..mungkin ada di sesetengah tempat je

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.