Lontong Kuah Lodeh Vs Lontong Goreng

Wednesday, April 08, 2020

Teringin nak makan lontong dan kalau buat lontong kena ada sambal tumis tu baru sedap. Alang-alang buat sambal tumis tu, masak sekali pulut kuning sebab husband sejenis yang tak suka makan lontong. Bila buat sambal tumis tu bolehlah dipadankan dengan pulut kuning. Pulut kuning pulak tu favourite dia. So kenalah masak dua menu. Eh, 3 menu sekali sebab kena masak sambal sekali. Mujur tak kena masak kuah kacang Sekali. Dah ada sambal tumis tu kira okaylah. 

Lontong kuah lodeh ni favourite Fiza. Orang johor dan lontong berpisah tiada. Dapat breakfast lontong memang best tapi tak banyak kedai jual lontong waktu pagi untuk breakfast. Kat johor je la yang senang jumpa pun. Disebabkan teringin nak makan, gigih jugaklah buat sebab masa husband keluar beli barang haritu dah beli bahan siap-siap.


Alhamdulillah, lega dan dapat makan. Tapi yang tak bestnya santan yang Fiza guna tu mungkin kurang elok. Kebetulan ada stok santan segar dalam peti ais. Kalau tidak, memang guna santan kotak je. Tak sempat sampai malam, kuah rasa macam masam nak basi tu lah. Fiza terus rendam air panas dan bilas dengan air panas juga. Tapiskan dan simpan dalam peti ais. Esok paginya baru masak lontong goreng. 


Mujur dapat diselamatkan dan cepat bertindak. Kalau tidak dah membazir bahan-bahan dah. Aduhaii sayang kalau terbuang ni. Rezeki lah dapat rasa dua-dua jenis lontong kan. Lontong kuah lodeh vs lontong goreng. Dua-dua suka! Susah nak buat pilihan kalau dah dua-dua sedap. 



41 comments

  1. Sedapnya..lama xmkn mcm ni di kedai . Msk sndri jimat

    ReplyDelete
  2. nampak menyelerakan lah fiza. yalah kan dpt diselamatkan why not. lagipun masa PKP ni semua harus berjimat.

    ReplyDelete
  3. sedap nih..pernah makan lontong goreng di Medan Mara, suka...

    ReplyDelete
  4. Yeah.. saya orang Johorr.. sangat sukaa lontonggggggggg.. memang sedap, tak makan dalam masa senulan, rasa tak sah.. hahaaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung betul dok johor selalu dapat makan lontong. kita ni balik kampung kat johor baru dapat merasa.

      Delete
  5. wah~ di johor la paling senang nak jumpa lontong ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul aien. Kita balik johor baru dapat merasa beli kat kedai.

      Delete
  6. Sedapnya ya ampuuunn!!! Saya ni kena tunggu raya, balik kampung baru dapat makan lontong dengan kuah lodeh! Tahun ini, entahlah... covid-19 punya pasal, tak tahulah boleh balik kampung ke tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, kalau tak dapat balik kita cuba masak sendiri :)

      Delete
  7. sedapnya kuah lodeh dan lontong, sy org Johor memang vote menu ni..hehe..

    ReplyDelete
  8. Dina suka lontong. Tapi tak pernah cuba yang goreng punya lagi.

    ReplyDelete
  9. Sedap nampak lontong Fiza macam yang orang biasa jual.
    Mrs. A suka lontong kuah lodeh campur dengan kuah kacang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak. makan dengan kuah kacang pun sedap tapi tulah banyak kerja pulak nak buat kuah kacang. ada sambal tumis ni kira cukup dah. boleh buat next time :)

      Delete
  10. Kalau yang ada kuah tu wak panggil lontong laut
    Kalau yang kering tu wak panggil lontong darat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh pernah dengar jugak orang panggil macam tu wak

      Delete
  11. wow yummy cara penyajiannya.. seketika saya jadi lapar Cik

    ReplyDelete
  12. looks yummy....rietta suka lontong...tpi kuah lodeh...lontong goreng xpernah cuba lgi...

    ReplyDelete
  13. Sedap nian lontong gorengnya ...,bumbunya tampak sempurna.

    ReplyDelete
  14. kuah lodehhhh fevret !! hehe.. yang lontong goreng tu penah rasa..
    kawan orang Batu Pahat masakkan..

    ReplyDelete
  15. Saya suka 2,2. Memang orang johor favourite kuah lodeh tu

    ReplyDelete
  16. lontong goreng tk pernh mkn..lontong lodeh lastweek makmertua masak

    ReplyDelete
  17. ayok... my feveret... mana nak cari musim pkp ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. musim pkp ni memang kena buat sendiri sebab tak banyak kedai buka :(

      Delete
    2. tu la..., buat sendiri tak reti... nak kena mintak MIL buatkan nih hahaha

      Delete
  18. sha tak pernah cuba lagi lontong goreng..
    kuah lodeh tu memang feveret.. Selalunya makan siap ada sambal tumis.. pergh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasni boleh cuba lontong goreng pulak then boleh compare mana sedap. dua dua pun sodap kot :)

      Delete
  19. sedapnyaaa uikk! semalam baru aje buat lontong untuk makan dengan soto...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.