Sebab Sebab Kenapa Berat Badan Susah Nak Turun

Sunday, March 12, 2017

Semua orang nak kurus. Nak nampak cantik dan sihat katanya. Kalau gemuk tak cantik ke? Cantik je abang kakak semua. Gemuk tu comel kan. Kalau dari pengalaman zaman gemuk Fiza sendiri, melalui zaman gemuk bukan mudah ye. Nak kurus tapi hari-hari tak tahan godaan makanan. Dah tu, bila nak kurusnya? Bila gemuk ni bukan tak sihat tapi cepat penat bila buat kerja berat sikit. Nak memilih baju satu masalah juga. Tak semua baju yang kita minat dan suka ada saiz kita. Terpaksa berkecil hati sendiri. Dah tu, siapa suruh gemuk. Kan dah menyesal.

Sebelum menyesal lagi dan lagi, kenalah sedar diri. Korang yang badan berisi jangan terasa dengan perkataan gemuk ni ye. Fiza tujukan untuk diri sendiri sebab sedar diri. Bila dah gemuk ni mulalah bising. Buat kerja sikit dah cakap penat. Baru buat kerja sikit berpeluh lebih. Nak memilih baju takde saiz. Orang ejek gemuk, mampu senyum je. Kesian kan. Sedapkan hati sendiri" Biar gemuk janji orang sayang, janji bahagia". Ye, memang bahagia dan orang sayang. Tapi bukan ke kalau kita gemuk akan ada potensi untuk menghidapi penyakit seperti diabetis, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya. Takut kan! Oleh sebab itu, kita kena ambil langkah berjaga-jaga menjaga kesihatan. Orang kata "Mencegah lebih baik dari mengubati".

Nak turunkan berat badan atau dalam erti kata lain nak kurus mudah je sebenarnya. Kena disiplin dalam menjaga pemakanan, membuat senaman dan juga pengambilan makanan tambahan (supplement)

Kalau masih tak menampakkan kesannya, ini dia sebab sebab kenapa berat badan susah nak turun. Jadi, korang kena elakkan semua benda ni kalau nak kurus dengan sihat.

1. Minum air kuantiti gula yang tinggi
2. Kurang tidur
3. Tidak bersarapan
4. Makan terlalu cepat
5. Kurang minum air masak
6. Makan ketika stress
7. Pengambilan kerborhidrat berlebihan
8. Makan dengan kuantiti yang banyak
9. Malas bersenam
10. Makan lewat malam.


http://www.azhafizah.com/
Sumber dari penchak
Kurang tidur, tidak bersarapan, kurang minum air masak, malas bersenam dan makan lewat makan tu perkara perkara yang selalu sangat orang buat kan. Mulai sekarang, jangan amalkan benda yang tak elok semua tu. Amalkan gaya hidup sihat.


15 comments on "Sebab Sebab Kenapa Berat Badan Susah Nak Turun"
  1. Memang most of the list tu, syira buat.. Haish, cmne nak dapatkn gaya hidup sihat kalau cmtu..sob sob..

    ReplyDelete
  2. BF ni berat badan maintain lepas bersalin,seronok sangat...saya dah boleh buat yang no.5 tu..hehehe

    ReplyDelete
  3. jom kita maintainkan..amal gaya hidup sihat

    ReplyDelete
  4. Memang kena banyak minum air masak nak sihat dan cantik :)

    ReplyDelete
  5. sangat setuju ! nak kurus bukan untuk cntik tapi utk kesihatan diri kita sdiri.

    ReplyDelete
  6. Kak fizah, betul tuh. Uyul setuju. Uyul pun gemok jugak. Tengah dlam proses jaga makan, workout dah jadi habit.

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  7. byk perkara yg aida selalu buat tu, fiza hu hu hu...
    patot ler :(

    ReplyDelete
  8. air manis susah nk tggal.. teh susu..hihi

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik dan jaga adab sebagai komentator. Terima kasih.

Auto Post Signature

Auto Post  Signature