Kesan Dari Tidak Cukup Tidur

Tuesday, March 07, 2017

Paling nikmat kalau dapat tidur lena yang cukup. Barulah sihat tubuh badan bangun tidur waktu pagi tu. Inilah namanya tidur yang berkualiti. Tapi bukan mudah nak cukup tidur secukupnya. Jarang-jarang sekali dapat tidur yang cukup. Itupun kalau betul-betul ada masa lebih. Kalau tak, jangan berharap nak tidur cukup.

Seringkali niat dalam hati nak tidur awal setiap hari. Tapi masuk tidur awal pun bukan dapat tidur awal pun. Ada je penghalang  nak tidur awal ni. Sebenarnya kita ni dah biasa tidur lewat, itulah sebabnya susah sangat nak tidur awal. Dah jadi habit zaman sekarang tidur lewat. Mana taknya, menghadap handphone sebelum tidur memang payah nak mengantuk. Selain tu, mereka yang bekerja kuat hari-hari perlu menghadap kerja sampai siap. Terpaksa tidur lewat. Banyak sebab kenapa tidur tak cukup zaman sekarang ni. Usah dibezakan dengan zaman dulu tidur awal sebab zaman dulu takde apa yang menarik selain tengok TV sampai lewat malam. 

Kredit imej:google

Bila dah tidur lewat, esoknya mendapatlah mata panda tu. Sebenarnya banyak kesan dari tidak cukup tidur ni. Paling ketara bab pening kepala tu. Seriously sangat-sangat pening kepala kalau tak cukup tidur. Rasa berdenyut-denyut lain macam.

Kesan Dari Tidak Cukup Tidur

1. Peningkatan Berat badan
2. Tekanan Darah Tinggi
3. Sistem Imun kurang Berkesan
4. Badan Jadi Lemah dan Lesu
5. Muka tidak ceria dan pucat
6. Pedih Pedih mata
7. Mata Jadi Merah
8. Mudah Tumbuh jerawat pada muka
9. Menyebabkan otak serabut dan tertekan
10. Mudah Pening Kepala

Kesan daripada tak cukup tidur ni bukan je beri kesan pada kesihatan tubuh badan tapi memberi kesan juga pada kecantikan. Kalau nak cantik dan nak sihat, pastikan tidur yang cukup setiap hari ye. Boleh ke? Confirm boleh kalau takde komitmen lain. Ye lah, kalau mereka yang ada anak kecil mungkin agak struggle nak cukupkan waktu tidur. Tapi sekurang-kurangnya dapat tidur 6 jam sehari pun dah mencukupi kan. Yang penting kita berusaha untuk amalkan gaya hidup yang sihat. Jomlah kita tidur awal. 

12 comments on "Kesan Dari Tidak Cukup Tidur"
  1. bahaya kan
    so kita kena tido yang dan rehat yg cukup

    ReplyDelete
  2. Tak boleh jadi ni. Lepas ni kena usaha juga untuk dapatkan tidur yg cukup.

    Thanks for the info!

    ReplyDelete
  3. simptom2 yang ada pada akak..
    nampaknya kena ubah cara & waktu tidur huhu

    ReplyDelete
  4. betul tu,biar tak cukup makan,jangan tak cukup tidor.

    ReplyDelete
  5. kalau sy, tak cukup tidur kompem sakit kepala satu hari tu. then moody gilaa ada je tak kena hahahaha. Kalau tang muka pulak kalau tak cukup tidur ni dia jadi mudah naik jerawat.

    ReplyDelete
  6. pernah rasa semua tu...
    tapi sekarang alhamdulillah, dah dapat manage masa rehat & kerja...

    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.my

    ReplyDelete
  7. pastikan tido cukup, tapi jangan berlebihan

    ReplyDelete
  8. setuju ! slalu ju alami sakit kepala kalo xcukup tdur, x semena2 effect mood seharian. huhu

    ReplyDelete
  9. ada sikit kot kesan tu..selagi tak pukul 12 malam jarang boleh tido..kecuali dah penat sangat
    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  10. susah la fiza nk dptkan tido yg cukup.. anak kecik2 lg..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan.

Auto Post Signature

Auto Post  Signature