Cheque Nuffnang Yang Terakhir Mungkin

Thursday, March 16, 2017

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Hati berbunga-bunga bila cheque Nuffnang sampai. Blogger mana yang tak seronok kalau dapat duit hasil daripada blog. Seronok ya amat! Alhamdulillah. Walau berapa pun jumlahnya, sekurang-kurangnya dapat tambah duit belanja sikit daripada takde. Kalau tahun lepas boleh di katakan setiap bulan ada rezeki Fiza cashout duit Nuffnang ni. Tapi tahun ni rezeki Nuffnang agak berkurang.

Ramai antara blogger yang kecewa dengan Nuffnang disebabkan earnings yang sangat-sangat slow. Kalau dapat CPUV (COST-PER-UNIQUE-VISIT) campaign pun, kenaikan earnings setiap hari sen-sen je. Bayangkan CPUV campaigns dapat pada 28 Feb 2017 dan jumlah earnings pada 16 March 2017 hanya RM1.48 je. Cuba kira berapa hari kumpul untuk dapat RM1.48 tu. Agak-agak berapa hari pula nak kumpul limit cash out tu? Confirm lah berbulan-bulan baru dapat cash out lagi. Sedih kan? itulah sebabnya ini cheque nuffnang yang terakhir mungkin. Mungkinlah.


Setakat ni Fiza masih letak lagi 1 iklan Nuffnnang dalam blog disebabkan tiada iklan yang baru. Fiza masih dalam proses permohonan google adsense. Ini entah kali ke berapa Fiza apply entah. Harap-harap kali ni dapat lah. Aaaminn... nak jugak merasa income dari google adsense pula. Iklan innity pun dah makin slow juga. Bila dua-dua dah slow memang kena cari alternatif lain la untuk income dari blog ni. Dari ruang terbiar kosong, baik letak sesuatu yang lebih mendatangkan hasil.

Korang ada cadangan tak nak apply pengiklanan apa lagi selain google adsense yang boleh mendatangkan hasil yang lebih baik? Kalau ada meh la share kalau sudi. Kalau takde, terpaksalah setia bersama Nuffnang. Nak merajuk pun bukan Nuffnang naikkan eranings pun kan. Ramai blogger yang dah say bye bye kat Nuffnang. Kebanyakkannya macam nak melepaskan Nuffnang terus. Tak tahu nak kesian kat Nuffnang ke nak kesiankan diri sendiri. Bertabahlah dengan apa yang jadi. Moga ada rezeki yang lebih baik akan datang. Harap-harap begitulah. Yang penting, berusaha selagi boleh. Jangan cepat kecewa okay! Percaya pada rezeki masing-masing.

With Love, Sihatimerahjambu

18 comments

  1. Tahniah sebab berjaya cash out Nuffnang. siqah tak pernah lagi cash out. Sebab rasa tak berbaloi. Huhu.

    Apply jugak google adsense tapi masih tak approve lagi :(

    ReplyDelete
  2. Kan... Ingat LeYa je yang perasan Nuffnang semakin slow.. Emmm...Boleh cuba pengiklanan 8Share. Best juga...

    ReplyDelete
  3. ingatkan saya jer..rupanya ramai yg senasib yer.. alahai

    ReplyDelete
  4. Tak boleh harapkan nuffnnag aje.
    kena cari alternatif lain juga.

    ReplyDelete
  5. yeke...patutlah blog yang suam macam blog akak ni lagilah...tak merasa cash out rasanya...last awal 2016 kot iklan masuk...start aktif balik tahun ni masih tiada iklan...hrmmm....sedey....bertabahlah semua yerk...

    pstt - nanti share la cara nak buat adsense google tu...nak buat jugak...heheh...n innity tu...tapi sure kena blogger yang aktif ye dop

    ReplyDelete
  6. Alhamdullillhh. uyul tak pernah dapat pun lagi income dari Nuffnang. rezeki akakkk.

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  7. syoknya fizah....akak tak pernah lagi keluarkan sejak 2008. setuju sgt NN memang slowlah...

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum fizah...seronokkan dpt cek dr hasil usaha berblog...

    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  9. Kira powerlaa tu kak masih boleh dapat income dari Nuffnang. Saya memang sendulaa. Tapi kalau adsense, laju jugaklaa dia naik.

    ReplyDelete
  10. Terimakasih atas sharing ilmu dan pengetahuannya. semoga selalu menjadi manfaat bagi semuanya. salam sukses selalu. Amin

    http://karanganbungapapanblog.wordpress.com

    ReplyDelete
  11. akak pun rasanya kali terakhir..sedang apply google adsense jugak

    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  12. busyra bru ja guna adsense.. nuffnang mmg betul la apa akak ckp tu.. huhu. susah nau nak naik.

    ReplyDelete
  13. saya dah lama say goodbye dengan Nuffnang..

    buat duit cara affiliate sahaja..

    memang sukar tetapi usahakan sedaya upaya

    ReplyDelete
  14. kbykn blog ju singgah pun ada kata sumber dr nuffnang da smakin kurg. Btw, nasib juga dpt cashout kn.. mgkin kelak nuffnang akan ok smula, insyallah =)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.