Light Sensation di Dataran Pahlawan, Melaka

Sunday, December 18, 2016

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Musim cuti sekolah macam-macam event berlansung sana sini. Tak ketinggalan juga Light Sensation di Dataran Pahlawan Melaka yang bermula 15 Disember 2016 yang lepas sehingga 2 Januari. Pameran Nightscape of Light Sensation bertemakan  Love Series mempamerkan 32,888 kuntum bunga mawar LED (Diod pemancar cahaya) memenuhi ruang Dataran Pahlawan.

Memang cantik suasana Dataran Pahlawan di waktu malam diterangi bunga mawar LED ni kan. Kalau bercuti di Melaka tu jangan lepaskan peluang singgah di Dataran Pahlawan ambil gambar bersama lampu bunga mawar yang berwarna warni dan pelbagai bentuk di buat dengan menggunakan bunga tersebut.


Katanya harga tiket bermula RM10 hingga RM30. Pameran yang berlangsung bermula 2 petang sehingga 12 tengah malam tu berlainan daripada pameran yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Serdang sebelum ini daripada aspek reka bentuk bunga yang disusun menggunakan kuntuman bunga mawar LED.

Kalau sebelum ni tak sempat nak ke Light Sensation Taman Ekspo Pertanian Serdang, boleh pergi Light Sensation di Dataran Pahlawan ni.


Bila dah bertemakan love series, haruslah kena ada bentuk 'love' kan. Pasangan suami isteri bolehlah bergambar kat sini buat kenangan kalau ada yang sambut anniversary lagi sweet kan. Dalam hati Fiza berkata nak pergi tapi mulut kata tak nak pergi. Jadi, keputusannya berbelah bagi 50% 50%. Tak nak pergi tu bukan sebab apa, malas bersesak. Nak pergi sebab nak ambil gambar je. Tapi for sure la kena ikut giliran. Jawapan macam berat kepada tak nak je. Tapi manalah tahu tiba-tiba tersampai pulak kan. 


Sebelum pergi tu, check dulu jadual Light Sensation ye. Takut bila datang nanti tutup pulak.

Kredit foto : Light Sensation
With Love, Sihatimerahjambu

11 comments

  1. uhyoo, ala, kalau da dekat sana, memang gi, kalau jaohh, memg x ler untuk mngkp pic, ahhaaha

    ReplyDelete
  2. Cantik! Siqah ada pergi Light Sensation kat Serdang. Cantik sangat! Nak jugak pergi yang kat Melaka sebab ada warna warni bunganya. Hii. Tapi sure jalan super sesak kan.. Melaka dan sesak berpisah tiada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestla dapat pergi. Betul tu, melaka dan sesak berpisah tiada. Kena gigih la bersesak kalau nak datang sini

      Delete
  3. cantik ny !!!!! nasib jauh kalo x, confirm ke sna huhu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.