Konon Nak Cuba Mengecat Dengan Painting Roller Tray Sponge Set Kit

Wednesday, December 07, 2016

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Punyalah excited nak mengecat rumah, kononnya nak cuba cat guna painting roller tray sponge set kit macam nampak senang je kerja mengecat tu. Tapi pengakhiran yang tak best, takde lah nak rasa menyesal sangat cumanya rasa macam rugi sikit je la sebab tak dapat guna sepenuhnya.

Fiza beli masa Lazada Revolution haritu sebab harga  nampak macam murah sikitlah dari biasa. Memandangkan nak cuba guna, jadi beli satu je dulu. Nama pun nak cuba dulu kan. Beli pun complete set kit. Manalah tahu kot kalau best guna ada la spare sponge tu.

Painting Roller Tray Sponge Set Kit
1x Storage Case
1x Big Brush With Sponge
1x Small Brush
1x Adapter
3x Sponge


Ini dia sponge untuk mengecat. Macam sponge cuci pinggan tu. Cuma berbentuk tirus di hujung dan nipis sikitlah. Bahagian hujung tu untuk memudahkan kerja mengecat bahagian penjuru dinding. Takde lah comot bila mengecat tu. Ye, memang tak comot pun masa mengecat tu dan takde dripping pun masa mengecat. Kiranya sangat bagus lah tak comot dan cat pun tak meleleh.Tak perlu nak alas paper kat lantai tu. Storage case dan adapter roller painting pun okay je untuk hadkan jumlah cat yang melekat kat sponge tu.

Yang tak bestnya bila mengecat guna sponge ni bila kita tekan ke dinding dengan kuat, lapisan cat sangat nipis. Bila lapisan cat nipis, kena mengecat banyak layer untuk nampak cat tu lebih sempurna dan cantik. Macam bertambah masa dan kerja pulak kan. Setakat nak touch up atau nak cat permukaan yang tak berapa besar so far Fiza rasa okay je. Disebabkan nak cepat siap, Fiza gunakan roller yang biasa tu je la. Yang jenis sponge ni boleh guna untuk touch up mana yang perlu je nanti.

Yang menariknya ada 2 pemegang sponge besar dan kecil. Yang besar ni boleh masukkan kayu untuk mengecat dinding yang tinggi atau nak mengecat siling tanpa menitis cat. Ringan pun ringan tak sakit tangan.


Pemegang untuk yang kecil ni pun sangat selesa di pegang ketika mengecat. Sesuai sangat untuk mengecat bahagian kecil yang susah nak cat tu.



Kalau tengok video memang mudah bila guna jenis macam ni tapi tu lah mungkin tak kena dengan jiwa atau mungkin kena tengok jenis cat ataupun tengok jenis permukaan dinding kot baru best mengecat. Tapi kalau nak cuba, boleh je. Boleh mengecat santai-santai je.



With Love, Sihatimerahjambu

10 comments

  1. comel la pulak. Lain macam pesen painting set ni. Harga pun murah dah tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang comel kak..pesen baru kan. beli masa harga murah lebih berbaloi..hehe

      Delete
  2. Replies
    1. hasil guna brush ni xde..tapi hasil guna roller painting biasa tu ada
      http://www.azhafizah.com/2016/12/dekorasi-bilik-pre-laundry.html

      Delete
  3. rasa perna nampak set ni kat tv.. rncgn shopping tu ntah pa nama da lupa, tgk preview cara guna mcm best, tp kami kat ruma xpakai cat. hbby mls bab mgecat, smua dinding tempek wallpapr huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgk video cara guna memang best tapi bila guna macam kurang best..macam yang diceritakan di atas :)

      Delete
  4. Replies
    1. Hasil guna brush ni xde la sebab fiza guna sekejap je..lebih best guna roller painting biasa tu

      http://www.azhafizah.com/2016/12/dekorasi-bilik-pre-laundry.html

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.