Dekorasi Bilik Pre-Laundry


Sambungan dari entry cara cat dinding corak wave warna-warni dan bersambung dengan entry dekorasi bilik pre-laundry. Kenapa pre-laundry sebabnya kat dalam bilik tak di letakkan mesin basuh dan bar untuk lipat baju. Bilik pre laundry untuk sidai baju dan iron baju je beserta tempat letak kasut bersama kotak kasut. Kasut dalam kotak takpe jangan kasut pakai hari-hari tu, tu kena letak luar. Silap haribulan baju yang bau wangi bertukar bau kasut pulak kan.

Untuk bilik pre laundry ni tak banyak nak letak pun dalam bilik ni. Cukup sekadar ada ampaian, clothes bar dinding dan rak kasut tu. Kalau banyak barang nanti bertambah sempit pulak. 


bilik ni buat bilik laundry sebab ada pengudaraan kat bilik ni. Ada udara dan cahaya masuk. Bilik ni tinggi dan ada loteng atas tu cuma kena guna tangga biasa untuk naik atas. Ada modal sikit boleh tambah tangga cantik sikit untuk naik ke loteng tu.


Semua ni je la yang ada dalam bilik pre-laundry ni. Tak berapa nak dekorasi sangat pun. Hanya minimal style je. Okaylah kan janji dah ceria dan cantik. Kalau sebelum ni bilik ni warna soft yellow dan soft orange. Kali ni lebih ceria dengan warna putih dan corak wave warna biru tu.


Senang ada bilik sidai baju ni dalam rumah, tak perlu nak keluar rumah sidai baju. Bila hujan pun tak payah nak risau kalau tak angkat baju kat ampaian pun. Nak letak ampaian kat luar pun okay je tak kena hujan tapi disebabkan ruang luar rumah letak kereta dan motor jadi ruang tu jadi bertambah sempit kalau letak ampaian. Untuk lebih senang dan lebih luaskan ruang luar rumah, letak dalam rumah je. Nak sidai yang pakaian kecik-kecik pun tak perlu nak sorok-sorok. Apepun ikut ruang rumah masing-masing dan ikut kesesuaian. 

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. wah ok jugak ada bilik pre-laundry ni kan..

    ReplyDelete
  2. ahaa betul !! senang sikit kalau ada ruang untuk sidai kain tu. xda la bekerjar sangat nak kena p angkat

    ReplyDelete
  3. bestkan ada space kat rumah tu untuk bilik pre-laundry ni

    ReplyDelete
  4. menarik! mmg senang ada laundry..tp nape xletak mesin basuh kat sini..lg senang..kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. bilik ni takde paip, takde lubang saluran air keluar jijah. paip dan saluran pun jauh kat dapur.jadi tak sesuai untuk letak mesin basuh dalam bilik ni.

      Delete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.