Cara Cat Dinding Corak Wave Warna Warni

Monday, December 05, 2016

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Lambat update entry hari ni setelah tiga hari menyepi tanpa update. Tuan blog kena berehat sekejap dari blog sebab sibuk dengan kerja mengecat. Dah jadi tukang cat sekejap dah. Nak upah tukang cat memang tak lah kan. Lagi jimat dan puas hati cat sendiri je. Nanti kalau tak puas hati, salahkan diri sendiri. Walaupun kerja mengecat ni penat tapi puas hati kalau dah siap hasilnya.

Minggu lepas sempat siapkan mengecat bilik pre-laundry. Kenapa pre-laundry? Okay, itu nanti Fiza akan update entry lain. Cadangnya nak cat putih semua sebab nak nampak luas dan memandangkan cat putih lebih jimat juga. Beli cat putih San Cora 18Liter RM68.++. Beli lebih sikit sebab nak cat bahagian lain juga tu.

Cat bilik pre-laundry ni pun sebab cat lama bahagian bawah tu dah rosak mengelupas bersalin kulit pulak dah. Sebab tu bahagian bawah kena coating dengan cat jenis silk supaya lebih tahan lama cat tu. Terus plan nak buat cat dinding corak wave warna warni bahagian bawah dinding. Nampak lagi menarik dan ceria kot dengan 3 tones warna biru (lebihan cat ruang tamu dan bilik). Cara nak cat dinding corak wave warna warni pun nampak mudah je. So teruskan je.

Step 1 : Lukis kotak segi empat sama atau segi empat tepat (wave rendah sikit). Macam Fiza buat segiempat sama. Ukuran kotak 10 inci setiap sisi.

Step 2 : Lekatkan pita pelekat untuk memudahkan kerja mengecat.

Step 3 : Cat pada bahagian yang tertentu berselang seli dengan warna lain.

Step 4: Selepas selesai mengecat, buka pita pelekat. Sebaiknya tanggalkan pita pelekat sebelum cat kering sebab cat jenis silk mudah tertanggal bersama pita pelekat. Memang kena hati-hati masa tanggalkan pita pelekat tu. Kalau ada yang comot-comot tu kena touch up manually.

Tadaaa... inilah hasil kerja Fiza dan husband. Bertungkus lumus siapkan satu bilik ni ha. Bahagian atas tu loteng yang materialnya kayu/papan. Lagilah jenuh cat guna cat kayu jenis glossy. Sangat leceh cat kayu ni sebab jenis melekit, lebih cair mudah dripping dan susah nak hilang kalau melekat kat tangan. Bau dia pun berhari-hari nak hilang.Masa cat pun terpaksa pakai face mask sebab tak tahan bau chemical yang kuat tu boleh buat pening kepala dan bahaya sebenarnya sebab bau chemical yang kuat. Alhamdulillah dah settle semuanya, mood penat bertukar mood bahagia bila tengok bilik dah cantik. Nanti Fiza kongsikan dekorasi bilik pre-laundry ni ye.

With Love, Sihatimerahjambu

9 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.