Burger Cendawan Yang Bakal Viral


Lepas pau cendawan viral, sekarang ada pulak burger cendawan yang bakal viral. Mungkin? Kalau sesuatu yang unik mestilah bakal viral dan ramai yang bakal cuba dapatkannya. Kalau tengok dari rupa Burger Cendawan ni roti bahagian atas je yang rupa macam cendawan. Roti bahagian bawah dan isinya masih lagi mengekalkan ciri-ciri sejati seketul burger.

Selain rupa cendawan yang menjadi tarikan, mungkin juga ada sesuatu yang istimewa tentang burger cendawan ni. Nampak macam ada daging ayam goreng je menggantikan daging burger. Mungkinlah kan. Siapa yang dah cuba rasa bolehlah kongsikan rasanya. Bukanlah macam pau cendawan tu yang memang isi dalam cendawan. Tapi boleh jadi juga dalam burger cendawan ada cendawan kan. hehe


Biasanya burger sedap mesti ada x factor contohnya macam sos istimewa ke, daging burger ke kan.

Roti burger cendawan. Confirm lepas ni ramai peniaga burger akan dapatkannya. Lepas tu viral ke seantero Malaysia kan.

Setakat ni katanya boleh dapatkan burger cendawan ni di Rio Caster Burger di Mersing. Nak tahu lokasi sebenar contact je nombor phone tu.
Kredit foto : cempedak cheese
with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. Burger cendawan pulak. Hahah. Nampak sedap ni :D

    ReplyDelete
  2. Nona baru try pau cendawan je hr tu, haaa...tapiiiii, memangg sedappp woo !!!

    3, rm 10, boleh jadik, dua kali p beli..fuhhhh, lembut dan enakkkk !

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bestnya..Fiza belum ada rezeki merasa lagi..kena dapatkan juga nanti

      Delete
  3. Adehh seram pula nampak bege ni.. Tapi menarik.. Mesti ramai yg mencari nanti..

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.