Air Mata Biru @ Blue Tears Tarikan Unik di Pulau Sembilan Bagan Datoh, Perak


Baru tahu tentang kewujudan Pulau Sembilan yang terletak di Bagan Datoh Perak. Terpaling jakun dengan keunikan Air Mata Biru @ Blue Tears iaitu satu luminescent purple plankton yang dapat dilihat di sepanjang garis pantai pada waktu petang. 

Sebelum ni Pulau Sembilan terletak di daerah Manjung tapi kini telah di umumkan sudah menjadi sebahagian daerah Bagan Datoh. Orang perak mesti tahu tentang Pulau ni kan? Sangat menarik dan memang unik Pulau ni sebab adanya Blue Tears tu. Rasa teringin nak tengok depan mata secara live.


Kalau waktu petang dan malamnya dengan magic Blue Tears tu, pada waktu siang dah semestinya Pulau Sembilan sangat cantik dengan air lautnya yang jernih. bewarna hijau biru. Bukan je cantik tapi bersih je persisiran pantai.




Dari jauh pun dah nampak cantik apatah lagi berada dekat sini.

Pulau Sembilan terdiri daripada sekumpulan sembilan buah pulau 15-20km dari Selatan Perak. Kebiasaanya aktiviti yang boleh di buat di sini seperti aktiviti perkhemahan dan memancing. Kalau nak ke sini katanya kena ada lesen daripada Perak State Parks Corporation dengan pejabat utama di Bagan Dato dan sub-pejabat di Marina Bay di Lumut. Tempahan awal lesen terhad kepada 120 pengunjung laman pada waktu rehat hujung minggu. Kalau nak ke sini memang kena plan awal lah jawabnya. Tak boleh main terjah je. 


Kredit info: islandinmalaysia
Kredit foto : islandinmalaysia | google | cempedak cheese
with love,
Sihatimerahjambu

Comments