Istidraj

Friday, September 04, 2015

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Istidraj ialah suatu kelebihan atau keunggulan yang diberikan Allah kepada para hamba-Nya yang bukan dari golongan orang-orang yang bertakwa dan soleh, termasuk juga sebahagian hamba-Nya yang kafir dan membangkang terhadap Islam.

Kelebihan itu sengaja diberikan oleh Allah kepada mereka agar mereka bertambah jauh dari Allah dan bertambah maksiat kepada-Nya, sampai pada waktu dan batas yang ditentukan. Pada umumnya diakhiri dengan akibat buruk bagi orang itu. Contohnya, kekuasaan dan keunggulan yang diberikan kepada Firaun. Yang mana dengan kekuasaan itu, Firaun tidak bertambah taat kepada Allah. Bahkan makin bertambah derhaka kepada Allah SWT, malah mendakwa dirinya sebagai Tuhan.

Istidraj ialah tindakan maksiat yang Allah balas dengan nikmat dan Allah membuat dia lalai untuk beristighfar, sehingga dia semakin dekat dengan azab sedikit demi sedikit, selanjutnya Allah berikan semua hukumannya.

Istidraj ialah ‘hukuman’ yang diberikan sedikit demi sedikit. Allah biarkan orang ini dan tidak disegerakan azabnya. 
Pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Rupa-rupanya nikmat, kesenangan, kemewahan adalah bertujuan untuk menghancurkannya.
istidraj
Sumber gambar dari facebook
Fiza ada tengok drama TV bertajuk Istidraj ni. Drama yang berkesan yang secara tak lansung boleh beri pengajaran kepada umat Islam yang lalai dan leka dengan harta kekayaan di dunia sehingga lupa halal haram dan lupa untuk beribadah kepada Allah SWT.

Kita kerja kuat mana sekalipun, jangn sesekali lupa solat. Moga kita tak termasuk dalam istidraj dan bersamalah kita beringat.

Credit : Sumber






With Love, Sihatimerahjambu

13 comments

  1. Salam Jumaat..
    Singgah melawat blog pagi ini..:)
    betul tu...setuju...

    ReplyDelete
  2. tak usaha tapi dapat kekayaan boleh juga dikira ujian

    berusaha tapi kekal miskin pun ujian, ye tak?

    ReplyDelete
  3. takutnyeeeeee macma tuuu :(

    #jemput ke blog buruk saya yee nanti. peaceee :)

    ReplyDelete
  4. Subhanallah moga kita dijauhi dari Istidraj.

    ReplyDelete
  5. bahaya istidraj ni.. minta dijauhkan drinya..aminn

    ReplyDelete
  6. takutnya.. ini entry ke2 membaca pasal istidraj ni

    ReplyDelete
  7. yup, betul tu.. 'kelebihan' yg menjurus kpd kehancuran...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.