Header Ads

Misi Aktiviti Hiking Sepanjang Tahun 2024 Tercapai

Azam kurus macam tak tercapai lagi tahun ni. Kita carry forward je lah sampai berjaya kurus. Boleh gitu? Azam kurus tak berjaya tak apa. Tahun ni saya dan encik suami berjaya dengan misi aktiviti hiking setiap bulan sepanjang tahun 2024. 

Kiranya ada jugalah pencapaian tahun 2024 ke arah gaya hidup yang lebih baik. Kita usaha mana yang mampu selagi tidak memudaratkan. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik hendaknya. Aamiin...

Ikutkan, nak je hiking setiap hujung minggu. Tapi itulah, kadang tak ada masa dan kadang ada urusan lain. Jadi, mana yang sempat je lah.

Sebelum ni rajin pergi KOMBES, tapi encik suami dah penat balik kerja tak dapatlah nak pergi pun. Kita cuba cara lain pula dengan luangkan masa untuk aktiviti hiking. Selain tu, ada juga workout selang seli angkat dumbell 3kg di rumah. Boleh tahan lenguh juga angkat 3 kg pun.

Kadang culas juga kalau dah sibuk. Yang penting ada pergerakan gitu. Harapnya terus konsisten lah untuk tahun-tahun seterusnya.

Aktiviti Hiking 2024

Januari

Misi Aktiviti Hiking Sepanjang Tahun 2024
                                                                                                                                             

Februari

Misi Aktiviti Hiking Sepanjang Tahun 2024

Mac

Misi Aktiviti Hiking Sepanjang Tahun 2024

April

Misi Aktiviti Hiking Sepanjang Tahun 2024

Mei

Jun

Misi Aktiviti Hiking Sepanjang Tahun 2024

Julai

Misi Aktiviti Hiking Sepanjang Tahun 2024

Ogos

Misi Aktiviti Hiking Sepanjang Tahun 2024

September

Misi Aktiviti Hiking Sepanjang Tahun 2024

Tahniah untuk diri sendiri dan encik suami. Teruskan perjuangan di tahun 2025. By the way, saja edit gambar jadi big head. Nampak orang buat di TikTok, saya pun tirulah.

Ini antara bukit-bukit yang mudah untuk hiking bagi pemula. Bukit Kepayang tu paling favourite sebab banyak route, mudah dan dekat dengan rumah. Pula tu dekat tengah bandar. Kira okaylah kurang risau kalau tersesat. 

Gunung Angsi tu ter hiking tanpa sengaja. Tahu-tahu dah sampai puncak. Dalam tak nak hiking gunung, terdaki lah juga. Hmmm....Layankan je kalau tengah rajin bersemangat.

12 comments:

  1. Wah semangatnya kak... mesti stamina kuat ni! Kalau Cuya, baru daki berapa tapak dah lelah... kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus semangat baru menjadi. hihi..Kena cuba sekali dulu ambil semangat.

      Delete
  2. Perghhh..Terbaiklah! Tahniah, semoga terus sihat!!! Dan kurus Tahun ni!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Semoga terus diberikan kesihatan yang baik. Aamiin...
      Harap dapat kuruslah juga tahun ni. Takpun turun berat sikit pun jadilah kan.

      Delete
  3. Woww hebat ... sangat hebat.. tak apa kurus tak capai target tapi aktif sihat yg lebih penting.. Banyak betul destinasi hiking dia tahun 2024.. tahniah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih.
      Ya benar. Janji kita dapat amalkan gaya hidup yang sihat dan jaga kesihatan sebaiknya. Tak banyak, masih ulang-ulang tempat yang sama je tu. hihi...

      Delete
  4. bestnya boleh hiking. heheehhee. da kawin ni macam susah sikit. ahahaha taktahu la

    ReplyDelete
  5. Congrats 👏🎉 kaaaak. Bukan mudah untuk menjadi konsisten 👏👏. Semoga THN ini semakin rajin dalam berolahraga. Olahraga ini macam candu lama2. Sekali dah suka, addict jadinya 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fanny. Ya benar. Susah nak konsisten tu. Tahu takpe, kalau dah terjebak tu payah nak berhenti.

      Delete
  6. Alhamdulillah ada juga misi yang berjaya dibuat.
    Hehe terhibur trngok gambar Fiza buat gambar kepala lagi besar daripada badan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..ada juga pencapaian yang baik untuk tahun 2025. Hihi..saja suka suka kak.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.