Mendaki Gunung Angsi Kali Ketiga Via Bukit Putus
Bulan Oktober dapat sekali je buat aktiviti hiking. Itupun hiking Bukit Kepayang sampai Kepayang Hill by pass. Ikutkan dapatlah 3 kali tapi cuaca kan tak menentu sekarang ni. Dah keluar rumah, dalam perjalanan hujan pula. Auto cancel lah aktiviti kita.
Sampai je di Reservoir view ni bolehlah berhenti sebentar ambil gambar. Padahal tengah ambil nafas tu. Ala kita hiking bukan nak kejar pace pun. Berdamai dengan alam. Melepaskan endorphin yang terbuku. Tenang dengan penat.
Di sini ada permandangan yang menarik. Kelihatan dari jauh ada tasik. Apa nama tasik tu tak tahu lah. Siapa tahu bolehlah komen.
Berhenti sekejap je untuk ambil gambar. Lepas tu kena teruskan perjalanan. Kalau berhenti lama-lama nanti dia jadi berat nak teruskan perjalanan. Hilang momentum bak kata encik suami.
Dalam perjalanan, berhenti sekali lagi menikmati permandangan bandar Seremban.
Ingatkan dah nampak papan tanda ni dah boleh lega. Tapi tidak, jenuh juga nak naik trail pacak sikit untuk sampai ke puncak. Kenapa 6 minit? Bukan 5 minit?
Sampai-sampai je terus bergambar di papan tanda berlatarbelakangkan Beirut/Berup, besi berbentuk segi tiga yang berada di puncak Gunung Angsi. Sementara tak ada orang, kita bergambar dulu. Masa kami sampai tu agak meriah juga.
Muka ada senyum dah sampai puncak. Hilang segala penat lelah mendaki tadi. Permandangan ni permandangan biasa di Gunung Angsi. Ini je lah permandangan dari puncak yang kita boleh nampak. Tak macam Gunung Datuk lebih menarik.
Salah satu faktor nak naik Gunung Angsi sebab nak bergambar di hotspot bergambar yang baru ni. Menarik ye kalau setiap puncak ada tempat bergambar yang menarik. Bergambar tanda hadir. Placard pun menarik dan banyak pilihan.
Banyak juga perubahan di puncak Gunung Angsi ni. Teruja pula sebab kita ni baru pertama kali tengok setelah sekian lama ni.
Siapa ada sticker tu bolehlah bawa siap-siap dan tampal di sini. Nampak gaya macam tak ada ruang sangat dah tu.
Tak lama berehat di puncak. Minum air isotonik, makan roti dan energy bar. Tak sempat hilang peluh, kami teruskan perjalanan menurun pula. Semasa perjalanan terjumpa ulat gonggok besar. Tengok tu dibandingkan dengan kasut. Dah nak sama besar!
Alhamdulillah kami naik dan turun dengan selamat. Elok je nak sampai puncak tu macam dah nak kejang dah. Mujur dia acah-acah je. Risau juga. Terkejut agaknya tiba-tiba jalan jauh mendaki gunung. Biasa hiking bukit dan workout biasa je.
Tapi itu tetap tidak mematahkan semangat. Kena ingat misi tahun ni, at least hiking sebulan sekali.
Jadi, bulan November kami mulakan aktiviti hiking dengan mendaki Gunung Angsi untuk kali ketiganya. Pertama kali hiking Gunung Angsi tahun 2016. Repeat hiking Gunung Angsi kali kedua pada tahun 2017. Dulu rajin sebab ada geng. Kejap kejap orang tu ajak, kejap kejap orang ni ajak.
Sekarang kami berdua je lah. Senang nak plan pun ye. Last minit pun boleh. Tahu-tahu lepas solat subuh, jom hiking!
Sekarang kami berdua je lah. Senang nak plan pun ye. Last minit pun boleh. Tahu-tahu lepas solat subuh, jom hiking!
Ikutkan, hiking Gunung Angsi bukan dalam perancangan pun. Sebenarnya malas nak hiking gunung dah. Nak layan bukit je kononnyalah. Mudah dan cepat sampai puncak gitu.
Tapi entah kenapa lepas solat subuh tu dapat ilham nak mendaki Gunung Angsi pula. Mulanya macam nak hiking Bukit Kepayang je macam biasa. Encik suami pun ON je. Jomlah kita.
Tapi entah kenapa lepas solat subuh tu dapat ilham nak mendaki Gunung Angsi pula. Mulanya macam nak hiking Bukit Kepayang je macam biasa. Encik suami pun ON je. Jomlah kita.
Nak mendaki Gunung Angsi ni tak mengejar masa sangat. Tak kalut nak kejar awan karpet. Sebab tak ada! Bukan tak ada, tapi bukan nampak pun sebab view atas pun dikelilingi pokok-pokok. Jadi, kita leha-leha jer bersiap.
DOA SEBELUM KELUAR RUMAH
بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّه
Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, laa haula wa laa quwwata illaa billaah
Maksud: Dengan nama Allah (aku keluar). Aku bertawakal (berserah diri) kepada Allah, tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah.

DOA TERHINDAR DARI MAKHLUK HALUS DAN PELINDUNG DARI SEGALA BAHAYA
أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
A’udzu bikalimatillahittammati min syarri maa khalaq
Maksud: Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan makhluk ciptaan-Nya.
A’udzu bikalimatillahittammati min syarri maa khalaq
Maksud: Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan makhluk ciptaan-Nya.
—HR Muslim 2709
Salah satu sebab nak hiking Gunung Angsi ni sebab nak feel suasana baru. Banyak sudah serba baru bagi saya yang dah lama tak naik gunung ni. Pintu gerbang yang menarik baru dibina. Pintu gerbang ni adalah bentuk Gunung Angsi.
Tandas awam baru masih dalam proses renovate. Cuma tangga awal-awal nak naik tu je lah kena upgrade sikit. Ada yang tangga berlubang. Kalau tak hati-hati boleh termasuk kaki.
Permit Mendaki/Hiking Gunung Angsi
Kami sampai jam 7.40 pagi di trailhead via Bukit Putus. Terus ke kaunter, tulis maklumat peribadi untuk pendaftaran dan bayar permit RM5 seorang.
Lepas dah daftar, apa tunggu lagi? Jom kita!
Trail Gunung Angsi via Bukit Putus
Awal-awal pendakian cabaran dia kena mendaki 3 tangga buatan ni. Pertama, tangga konkrit simen. Kedua, tangga besi industrial. Ketiga, tangga papan.
Lepas dan berjaya naik 1 aras tangga simen, bolehlah bergambar di papan tanda Gunung Angsi ni. Lepas tu cabaran naik tangga besi pula dan seterusnya tangga papan.
Selepas tempuh 3 tangga tu, cabaran sebenar bermula. Trail pacak tanpa diskaun. Tak nak bagi peluang lansung kita nak santai-santai. Trail pacak ni kena hadap 3 kali sebelum sampai check point pertama (CP1) ada pondok berehat.
Kata-kata motivasi untuk pendaki. Yelah tu santai-santai. Jauh lagi perjalanan nak sampai puncak nun. Penipuan terbesar ni. Gunung memang tak jauh, puncaknya tu yang jauh.
Lepas pondok berehat, dapatlah bersantai sikit layan trail santai. Lepas tu dia kembali pacak. Pacak landai, pacak landai. Begitulah trail dia semasa pertengahan pendakian. Kira okaylah dapat juga berleha-leha.
Tapi jenis trail runner, berdesup sepantas angin lari turun naik. Kita belum sampai atas lagi ada yang dah nak turun semula. Hebatnya kamu!
Sampai je di Reservoir view ni bolehlah berhenti sebentar ambil gambar. Padahal tengah ambil nafas tu. Ala kita hiking bukan nak kejar pace pun. Berdamai dengan alam. Melepaskan endorphin yang terbuku. Tenang dengan penat.
Di sini ada permandangan yang menarik. Kelihatan dari jauh ada tasik. Apa nama tasik tu tak tahu lah. Siapa tahu bolehlah komen.
Berhenti sekejap je untuk ambil gambar. Lepas tu kena teruskan perjalanan. Kalau berhenti lama-lama nanti dia jadi berat nak teruskan perjalanan. Hilang momentum bak kata encik suami.
Saya pun dah tak berapa ingat dah trail Gunung Angsi ni. Rasa macam jauh pula perjalanan. Yelah selama ni layan bukit je. Sekali naik Gunung, jenuh lah nak mendaki untuk sampai ke puncak.
Yang saya ingat wild boar swamp tempat babi berkumbang katanya. Tandanya hampir sampai puncak. Hampir ye, bukan 5 minit lagi. Ini memang tempat dia. Syukurlah tak terserempak.
Tempat dia memang lecak. Tambah pula hujan di malam harinya. Bertambah lecak di beberapa tempat. Nasib baiklah ada kayu-kayu di letakkan di laluan lecak untuk memudahkan perjalanan.
Dah naik Gunung Angsi tu jangan lupa bergambar di hotspot ni. Gelung batang pokok yang berbentuk bulat. Unik kejadiannya. Saya tengok di media sosial, ramai hikers yang duduk di gelung batang pokok ni. Batang ke akar? Entah!
Tapi saya tak berani naik sebab tinggi. Macam payah je nak panjat dan duduk di situ. Jadi, lupakan saja hasrat tu. Kita bergambar macam ni je lah. Takut nak naik pun ye. Kang sakit dapat, malu pun dapat.
Rasa lega bila dah nampak ni. Yahoooooo..... Dah nak sampai dah.....
Awas ye jangan terpedaya. Jauh lagi tu sebenarnya. Seberapa jauh? Bergantung pada pace masing-masing.
Awas ye jangan terpedaya. Jauh lagi tu sebenarnya. Seberapa jauh? Bergantung pada pace masing-masing.
Dalam perjalanan, berhenti sekali lagi menikmati permandangan bandar Seremban.
Betul-betul lega bila dah nampak cahaya terang di hujung sana. Tanda puncak hanya di depan mata je. Tapi tak laju nak melangkah pergi. Dekat-dekat nak sampai dia agak longlai sikit. Hilang tenaga. Dalam pada masa yang sama tak sabar nak sampai.
Gunung Angsi kalau hari Sabtu lagilah meriah ramai yang naik. Hari Ahad agak kurang sikit meriahnya tapi masih ramai. Nak bergambar di hotspot kena tunggu giliran.
Muka ada senyum dah sampai puncak. Hilang segala penat lelah mendaki tadi. Permandangan ni permandangan biasa di Gunung Angsi. Ini je lah permandangan dari puncak yang kita boleh nampak. Tak macam Gunung Datuk lebih menarik.
Puncak Gunung Angsi di kelilingi pokok-pokok. Jadi tak nampak permandangan luas di puncak. Setiap bukit dan gunung ada tarikan masing-masing. Yang pastinya semua permandangan dari aras tinggi menarik. Kann...
Salah satu faktor nak naik Gunung Angsi sebab nak bergambar di hotspot bergambar yang baru ni. Menarik ye kalau setiap puncak ada tempat bergambar yang menarik. Bergambar tanda hadir. Placard pun menarik dan banyak pilihan.
Siapa ada sticker tu bolehlah bawa siap-siap dan tampal di sini. Nampak gaya macam tak ada ruang sangat dah tu.
Tak lupa juga untuk gambar papan tanda Gunung Angsi yang diletakkan pada batang pokok ni.
Tak lama berehat di puncak. Minum air isotonik, makan roti dan energy bar. Tak sempat hilang peluh, kami teruskan perjalanan menurun pula. Semasa perjalanan terjumpa ulat gonggok besar. Tengok tu dibandingkan dengan kasut. Dah nak sama besar!
Sempat juga ambil gambar pokok dalam hutan dari bawah. Cantiknya ciptaan Allah. Dalam perjalanan mendaki dan menurun, saya tak banyak ambil gambar. Malas nak berhenti banyak kali untuk keluarkan phone.
Alhamdulillah kami naik dan turun dengan selamat. Elok je nak sampai puncak tu macam dah nak kejang dah. Mujur dia acah-acah je. Risau juga. Terkejut agaknya tiba-tiba jalan jauh mendaki gunung. Biasa hiking bukit dan workout biasa je.
Nak hiking gunung ni bukan boleh tiba-tiba nak mendaki je. Kena ada persediaan yang cukup. Kalau tidak pewai. Tolong, kaki saya sakit. Dialog yang biasa dengar di TikTok.
Untuk pendakian kali ni rekod saya semakin membaik. Naik 2 jam lebih, turun 2 jam macam tu. Jangan disangka turun tu boleh laju. Nak menurun trail pacak dengan akar-akar tu tak mudah ye. Tengok hikers yang berlari turun tu kita pula yang seram.
Gunung Angsi hiking berapa lama
Tahniah untuk diri sendiri. |
Selepas hiking gunung ni sakit sikit lutut sebelah kiri. Kejap je lah tapi sakitnya. Esoknya tu okay dah. Kena exercise part lutut tu lebih sikit lepas ni kalau nak mendaki gunung.
Lepas ni kita layan bukit je lah kot. Tak boleh dah nak repeat gunung ni. Tapi tulah hiking Gunung ni seronok dia lain macam. Bau hutan, bunyi alam fauna, suasana hutan yang menenangkan. Begitulah...
Kagum dengan trail runners dan hikers yang buat loop dari Ulu Bendul tu. Kuat betul stamina dan kaki mereka.
Selain mempersiapkan diri, jangan lupa juga baca doa sebelum keluar rumah dan sebelum masuk hutan. Semoga Allah lindungi kita dan permudah segala urusan kita.
Sementara ada kemampuan ni, kita layankan je hobi hiking ni. Keluarkan peluh dan membakar lemak. Biar mental dan fizikal sihat seiringan.
Tahniah Fiza berjaya mendaki G.Angsi buat kesekian kalinya 👏🏽
ReplyDeleteCantik gambar-gambarnya.
Akak pernah sekali je, tahun 1994. Naik ikut Bkt Putus, turun ikut Ulu Bendul.
Lepas tu plan asik tak jadi je, sampailah berpindah ke utara 😄
Alhamdulillah...
DeleteTerima kasih kak Ujie.
Fuhhh laluan Ulu Bendul tu mencabar tengoknya. Takut nak cuba pun. Kalau turun tu okay lagi. Nak naik dari situ pacak teruk. Takpelah lepas ni kalau ada rezeki dok rumah Seremban lagi bolehlah hiking Gunung Angsi ni.
Fizah, treknya tu macam laluan naik Gunung Kinabalu ke Laban Rata (tempat penginapan) sebelum esoknya pukul 2 pagi sambung naik ke puncak. Bolehlah Fizah pasang harapan daki Gunung Kinabalu.
ReplyDeleteDengar nama Kinabalu tu pun dah buat saya seram Kak Amie. Tinggi dan cabarannya lagi besar tu. Teringin tu memang ada. Kalau ada rezeki, kita follow je.
DeleteWah tahniah! Hebat!
ReplyDeleteAlhamdulillah..Terima kasih madam Syaz.
DeleteWahh best best, cantik nya gambar di atas.
ReplyDeleteAlhamdulillah... berjaya sampai puncaknya. Permandangan yang luar biasa cantik.
Deletekalo naik je smpi puncak tu brp jam?
ReplyDeleteSaya ada cerita tu wak. Ikut Bukit Putus ni naik 2 jam lebih, turun 2 jam. Itu ikut pace saya lah. Kalau pace laju, lagi cepat tu.
DeleteNampak macam rileks je Fiza daki, well done 👍🏻
ReplyDeleteCantik² gambarnya... Pemandangan atas gunung kan mestilah lawa kan
Rileks tak rileks sangat tu. Dah sampai puncak memang lega.
DeleteHihi...betul, permandangan dari aras tinggi memang menawan.
Terima kasih kak.
Luar biasa Cik, masih semangat untuk naik gunung. Bakar lemak biar selalu sehat ya
ReplyDeleteAlhamdulillah...Selagi masih ada minat dan kekuatan. Semoga sihat hendaknya. Aamiin...
DeletePehhhh... kita pun ikut termengah padahal orang yang mendaki elok jer tak mengah pun. Awal2 kita dah angkat bendera putih ni, Fiza.. mungkin Fiza naik dua jam, kita?? 4 jam belum tahu dah sampai puncak. Silap haribulan, tidur dulu esok pagi baru turun, hahaha.
ReplyDeleteHihi...mengah jangan ikut sekali. Jangan angkat bendera putih dulu. Tak cuba tak tau.
DeleteHuih! Kalau uncle setakat tempat parking je ni....
ReplyDeletePun boleh uncle. Ambil aura dulu bergambar di pintu gerbang tu.
DeleteCongraaaaats kak fizah 🎉🎉🎉🎉🎉. Saluuut saya, kakak masih konsisten dan trekking. Bukit atau gunung sama bagusnya. Yg penting sebenarnya olahraga.
ReplyDeleteMungkin saat ini bilang dah cukup naik gunung. Esok2 bukit saja. Tapiiii biasanyaaaa, macam addict, nak balik lagi menaklukkan gunung yg lain 😄. Ntah2 suatu saat kakak naik ke Kinabalu pula 😉.
Itu yg saya lihat dari temen2 saya pendaki gunung. Makin lama, nak cari makin tinggi utk dicoba 😄
Terima kasih. Alhamdulillah....semoga terus konsisten. Betul, yang penting bersenam.
DeleteHihi..benar! Kadang semangat tu datang tiba-tiba. Teringin juga tu naik Kinabalu tapi kena training banyak lagilah. Bukan mudah nak naik gunung tinggi² ni. Mental juga kena seiring kuat.
Ada penampakan logo Jabatan Muzium Malaysia.. Saya tak ingat sudah berapa kali saya mendaki gunung ni. Sekali atau dua kali ntah..
ReplyDeleteTak perasan pula. Cekap betul mata.
DeleteTahniah! dapat naik sekali pun satu pengalaman mahal sudah.
Tahniah dapat mendaki tu
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteTerima kasih Rabia.
Baguslah ada penanda di puncak boleh bergambar tanda sudah sampai.
ReplyDeleteTahniah dapat mendaki sehingga ke hujung. Perancangan akhir yang menjadi
tuuuu diaaaaa
ReplyDeletetahniahhhhh dapat tawan puncak angsi sekali lagi!
next gunung? ;-)
Wanita tangguh nih Cik, luar biasa. Capek pun tak sia2 ya, viewnya sangat indah
ReplyDelete