Bulan lepas dapat 2 kali je hiking. Satu, hiking Bukit Sikai. Dua, hiking Bukit Kepayang. Dua-dua Bukit yang mudah untuk kita panjat. Apa yang penting, kita nak hiking santai-santai je. Setakat ini, tak pernah jemu hiking Bukit Kepayang.
Sebabnya dekat dengan rumah dan mudah nak panjat. Cepat sikit sampai ke puncak tu. Kami hiking pada 24 Ogos lepas, malam tu hujan lebat. Pagi tu pun tak berapa cerah cuacanya. Suram macam mendung. Tapi bukan mendung nak hujan.
jam 7.07am |
Laluan ni walaupun mencanak sikit dan guna tali tapi masih jelas laluannya dan tak semak. Tak payah guna tali pun masih boleh lagi panat. Sesuai je untuk pemula.
Makan masa lebih sikit sebab dah sesat tu kan. Bila dah penat, kami pun tak berjalan jauh sampai ke kuil India tu. Sampai puncak ada Trunk Coffee tu je dan berpatah semula. Jadilah buat ada aktiviti di hujung minggu. Kann...
Seronok juga bila dapat hiking, mata jadi segar utk flora fauna..
ReplyDeleteMemang seronok dan satu kepuasan dapat sampai puncak. Segar mata memandang.
DeleteCantiknya view di atas tu Fizah. Bestnya dapat hiking.
ReplyDeleteAlhamdulillah...seronok dapat menikmatinya.
DeleteTahniah, Fiza.. dapat sampai ke puncak. Kalau sy, sekadar di pinggiran saja agaknya, hehehe.
ReplyDeleteAlhamdulillah..Ehhh, takdelah. Boleh je sampai puncak. Yakin boleh!
Deletetak pernah terfikir pula nak pergi hiking, sakit lutut.. hahaha
ReplyDeleteHihi..takpe, ada aktiviti riadah yang lain.
DeleteBetul laa org kata bersusah susah dahulu bersenang senang dah tiba ke puncak 😉
ReplyDeleteYes, absolutely correct!
Delete