Chocolate Pistachio Kunafa Brownie CBTL
Saya tak pernah makan kunafa yang masih viral sekarang ni. Jadi, tak tahulah rasa dia macamana. Kebetulan nak beli kopi CBTL (Coffee Bean & Tea Leaf), nampak pula Chocolate Pistachio Kunafa Brownie. Minta encik suami belikan sebab nak rasa. Sedap ke tidak.
Saiz brownie macam lebih kurang Secret Recipe. Hiasan atas dengan taburan kacang pistachio. Ada beberapa lapisan dengan brownie dan juga kunafa. Selain tu ada juga campuran kacang pistachio.Brownie yang padat, lembap tak kering dan tak kenyal sangat. Sedap menepati selera saya. Manis pun tak sangat. Cuma tu lah, tak puas makan sebab saiz tu macam tak mencukupi untuk seorang. Inikan pula kongsi berdua.
Kalau nak repeat tu kena fikir banyak kali jugalah. Benda bukan murah. Sebegini pun dah nak cecah RM20 ye. Kalau sesekali tu bolehlah. Ye lah, kunafa tu memang mahal harganya pun kan.
Padanlah tu kot dengan harganya. Cuma kita rakyat jelata ni tak bolehlah nak beli selalu. Setakat teringin atau nak cuba rasa tu okaylah.
Tak pastilah ini menu baru atau dah lama. Atau mungkin juga limited edition. Jarang sudah membeli di CBTL. Dulu rajin juga beli chicken and mushroom spaghetti tapi sekarang dah discontiued. Terpaling favourite tu.
Peminat brownie dengan pistachio dan kunafa, bolehlah cuba nanti.
Sedap x tu...manis? ke x sedap...akak pun dah lama x ke CBTL since Zus dah melekat dihati
ReplyDeleteSaya ada ceritakan di atas. Dia tak manis sangat dan sedap. Nanti boleh cuba.
DeleteNampak menarik.. Tak pernah tahu macam mana rasa kunafa
ReplyDeleteMenarik sampai tertarik nak mencuba. Nanti bolehlah cuba. Saya pun pertama kali rasa kunafa.
DeleteYumm sedapnya. Nak try la nanti.
ReplyDeleteYa, sedap kena dengan selera. Selamat mencuba.
DeleteSedapnya
ReplyDeleteYa. Sedap!
DeleteOhh ada brownies nya juga yaa 😅😅. Saya dah coba yg coklat bar. Kalo brownies gini belum lagi. Ntah kenapa memang tak terlalu suka brownies.
ReplyDeleteYa, ada. Ini yang terbaru. Oo mungkin Fanny tak suka jenis kek bantat. Lebih suka yang jenis kek fluffy.
DeleteKombinasi warna brownie itu menarik.
ReplyDeleteWow harga hampir RM20! Memang beli untuk cuba nampaknya.
Warna tu memang menarik. Untuk mencuba dengan harga begitu okay lagilah kiranya kan.
Delete