Jadual Siaran Langsung/ Live Streaming Sukan SEA (SEA Games) 2023

Tarikh Sukan SEA ke-32 2023 secara rasminya akan berlansung mulai 5 Mei 2023 hingga 17 Mei 2023 yang membabitkan 608 acara dengan mempertandingkan 40 jenis sukan. Kemboja (Cambodia) menjadi tuan rumah Sukan SEA (SEA Games) 2023 untuk edisi ke-32 kali ini.

Jadual Siaran Langsung Live Streaming Sukan SEA SEA Games2023

Sukan Asia Tenggara 2023 sebagai Sukan Asia Tenggara ke-32 atau Sukan SEA ke-32 juga dikenali sebagai Kemboja 2023 (Cambodia 2023) merupakan sukan dwitahunan acara pelbagai sukan yang akan berlansung di Phnom Penh, Kemboja yang melibatkan 11 buah negara iaitu : 
  1.  Kemboja (Tuan rumah)
  2. Brunei
  3. Indonesia
  4. Laos
  5. Malaysia
  6. Myanmar
  7. Filipina
  8. Singapura
  9. Thailand
  10. Timor-Leste
  11. Vietnam

40 jenis sukan yang dipertandingkan di Sukan SEA 2023

  • Kategori 1 : Olahraga (trek dan padang, maraton) dan Akuatik (renang, terjun, polo air)
  • Kategori 2 : Badminton,Bola Keranjang (5x5 dan 3x3), Tinju, Billiard, Berbasikal (Lebuh raya dan MTB), Kanu dan mendayung (termasuk perlumbaan bot tradisional), Catur (Ok Chaktrong, Asean dan Xiangxi), Sukan Tari, Lawan Pedang, Bola Sepak ,Golf ,Gimnastik (aerobik dan artistik), Hoki (termasuk dalam dewan), Judo, Karate, Muay,  Petanque, Perahu Layar, Sepak Takraw (termasuk chinlone), Soft Tennis, Tenis, Ping Pong, Taekwondo, Triatlon (termasuk akuatlon dan duatlon), Bola Tampar, Gusti, Angkat Berat dan Wusyu.
  • Kategori 3 : Arnis, Bina Badan, E-Sukan, Floorball, Jiujitsu, Jetski, Kick Boxing, Kun Bokator, Vovinam, Seni Bela Diri Korea.
Temasya Sukan SEA 2023 kali ini, Malaysia menghantar kontinjen seramai 677 atlet yang membabitkan 403 lelaki dan 274 wanita yang dipacu 237 pegawai bagi menyahut cabaran pada Sukan SEA 2023

SUKAN SEA 2023

Upacara pembukaan : 5 Mei 2023
Upacara penutupan : 17 Mei 2023
Vanue : Stadium Nasional Morodok Techo
Siaran TV/ Platform penstriman : Sukan RTM, RTM TV Okey dan astro Arena (CH801) dan astroGo serta Sooka.my

Siaran langsung/ live streaming Sukan SEA 2023

Peminat sukan boleh menyaksikan siaran langsung/ live streaming Sukan SEA 2023 yang akan disiarkan secara siaran langsung dari Kemboja menerusi saluran Sukan RTM, RTM TV Okey dan astro Arena (CH801) dan astroGo dan Sooka setiap hari.

Jadual acara siaran langsung dan live streaming Sukan SEA 2023 yang melibatkan atlet Malaysia

Peminat sukan boleh mendapatkan maklumat siaran langsung atau live streaming Sukan SEA 2023 yang melibatkan atlet Malaysia menerusi stesen penyiaran rasmi di Malaysia RTM Sukan RTM, RTM TV Okey dan astro Arena.
  • Akuatik - Renang 6 - 11 Mei
  • Akuatik - Polo Air 12 - 16 Mei
  • Olahraga 6 - 12 Mei
  • Badminton 8 - 16 Mei
  • Bola Keranjang (5x5) 9 - 16 Mei
  • Bola Keranjang (3x3) 6 - 7 Mei
  • Billiards 7 - 14 Mei
  • Kriket 29 April - 16 Mei
  • Chess 29 April - 16 Mei
  • Berbasikal (Mountain Bike, Road Cycling) 6 - 13 Mei
  • E-Sports 6 - 15 Mei
  • Lawan Pedang 11 - 16 Mei
  • Bolasepak 29 April - 16 Mei
  • Golf 8 - 12 Mei
  • Dancesport 16 Mei
  • Jetski 13 - 16 Mei
  • Gymnastics (Aerobic, Artistik, Irama) 6 - 14 Mei
  • Hoki Padang 9 - 16 Mei
  • Hoki Dewan 1 - 7 Mei
  • Jiujitsu 4 - 7 Mei
  • Judo 13 - 16 Mei
  • Karate 6 - 8 Mei
  • Tinju - 6 - 14 Mei
  • Kickboxing 12 - 16 Mei
  • Pencak Silat 6 - 10 Mei
  • Arnis 13 - 16 Mei
  • Taekwondo 12 - 15 Mei
  • Petanque 6 - 12 Mei
  • Vovinam 6 - 9 Mei
  • Sepak Takraw 6 - 16 Mei
  • Pingpong 9 - 16 Mei
  • Tennis 6 - 14 Mei
  • Gusti 14 - 16 Mei
  • Wushu 10 - 12 Mei
  • Pelayaran 1 - 8 Mei
  • Bola Tampar Pantai 13 - 16 Mei
  • Bola Tampar 6 - 14 Mei
  • Triathlon 6 - 8 Mei
  • Angkat Berat 13 - 16 Mei
  • Obstacle Race 3 - 7 Mei
  • Teqball 6 - 8 Mei

2 comments:

  1. saya hampir terlupa pasal sea games ni. almaklum laa lately jarang buka tv😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham faham..lagi lagi mood raya kan. Boleh layan lagi sebab baru mula 5 Mei.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.