Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan Dan Perisytiharan Puasa 1444H/ 2023 Malaysia

Tarikh melihat anak bulan Ramadan dan perisytiharan bermulanya puasa telah ditetapkan pada petang hari Rabu, 22 Mac 2023 bersamaan dengan 29 Syaaban 1444 Hijrah. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen. 

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan Dan Perisytiharan Puasa 1444H 2023 Malaysia

Pengisytiharan atau pengumuman tarikh permulaan puasa bulan Ramadan tahun 2023 M / 1444 H di Malaysia

Pengisytiharan permulaan puasa bulan Ramadan 2023 di Malaysia akan diumumkan di menerusi saluran RTM TV1 pada hari yang sama iaitu hari Rabu, 22 Mac 2023 pukul 8:00 malam.

Pengumuman permulaan puasa di Malaysia akan dibuat selepas mendapat laporan melihat anak bulan Ramadan di beberapa lokasi mencerap di seluruh negeri di Malaysia yang lakukan lewat petang pada hari Rabu, 22 Mac 2023.

Senarai lokasi cerap di seluruh negeri di Malaysia

 Perlis
  • Kuala Sungai Baru, Simpang Empat

 Kedah 
  • Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda
  • Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
  • Menara Alor Setar, Alor Setar

 Pulau Pinang 
  • Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh

 Perak 
  • Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong

Kuala Lumpur 
  • Menara Kuala Lumpur

 Selangor 
  • Bukit Melawati
  • Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat
  • Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam

 Putrajaya 
  • Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

 Negeri Sembilan 
  • Telok Kemang, Port Dickson

 Melaka 
  • Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara

 Johor 
  • Pontian Kecil

 Pahang 
  • Bukit Tanjong Batu, Nenasi
  • Gunung Berincang, Cameron Highlands
  • Bukit Pelindung, Kuantan

 Terengganu 
  • Bukit Besar, Kuala Terengganu
  • Bukit Geliga, Kemaman
  • Pulau Perhentian, Besut
  • Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu

 Kelantan 
  • Bukit Peraksi, Pasir Putih
  • Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai
  • Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu

 Sarawak 
  • Tanjung Lubang, Miri
  • Teluk Bandung, Kuching
  • Tanjung Batu, Bintulu

 Sabah 
  • Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan

 Labuan 
  • Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan

Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa bulan Ramadhan adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi)

Merujuk kepada tarikh-tarikh penting dalam Islam yang diterbitkan oleh Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tarikh permulaan Puasa Ramadan 1444 Hijrah/ 2023 Di Malaysia jatuh pada hari Khamis, 23 Mac 2023 bersamaan 1 Ramadan 1444 Hijrah.

Tarikh permulaan puasa Ramadan yang dinyatakan adalah berdasarkan tarikh-tarikh penting dalam Islam sepertimana yang diterbitkan oleh Panel Pakar Falak JAKIM. Tarikh rasmi adalah tertakluk kepada pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Tarikh rasmi permulaan puasa pulan Ramadan 2023M / 1444H di Malaysia

*Akan dikemaskini

Sama-samalah kita nantikan pengisytiharan pengumuman tarikh mula Puasa Awal Ramadan 2023 di Malaysia.

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.