Kelebihan Zikir La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah

Kalimah zikir La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah ialah penama bagi al-Hawqalah atau al-Hawlaqah. Dengan melazimkan diri membasahkan lidah dengan zikrullah banyak memberi faedah kepada pembacanya. Berzikir juga salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Dalam kehidupan kita, sudah tentu akan ada masa saatnya kita berasa lelah dan buntu bila menghadapi kesusahan. Kadangkala hati rasa juga berasa gundah gulana. Dengan membaca zikir La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah dapat memberikan ketenangan dan memberi jalan keluar dalam setiap permasalahan yang dihadapi dengan izin Allah SWT.

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ
"La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah" 
Maksudnya : Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata

kelebihan membaca la haula wala quwwata illa billah

Kelebihan membaca La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah

1. Kalimah yang Disukai Allah

Rasulullah SAW bersabda, “Mahukah aku tunjukkan kepadamu sebuah kalimah yang berasal dari bawah ‘Arsy dari pusaka syurga? Katakanlah olehmu : La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah”, nescaya Allah akan mengatakan, ‘hambaKu telah menyerahkan dirinya dan meminta perlindungan.”—HR Al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.

Allah menyukai hambaNya yang banyak menyebut zikir La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah kerana menjadi wujud bahwa hamba tersebut mengakui kekuatan Allah dan berserah diri pada Allah dengan tetap berusaha serta melakukan yang terbaik yang ia mampu sehingga Allah sentiasa menolongnya dan memberi jalan keluar dalam setiap kesulitan yang dihadapi.

2. Dekat dengan Allah

Ada banyak kisah mengenai zikir La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah yang memberikan pertolongan untuk para nabi dan rasul terdahulu sebab zikir tersebut akan mendekatkan seseorang kepada Allah sehingga dengan izin Allah, kesulitan apapun yang dihadapi dapat dijalani dan dihadapi dengan penuh sabar dan tenang.

3. Jauh dari Laknat Allah

“Perbanyaklah Al-Baaqiyaat Al-Shaalihaat, iaitu tasbih, tahlil, tahmid, takbir, dan La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah.”—HR Ahmad, Ibn Hibban dan Al-Hakim dari Abu Sa’id r.a

Tentunya zikir La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah yang merupakan salah satu zikir terbaik akan dijauhkan dari laknat Allah sebab memiliki pahala dan nilai yang begitu tinggi di mata Allah.

4. Berserah kepada Allah

Imam a-Nawawi berkata : “La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah”, itulah kalimah yang digunakan untuk menyerah diri dan menyatakan bahawa kita tidak mempunyai hak untuk memiliki sesuatu urusan. 

Ia kalimah yang menyatakan bahawa seseorang hamba tiada mempunyai daya upaya untuk menolak sesuatu kejahatan (kemudaratan) dan tiada mempunyai daya kekuatan untuk mendatangkan kebaikan kepada dirinya melainkan dengan kudrat iradat Allah SWT juga.”

Manusia memang hanya mampu berusaha dan hasil wajib diserahkan sepenuhnya kepada Allah. Dengan membaca zikir La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah dan segala sesuatu akan datang sendiri namun juga harus disertai usaha yang maksima sehingga apa yang diusahakan berhasil dan benar benar memberikan keberkatan untuk hidup di dunia dan di akhirat.

5. Meningkatkan Rasa Taat

Ibnu Mas’ud berkata,“Tidak ada daya untuk menghindarkan diri dari maksiat selain dengan perlindungan dari Allah. Tidak ada kekuatan untuk melaksanakan ketaatan selain dengan pertolongan Allah.” 

Zikir La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah akan memberikan rasa taat yang lebih sebab menyedari secara langsung pertolongan dan perlindungan dari Allah sebagai wujud kasih sayang Allah kepada hambaNya.

6. Menanam pokok di Syurga

Telah berkata Abu Ayyub al Ansari bahawa pada malam Israk, Rasulullah saw berlalu melintasi Nabi Ibrahim as lalu Nabi Ibrahim bertanya, "Siapakah org yg bersamamu itu wahai Jibril? Ini Muhammad, jawab Jibril. 

Nabi Ibrahim lalu berkata," Wahai Muhammad, perintahkan umatmu untuk memperbanyakkan menanam pokok disyurga. Maka Nabi saw bertanya, "Bagaimana menanam pokok disyurga? Nabi Ibrahim menjawab," Ucapkan kalimat La hawla wa la quwwata illa billah—HR Imam Ahmad dan disahihkan oleh Ibnu Hibban

7. Salah satup perbendaharan Syurga

Dalam sebuah hadis menyebut daripada Abu Zar, beliau berkata: “Aku berjalan di belakang Rasulullah SAW, lalu Baginda berkata kepadaku : “Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga? 

Aku berkata : Mahu ya Rasulullah. Baginda bersabda : “La Haula wala Quwwata illa billah.”

Begitu juga hadis daripada Abu Musa, beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda kepadaku: “Mahukah aku tunjukkan salah satu perbendaharaan dari perbendaharaan syurga? 

Saya menjawab: “Mahu ya Rasulullah. Kemudian Baginda bersabda : La Haula wala Quwwata illa billah.”

8. Bekal di Syurga

Suatu ketika Rasulullah SAW bersabda pada ‘Abdullah bin Qois, “Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘La Haula wala Quwwata illa billah’, karena ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga”—HR. Bukhari no. 7386

Zikir laa hawla wa laa quwwata illa billah merupakan dzikir yang penuh kebaikan hingga nantinya bisa menjadi jalan untuk mendapat hal berharga di surga sebab itulah pengaruh dzikir terhadap jiwa.

9. Sunnah Rasulullah

Rasulullah SAW bersabda : “ Perbanyaklah membaca ‘La Haula wa La Quwwata Illa Billah’, kerana sesungguhnya ia merupakan perbendaharaan dari perbendaharaan-perbendaharaan Syurga —HR.Ahmad

Rasulullah menganjurkan kepada umatnya untuk memperbanyak dzikir laa hawla wa laa quwwata illa billah sebab menjadi sesuatu yang disukai Allah dan memiliki banyak kebaikan.

10. Pembuka Rezeki

"Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – "La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah"—Hadis Riwayat: At-Tabrani

11. Ubat Kepada 99 Penyakit

Hadis tersebut adalah seperti berikut :

‌مَنْ ‌قَالَ ‌لَا ‌حَوْلَ ‌وَلَا ‌قُوَّةَ ‌إِلَّا ‌بِاللَّهِ ‌كَانَتْ ‌لَهُ ‌دَوَاءً مِنْ تِسْعٍ وَتِسْعِينَ دَاءً أَيْسَرُهَا الْهَمُّ
Maksudnya : “Sesiapa yang mengucapkan la haula wa la quwwata illa billah, ia akan menjadi penawar dari 99 penyakit yang paling ringan adalah penyakit al-ham (kerisauan).”—Hadis Riwayat: At-Tabrani

Segala penyakit hati dan kesedihan serta kesusahan akan hilang jika sering mengamalkan zikir La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah sebab merupakan ungkapan doa dan berserah dri pada Allah.

sumber : https://www.muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/5082-irsyad-al-hadith-siri-ke-549-sesiapa-yang-mengucapkan-ia-adalah-penyembuh-99-penyakit

12. Jalan Keluar Segala Kesusahan

“Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan menjadikan baginya jalan keluar,” 
Terjemah QS. Ath-Thalaq(65):2 

Zikir La Haula wa La Quwwata Illa Billah ialah jalan keluar atas segala permasalahan dan memberikan pertolongan atas segala kesusahan atau kesulitan yang sedang dihadapi.

13 . Membawa Kemuliaan

Membaca "La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah" setiap kali mendapat sesuatu yang tidak disukai.

Siti Aisyah r.anha menceritakan:
"Rasulullah SAW adalah orang yang selalu berzikir kepada Allah SWT dalam setiap waktuNya".—Al-Hadith

14. Akhlak Mulia

Dari Abi Musa Al-Asy’ari r.a : Rasulullah SAW berkata kepadaku : “Mahukah aku tunjukkan kepadamu salah satu bacaan yang menjadi simpanan kekayaan di dalam syurga?”, Maka aku menjawab : “Tentu, wahai Rasulullah”. 

Maka beliau menjawab: “Ucapkanlah La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah” Jelas bahwa zikir La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah merupakan akhlak mulia yang sering dilakukan orang soleh yang memahami alasan pentingnya akhlak mulia menurut islam.

15. Memberikan Kekuatan

Zikir La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah terbukti memberikan kekuatan dan keberhasilan sebagai cara menjadi orang yang berjaya menurut Al-Quran, Maka setelah hal tersebut disampaikan dan Auf memperbanyak membaca “La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah” terjadilah bermacam keajaiban. 

16. Melindungi dari Bahaya

Suatu ketika di zaman dulu zikir La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah memberikan pertolongan untuk lepas dari bahaya sebab termasuk keutamaan berdzikir kepada Allah, iaitu suatu ketika Al Asyja’i mengadu kepada Rasulullah SAW bahawa anaknya yang bernama Auf telah ditawan oleh musuh. 

Maka Rasulullah berpesan kepadanya agar Al Asyja’i mengutus seseorang untuk menemui anaknya dan menyampaikan agar Auf memperbanyak membaca “La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah”.

17. Jauh dari Petaka

Makhul rahimahullah berkata: “ Barangsiapa yang yang mengatakan La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah, maka akan lenyap dari dirinya tujuh puluh pintu petaka, yang paling rendah adalah bencana kemiskinan”. 

Dengan membaca zikir La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah secara rutin akan melindungi dari segala bahaya dan dari segala malapetaka yang merugikan baik di dunia mahupun di akherat.

18. Mengalahkah musuh Allah

Pada zaman dahulu juga ada suatu kisah tentang seseorang yang boleh mengalahkan musuh Allah ketika berperang dengan berusaha sebaik mungkin dan memperbanyakkan membaca dzikir La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah, Hubaib bin Salamah rahimmullah saat menghadapi musuh atau mengepung sebuah benteng sangat senang memperbanyakkan ucapan “Laa Haula wa Laa Quwwata illa Billaah“.

19. Memudahkan Pekerjaan

Ibnul Qoyyim rahimahullah mengatakan “ Kalimah La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah” mempunyai pengaruh yang sangat menakjubkan saat menanggung beban pekerjaan yang teramat susad atau saat menghadap kepada raja dan orang yang ditakutkan, selain pengaruhnya yang efektif untuk menolak kemiskinan. Berusaha sebaik mungkin dan banyak membaca zikir La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah akan membantu memberikan penyelesaian pada setiap usaha yang dilakukan.

20. Jauh dari Penyakit Hati

“La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah”. Secara lengkap kita juga dapat menambahkan lafaz ” alliyil adzim” yang bermaksud ” Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung” di belakangnya. Boleh menambah pujian lain dalam zikir La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah sebab akan menjauhkan diri dari rasa sombong dan menjauhkan dari segala penyakit hati yang berbahaya.

21. Mententeramkan Hati

“La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah” dibaca berulang-ulang kali, menyerahkan segenap hatinya kepada Allah SWT. Insha Allah jiwa akan tenang, tenteram dan segala urusan kembali kepada Allah SWT.

Sudah pasti semua zikir termasuklah zikir La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah akan memberikan ketenangan hati sehingga ia jauh dari hati yang gundah atau sesat. Jadikan ianya sebagai amalan harian. 

8 comments:

  1. tqq sharing
    zikir.yg mudah dan senang nak ingat

    ReplyDelete
  2. Masha Allah, banyak rupa2nya fadhilat berzikir La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah ni. Terima kasih atas perkongsian ilmu ni. Salam Jumaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, banyak keistimewaannya.
      Sama²
      Selamat beramal :)

      Delete
  3. suka zikir ni, bila rasa lemah dan tak berdaya, ni lah ubatnya...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.