Menu Berbuka 5 Ramadan : Ikan Cencaru Bakar Sambal Dan Kailan Ikan Masin

Azhafizah MN
By -
4
Berbalik kepada menu ikan semula. Menu berbuka 5 Ramadan masak ikan cencaru bakar je senang. Ulang menu hari pertama berbuka. Pes ikan bakar yang dah disiap buat masih ada stok lagi. Kalau boleh menu berbuka tu nak ringkas ringkas je. 

Ikan bakar kalau perasakan dengan garam sahaja pun dah sedap. Ikan bakar bakar kosong pun sedap juga. Terasa rasa manis ikan tu. Cicah pula dengan sambal kicap atau kuah asam. Berselera makan! Inikan pula ikan bakar bersambal. Nak cicah dengan sambal kicap pun boleh atau tak nak cicah pun takpe. Dah tentu sedap!
Menu berbuka 5 ramdan bakar ikan cencaru sambal bungkus aluminium dan bakar dalam periuk ajaib. Lebih cepat masak guna kaedah begini. Kalau ikan bakar guna oven nanti kering dan tak juicy.

Ikan Cencaru Bakar Sambal Dan Kailan Ikan Masin

Stok butterhead lettuce dah habis. Masak sayur kailan ikan masin yang sesuai di makan dengan ikan bakar. Kailan yang dah tinggal sikit campur baby kailan yang masih segar. Feel macam makan di kedai gitu. Setiap kali order ikan bakar mesti nak order sayur kailan ikan masin kan.

Alhamdulillah rezeki untuk 5 Ramadan. Laju masa berlari kejap je dah habis 5 Ramadan. 
Tags:

Post a Comment

4Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment