Cara Buat Semakan Keputusan UPKK MPKAFA 2022/ 2023 Secara Online Dan SMS

Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Modul Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (MPKAFA) 2023 akan diumumkan pada hari Khamis, 9 Mac 2023 seperti yang telah dimaklumkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2 Mac 2023 yang lalu.

Semakan keputusan UPKK MPKAFA 2022 bagi ujian amali dan lisan yang dijadualkan bermula 9 Mei 2022 sehingga 31 Oktober 2022.

semakan keputusan upkk 2022 2023

Jadual UPKK 2022

Jadual UPKK 2022 yang dikongsikan oleh JAKIM 

Amali : 9 Mei hingga 30 September 2022

  • Solat
  • Penghayatan Cara Hidup Islam

Lisan : 10 hingga 31 Oktober 2022

  • Ujian Lisan Tadarus & Tilawah
  • Hafazan
  • Tafsir

Tarikh Keputusan UPKK 2022/ 2023

Khamis, 9 Mac 2023

Semakan Keputusan UPKK MPKAFA 2022 / 2023

Ibu bapa boleh membuat semakan keputusan UPKK secara online atau melalui Sistem pesanan ringkas SMS (Short Message Service). Semakan keputusan akan dibuka bermula pukul 11:00 pagi 9 Mac 2023. 

Sistem semakan Keputusan UPKK 2022 secara dalam talian (online) hanya akan dibuka pada tarikh keputusan diumumkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Berikut cara buat semakan keputusan UPKK MPKAFA sesi 2022/ 2023

Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)  boleh disemak melalui 2 kaedah berikut :

KAEDAH 1 : SEMAKAN ONLINE DI PORTAL SIMPENI

Portal Rasmi Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) JAKIM

KAEDAH 2: SEMAKAN MELALUI SMS 15888

Melalui khidmat sistem pesanan ringkas SMS (Short Message Service) 
Taip :
UPKK <jarak> NO MYKID dan hantar ke 15888
atau
Taip :
UPKK <jarak> NO. SIJIL LAHIR dan hantar ke 15888

Apakah UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA)

Ujian Penilaian Kelas KAFA atau singkatannya UPKK, ujian untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.

8 Subjek dalam Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)  : 
  • Amali Solat
  • Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)
  • Tilawah Al-Quran
  • Pelajaran Jawi dan Khat
  • Sirah
  • Ulum Syariah (Ibadah & Aqidah)
  • Adab (Akhlak Islamiah)
  • Lughah Al-Quran

Kelebihan Peperiksaan UPKK

UPKK kini masih relevan dan terbukti menerusi pertambahan calon setiap tahun yang menunjukkan kesedaran bagi menjadikan KAFA (Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain) sebagai pengukuhan ilmu Islam.

Peperiksaan UPKK dijadikan sokongan untuk kemasukan ke 60 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di bawah Kementerian Pendidikan sebagai pilihan ibu bapa.

Keputusan UPKK juga boleh dijadikan kelebihan untuk kemasukan ke 12 buah sekolah berasrama penuh integrasi dan tiga buah Sekolah Menengah Agama Persekutuan.

Didoakan anak-anak tetap tenang sehingga keputusan keluar. Apapun jua keputusannya, jangan lupa untuk bersyukur pada Allah. Allah izinkan dapat menduduki peperiksaan UPKK tahun 2022. 

Semoga berjaya seterusnya, dunia akhirat

4 comments:

  1. doakan Pia ye acik Fiza...maknya yg berdebar nk tggu keputusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Pia mendapat keputusan yang cemerlang. Aamiin...

      Delete
  2. gud luck la kan kepada adik adik yg amek exam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga mereka semua dapat keputusan yang cemerlang.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.