Tips Beli Kad Touch 'n Go NFC Melalui Aplikasi TNG eWallet

Akhirnya berjaya juga melepasi cabaran membeli kad Touch 'n Go NFC Melalui aplikasi TNG eWallet. Berhasil ikut tips kad Touch 'n Go NFC melalalui aplikasi TNG eWallet dari Wiser. Sebelum ni nak membeli tak dapat-dapat dan tak ada stok katanya. Bukan saya je, ramai yang susah nak nak mendapatkan kad Touch 'n Go NFC ni.

Daripada perkongsian Wiser, penjualan kad Touch 'n Go NFC ni pattern jualan dia berulang setiap 2 minggu. Rekod sebelum ni sudah lebih 3 kali corak ini berulang. TNG eWallet telah dijual pada 14 Julai, kemudian 28 Julai dan terakhir pada 11 Ogos. Semuanya tepat dengan jarak 14 hari (2 minggu).

Jadi, kiraan tarikh jualan dibuka seterusnya melalui aplikasi TNG eWallet pada hari Khamis, 25 Ogos 2022 seawal 10:00 pagi. Sebelum pukul 10:00 pagi saya dah stand by reload eWallet siap-siap supaya senang nanti terus buat pembelian.

Tepat jam 10:00 pagi saya cuba beli dah heavy traffic dah. Lebih 10 kali saya cuba dan akhirnya dapat juga.

Tips Beli kad Touch 'n Go NFC Melalui aplikasi TNG eWallet

Setiap sesi jualan kad Touch 'n Go NFC akan bertahan sekitar 1 jam lebih je, kemudian aplikasi akan memberitahu kad NFC sudah kehabisan stok. Setakat ini begitulah patternya. Akan datang tak tahu lagi macamana pattern dia samada masih sama atau sebaliknya. Biasalah awal awal ni memang sesak sikit. Nanti dah ramai beli, dah mudah lah kot nak membeli.

Tips Beli kad Touch 'n Go NFC Melalui aplikasi TNG eWallet

  1. Beli pada tarikh jualan dibuka setiap 2 minggu bertarikh : 14 Julai, 28 Julai, 11 Ogos, 25 Ogos dan seterusnya
  2. Tetapkan alarm reminder beberapa minit sebelum waktunya untuk stand by
  3. Pastikan dalam akaun TNG eWallet mencukupi, Total RM15. RM10 untuk kad dan RM5 untuk kos penghantaran.
  4. Alamat tersedia dalam aplikasi TNG eWallet. Boleh isikan alamat lain jika alamat berbeza. Untuk memudahkan proses pembelian dengan cepat, simpan siap siap alamat di dalam whatsapp, telegram atau nota untuk copy paste. 
Nota : Dalam aplikasi TNG eWallet terhad boleh menyimpan 1 alamat sahaja.

Untuk tetapkan alamat, buka aplikasi TNG eWallet > Profil (penjuru kanan atas) > Edit info > Additional info > Contact Information.

Status pembelian saya masih dalam proses. Nanti saya update bila dah sampai kad Touch 'n Go NFC.

Selain pembelian melalui aplikasi TNG eWallet, boleh dapatkan di premis yang terpilih. Mana nak beli kad Touch 'n Go 2022, rujuk Senarai Lokasi jual kad Touch 'n Go NFC.

Atau boleh semak di Enhanced Touch 'n Go Card Participating Outlets berhampiran, cari nombor telefon telefon stesen minyak tersebut. Tanya stok Tounch 'n Go ada ke tidak. Jika ada, cepat-cepat lah pergi beli. Harga RM10 sahaja. Limit seorang sekeping je.

12 comments:

  1. lahhh baru akak tahu setiap dua minggu sekali..selama ni ingatkan memang da takde stok terus...ok lepas ni nak pasang alarm!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari apa yang saya baca, begitulah ceritanya. Lepas ni boleh cuba. Kena cuba banyak kali.

      Delete
  2. Alaaaa terlepas nak beli pagi tadi.... tu la memanjang sold out je kan.. nampak gaya kena tgu lagi 2 minggu la ye ... kena try n error la nnt ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe! Jenuh nak membeli dan nak menunggu next batch tu. Kena cuba nanti KakRet. Harap ada rezeki dapat nanti.

      Delete
  3. Thanks share tips Fizah. Laku keras kad NFC ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Sal.
      Sangattt laku keras. Jenuh nak berlumba membelinya pun.

      Delete
  4. saya masih berbangga dengan kad TnGo yang lama dan akan cuba menjaganya dengan baik. Old is Skool...

    ReplyDelete
  5. Terbaik info... Nampak kwn beli kat kaunter nu sentral katanya haritu... Lahh.. beli on9 leh ek.. Nanti try...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada jual kat store, ada peluang beli terus okaylah tu. Senang tak payah berebut beli online. Beli online pun jenuh juga dapat tak dapat macam tu. Nak tunggu pos lagi. huhu...

      Delete
  6. rupanya dh boleh beli on9 ya. nanti boleh inform bos

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.