Unboxing Althea Beauty Haul 4.0

Saturday, October 20, 2018

Apa saja parcel yang sampai kat rumah mesti excited nak unboxing. Lagi-lagi kalau parcel yang berkotak pink nun jauh dari Korea tu. Masuk ni dah box ke 4 Koleksi Box Althea Beauty Haul. Sebab tu dinamakan unboxing Althea Beauty Haul 4.0 yang selamat sampai pertengahan bulan September lepas.

Walau banyak kali diterbangkan dari Korea tapi parcel yang Fiza dapat tak pernah lagi rosak teruk. Maintain elok je sampai ke tangan. Sebab tu tak risau kalau dapat parcel dari Althea ni. Box dia cukup kukuh nak lindungi produk dalam box tu. Kira terjamin juga lah dan kurang risiko barang rosak.


Well, kali ni Fiza dapat kotak yang bersaiz comel separuh besar daripada kotak yang biasa dapat tu. Ye lah kan, produk kali ni dapat tak banyak macam biasa. Tapi yang penting produk ni sangat-sangat berharga bukan hanya kerana namanya tapi kesan penggunaannya juga. Nak tahu apa dia? Boleh tengok video unboxing bawah ni.


Heh, tak surprise mana pun sebab Fiza dah upload di socmed yang lain sebelum update entry ni. So inilah apa yang ada dalam kotak Althea Beauty Haul 4.0 yang Fiza dapat. Kenapa Fiza cakap sangat berharga tu sebab dapat produk yang ada gold iaitu  PIOLANG 24K GOLD WRAPPING MASK. Itu adalah produk utama yang Fiza akan review nanti dalam masa terdekat ni. Fiza dah cuba sejak bulan September hari tu. Jadi, tunggu Fiza review nanti ye.


Selain tu dapat juga BOOM DE AH DAH ALOE EVERYDAY MASK MOISTURE. Kalau produk mask ni memang Fiza suka sangat pakai. Memang terbaik lah untuk kulit muka. Kat Althea Korea pun banyak sangat jenis mask. Kadang tu ambil masa nak baca review yang mana paling best. 

3 comments

  1. Bestnya tengok blogger unboxing box dari althea hehe. Dah la kotak dia warna pink. cantik sgt.

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2018/10/book-haul-october-mall-karangkraf-mega.html

    ReplyDelete
  2. Tengah tengok-tengok juga di Althea ni..hehe..kot boleh mencuba.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.