3 Apps PERCUMA Yang Best Untuk Edit Video

Sunday, October 21, 2018

Jenuh saya mencari apps percuma yang best untuk edit video produk review bagi nampak lebih menarik.  Kadang tu ada yang kualiti okay tapi tak banyak features yang boleh dibuat dalam satu apps tu. 

Saya cari apps yang boleh edit video cantik, boleh letak sticker, music pilihan sendiri, boleh trim video, adjust kelajuan video, boleh tambah text dan paling penting kualiti video bagus.

Macam biasa lah kalau dah blur sangat mencari dalam apple store tak jumpa-jumpa. Makanya terpaksalah menggunakan talian hayat tanya kawan-kawan di socmed. 

Harap-harap adalah jawapan kepada persoalan saya tu. Lebih mudah tanya pada mereka yang mungkin ada pengalaman dalam bab-bab edit video ni.


Dulu memang tak kisah pasal apps untuk edit video ni sebab edit suka-suka je. Tapi disebabkan untuk tugasan kerja sebagai blogger ni macam perlu ada satu apps untuk dapatkan hasil video yang memuaskan hati sendiri dan clients. 

Tak seronoklah kalau video kurang menarik dan tak memuaskan hati. Daripada post yang saya tanyakan di socmed tu, dapatlah beberapa apps yang sangat berguna untuk kegunaan saya dan mungkin kegunaan kau orang juga kalau masih tengah mencari-cari apps apa yang best untuk edit video. 

Apa yang saya kongsikan disini adalah Apps PERCUMA untuk download. 

Kalau berbayar mungkin tak ramai yang akan guna sebab kebanyakkan selepas subscribe pembayaran setiap minggu. Walaupun bayaran bawah RM10 seminggu tapi kalau sebulan dah RM40. Kalau hari-hari guna apps tu dan betul-betul bagus berbaloi juga guna. Kalau setakat guna sekali dua baik tak payah. 

Tapi kalau kau orang memang golongan bangsawan banyak bajet silakan guna. Tiada halangan pun. Cuma kalau ada apps percuma yang bagus, jimat dan menguntungkan. Lebih baik kita gunakan sebaik mungkin. 

3 Apps PERCUMA Yang Best Untuk Edit Video


Inshot


Inshot apps yang paling kerap saya guna buat masa ni. Nak explore apps ni untuk pertama kali pun sangat mudah. Nak buat kerja editing pun tiada masalah. Nak trim video, split, tukar speed, letak filter, letak sticker, letak text, letak music dan nak save video pun tak lama. 

Pendek kata cepat buat kerja. Apps yang simple dan kualiti video pun kira okay lah. Video dan gambar kau orang boleh save dalam pelbagai saiz.

Filmora

Filmora saya sempat explore sikit je masa download tu. Disebabkan ada features yang saya nak takde, jadi saya terus uninstall je. Sorry!


VivaVideo

Vivavideo saya pernah guna dulu. Memang okay untuk edit video yang comel-comel dan menarik. Tapi yang tak bestnya kualiti video agak kurang pada saya. Mungkin pada orang lain okay dan saya tengok ramai je guna.


Okay, itu je la perkongsian daripada mereka yang menjawab soalan saya di socmed. Antara jawapan popular Inshot lah jawapannya. Sebab tu saya letak paling atas sekali dan itu je la apps yang saya guna sekarang ni. 

Selain tu saya guna apps iMovie dah Splice yang kualiti video dia memang terbaik sehingga 4k resolution. 

Apa yang tak bestnya guna apps free ni kalau save video ada watermark sekali. Nak buang watermark memang kena bayar lah kan. Nampak watermark tu buat-buat tak nampak je lah ye. Kau orang guna apps apa pula untuk edit video. Kongsikan dalam kotak komen ye. Terima kasih.


3 comments

  1. kite pun pakai inshot jugak.. hehe. best!

    ReplyDelete
  2. Mrs. A guna Vivavideo jer... tapi lepas ni nak try inshot pulaklah

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.