Silent Mouse Buat Kerja Tanpa Bunyi

Wednesday, October 24, 2018

Hola, morning semua. Pagi-pagi lagi kerjanya dah mengetuk keyboard. Kalau tak ketuk, tak dapat cari makan nanti. Ketuk yang Fiza maksudkan tu adalah menaip. Bukan ketuk guna hammer. Buat kerja menaip ni kalau jenis menaip laju memang agak bising lah bunyi dia kan. Tunggu lah ada bajet lebih boleh beli silent keyboard.

Nak dijadikan cerita, mouse lama rosak tak boleh nak scroll atas bawah tapi masih boleh guna cuma fungsi dia dah berkurang lah. Leceh juga lah nak buat kerja walaupun masih berfungsi untuk kegunaan biasa klik klik tu. Cuma tang nak scroll atas bawah dia xberfungsi. Survery punya survey, husband beli yang silent mouse jenama Logitech. Memang itulah jenama yang biasa guna tak pernah tukar-tukar.


Logitech Silent Mouse M331 antara latest technology jenama Logitech. Promoter tu kata ini yang latest sebab yang lama takde keluaran dah. So kami orang decide beli silent mouse M331 ni je lah. Tak banyak pilihan warna. Tak silap Fiza ada hitam, biru dan merah. Disebabkan sebelum ni beli set keyboard dan mouse warna hitam, so ambil warna hitam lah baru padan.

DESIGN KHAS UNTUK TANGAN KANAN

 
Paling menarik mouse ni sangat selesa dipegang jika kau orang right handed. Mouse ni direka dengan curved line untuk memberi keselesaan pada ibu jari dan mudah control. 

90% KURANG BUNYI


Bila kau orang klik sekali mesti kau orang nak klik banyak kali sebab tak puas hati kenapa tak berbunyi sangat kan. Memang sangat enjoy buat kerja klik mouse tanpa bunyi ni. Bukan setakat bunyi klik kurang bunyi tapi bawah dia pun diperbuat daripada rubber untuk kurangkan bunyi geseran dan scrolling.

JANGKA HAYAT BATERI 24 BULAN

Pakai mouse jenis wireless memang leceh sikit bab nak tukar bateri. Tapi jangan risau sebab jangka hayat bateri yang kau tahan lama sehingga 24 bulan. Bila kau orang tak guna, mouse ni automatik off guna bateri untuk save energy bateri tu. 

HARGA BERPATUTAN


Pada Fiza harga berpatutan juga lah tak cecah atas RM100. Selari lah kot dengan teknologi dengan harga yang ditawarkan tu. Di setiap kedai tak sama harga dia. Jadi, kau orang boleh survey harga samada offline atau online. 



Apa lagi yang menarik tentang silent mouse M331 ni, boleh baca bawah ni Fiza ambil dari website terus. Punyalah malas nak buat ayat sendiri kan. Pada Fiza berbaloilah membeli dan sangat enjoy buat kerja tanpa bunyi klik mouse tu.

SIMPLE. RELIABLE. STRONG

Enjoy a wireless connection up to 10m away thanks to a plug-and-forget nano receiver. M331 SILENT PLUS features Logitech® Advanced Optical Tracking for ultra precise moves on almost any surface. No hassle, no software needed. Works with Windows®, Mac, Chrome OS™ or Linux®-based computers.

QUIET MARK CERTIFICATION

Logitech is the first mouse company in the world to receive the Quiet Mark certification. This international mark of approval from the UK Noise Abatement Society recognizes technology designed to reduce noise.

Macam best kan? Nak record video pun macam tak berbaloi sebab bunyi lain lebih kuat daripada bunyi mouse yg tak berapa nak bunyi tu.

10 comments

  1. wah..macam best je ni...akak pun dah lama tak berganti mouse

    ReplyDelete
  2. sy masih pakai mouse dari zaman kolej. huhuu. bila nk beli baru pun xtauu lahh heheh

    ReplyDelete
  3. hihi bab ketuk tu betul haha sebab saya pun kalau menaip guna mouse kt pc memang kdang dok ketuk2 sebab dia macam tak detect sangat. Haa nak cari satu macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..kalau keyboard tak detect tu boleh bersihkan..kot habuk banyak dalam tu tersangkut

      Delete
  4. mouse ni penting jugak. memudahkan kerja, dapat yang bagus macam nih best laa.

    ReplyDelete
  5. iye la, mouse yang biasa2 ni satu bilik boleh dengar klik2 tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, ye memang. Lagi-lagi kalau sunyi buat kerja tengah malam tu kan. Kacau orang tidur :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.