Review | Petal Velvet Powder Pink Lavender Limited Edition K Beauty Translucent Powder

Tuesday, October 16, 2018

Petal Velvet Powder Pink Lavender limited edition merupakan exclusives product Althea Korea sempena ulang tahun ketiga Althea Korea. Disebabkan limited edition, Fiza tak ragu-ragu nak masuk bakul masa shopping di Althea hari tu. Pantang nampak benda pink, terus jatuh cinta terus. Kebetulan Fiza takde koleksi translucent powder. Jadi, why not cuba Petal Velvet Powder Pink Lavender Limited Edition ni.


INGREDIENTS
Lavender extract - Soothes irritations helps to repair the skin. It also has aromatherapy properties to calm the senses
Hydrogenated lecithin - Conditions and moisturizes the skin
Glycerin - A humectant that attracts moisture to the skin, preventing dehydration

PACKAGING


Kau orang sendiri nampak yang packaging petal velvet powder pink lavender ni sangat lah comel dan simple looks. Mengandungi 3g petal velvet powder pink lavender dalam satu jar yang comel ni bersama sifter dan juga powder puff.


MURAH

Yes, tak dinafikan harga dia sangat lah murah untuk sejenis translucent powder yang sangat best ni. Cuma RM17 sahaja. Bagi kau orang baru belajar makeup tu bolehlah beli kalau masih lagi under bajet. Yang kaki makeup pun harus masuk bakul dan cuba sendiri.


BAU WANGI 

Memandangkan ianya mengandungi extract bunga lavender dan Fiza suka bau lavender sebab tu juga salah satu Fiza beli powder ni. Mild floral scent juga sangat menenangkan dan memberikan kesan yang bagus pada kulit.

MENCERAHKAN DAN MELICINKAN KULIT


Translucent powder ni dalam masa yang sama boleh mencerahkan dan melicinkan kulit kerana diformulasikan dengan pigmen merah jambu dan ungu untuk mencerahkan kulit yang kusam. Zarah-zarah halus yang terdapat dalam petal velvet powder mengekalkan kelembapan kulit tanpa mengeringkan kulit dan nampak fresh.

HASIL MAKEUP LEBIH WOW DAN TAHAN LAMA

Dengan penggunaan translucent powder petal velvet powder pink lavender akan menjadikan makeup kau orang kelihatan lebih wow sepanjang hari. Translucent powder akan memberikan kesan matte dan sangat sesuai untuk kulit yang berminyak. Plus, dengan memakai translucent powder kau orang tak perlu risau makeup bercampuk atau touch up sebab translucent powder jenis tahan lama.


Makeup kau orang juga akan nampak glowy finish! Mana taknya, nampak shiny kulit muka bila pakai translucent ni. Lagipun pakai translucent powder tak mengubah warna pemakaian foundation berbanding loose powder dan sangat sesuai untuk semua jenis dan warna kulit. Mungkin boleh juga dijadikan sebagai highlighter.

TEKSTUR RINGAN

Fiza sejenis muka berminyak dan sangat sesuai pakai translucent powder yang bertekstur ringan macam petal velvet powder pink lavender ni kerana dapat mengawal pengeluaran minyak pada kulit muka. Paling best sebab dia tak membuatkan makeup bercampuk walaupun kulit berminyak. Stay the same!

  CARA PENGGUNAAN

Hanya perlu gunakan powder puff yang disediakan atau boleh juga guna brush dan apply pada kulit muka. Dap dap dah siap! Kalau hanya pakai translucent powder sahaja pun dah best dah. Nampak natural dan dalam masa yang sama dapat sorok cela sikit sikit walaupun bukan full coverage macam foundation.


So sementara masih ada stock di Althea Korea tu, lebih baik cepat-cepat masuk bakul sebelum limited edition Petal Velvet Powder Pink Lavender kehabisan stok. Pppali ppali BUY PETAL VELVET POWDER PINK LAVENDER LIMITED EDITION KLIK HERE.

RATINGS
Smell : ⭐⭐⭐⭐⭐
Texture : ⭐⭐⭐⭐⭐
Packaging : ⭐⭐⭐⭐⭐
Effectiveness : ⭐⭐⭐⭐⭐
Price : Cheap!
Value For Money : Absolutely!

7 comments

  1. wahhh. murah tuu kak fiza. packaging dia pun cantik!

    ReplyDelete
  2. kita pun ada ni tp sayang nak guna..comel sgt..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang juga nak guna tapi nanti simpan sampai expired rugi pulak Kak Nor :)

      Delete
  3. pink karer.
    aida lom sempat belek althea ni, fiza.
    byk da baca. just lom teringat nak godek.
    comel2 produk nyer.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.