Mini Flower Bouquet 50gram Comel Ya Amat!

Friday, October 19, 2018

Perempuan kalau dapat bunga memang hati berbunga-bunga sangat senyum sampai ke telinga. Mengaku je lah! Dapat sekuntum bunga pun dah boleh buat hati seorang perempuan cair. Betul ke? Eh, tapi ada je perempuan yang tak suka bunga. Tak semua perempuan suka bunga tapi kebanyakkannya memang suka. Betul tak?


Setiap perempuan yang suka bunga ada bunga kesukaan masing-masing. Percaya tak kalau Fiza kata bunga rose antara bunga yang paling disukai. Of courselah! Tengok bunga rose yang cantik tu terus buat jatuh cinta. Selain cantik, bau bunga rose yang wangi tu lagi lah buat cepat jatuh cinta. Well, macam Fiza suka bunga ros, peony, baby breath, cally lily dan banyak lagi lah. Ikutkan semua bunga Fiza suka.

Baru-baru ni Fiza ada join 50 gram Johor Bahru (JB) Rocket Launch Giveaway. 50gram salah satu florist popular yang Fiza adore sangat dari dulu. Kini 50gram dah mula bertapak di Johor Bahru. Congrats 50gram! Dipendekkan cerita, nama Fiza tersenarai di antara mereka yang menang mini bouquet 50gram. Yeay!


Daripada email yang Fiza dapat, kalau luar kawasan Kuala Lumpur hadiah mini bouquet tu akan digantikan dengan hadiah yang sama nilai dengannya. Disebabkan Fiza ada satu lagi mini bouquet untuk di ambil, gigih lah pergi KL kejap. Kebetulan juga ada hal lain ke KL. Jadi, tepat pada masanya untuk ambil kedua-duanya. Kalau tak, Fiza tak tahu hadiah apa yang Fiza akan dapat. Tapi memang nak flower bouquet 50gram. Mini pun mini lah. Janji dapat hadiah bunga mini bouquet 50gram comel ya amat ni.


Selain mini bouquet, hadiah lain seperti Unicorn Mugs, Brands Bird's Nest dan paling menarik Luxuriante 50 roses with a complimentary stay in the Villa! Wow sangat hadiah tu. Buat masa ni baru beberapa hadiah telah berjaya di buka. Ada beberapa lagi hadiah yang belum diumumkan lagi. Sekarang baru sampai unlock 250 shares. 500 shares belum unlock lagi. Jadi cepat-cepat join JB ROCKET LAUNCH GIVEAWAY dengan hanya perlu share, tag and masukkan email to unlock the prize.



Flower bouquet pink lagi satu tu nanti lah Fiza cerita untuk next entry okay! Mesti kau orang pun tak sabar nak satu juga nanti. Janji tunggu Fiza update next entry, okay?!


4 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.