Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Sotong Telur Masin

Akhir-akhir semacam dah kurang update entri menu-menu masakan. Ada yang rindu? Mana mungkin kau orang nak rindu, mesti tak suka tengok gambar masakan sebab secara automatiknya akan rasa terliur kan. Hari ni nak update sikit resepi sotong masak telur masin


Resepi diubahsuai daripada resepi udang goreng butter telur masin. Cuma bahan utama tu digantikan dengan sotong. Konon nak cuba-cuba buat eksperimen resepi baru sedap ke tidak  kalau menggunakan sotong. Yang biasa kita dengan ketam telur masin dan udang telur masin je.

Bahan-bahan
6 ekor Sotong
1 biji Telur masin
1 sudu besar Minyak zaitun
2 ulas Bawang Putih
1 biji bawang besar
6 biji cili api
1 tangkai cili besar merah
125ml susu full cream ( kalau nak berkuah)

Cara Masak
1. Rebus telur masin kemudian hancur-hancurkan. Ketepikan dahulu.
2. Panaskan minyak dan kemudian tumiskan bawang putih, bawang merah, cili api dan juga cili besar yang telah potong kecil. Dah garing dan naik bau sikit, masukkan telur masin. Kalau kau orang nak jenis berkuah boleh letak susu cair. Kalau tak nak jenis berkuah, tak perlu letak susu cair.
3. Masukkan sotong dan gaul rata. Kemudian biarkan masak dan sedikit kering. Sedia untuk dihidangkan.

Bila dah letak telur masin tak perlu letak garam dah. Nanti bertambah masin pula. Bila letak telur masin rasa dia semulajadi sedap rasa masin berasa tu. Tak percaya? Silalah masak menu apa-apa tambah telur masing. Di jamin sedap melainkan kalau kau orang tak makan telur masin.

Rasa macam dah terjebak dengan telur masin je sekarang ni. Semua menu masakan nak diletakkan telur masing. Rosak teruk diet Fiza sekarang ni makan tak menentu. Mentang-mentanglah dah kekurangan beberapa inci lemak. Terus lupa nak berdiet eh Puan Fiza? Jangan risau yang penting amalkan minum air masak secukupnya. Minum air masak secukupnya bukan sahaja boleh kurus cepat tapi menjaga kecantikan secara semulajadi gitu.


Post a Comment

10 Comments

  1. alamak sedapnya... Liez tak pernah rasa lagi... nak try buat la nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila cuba buat kalau nak rasa sedap ke tidak. Tapi ikut selera masing-masing lah :)

      Delete
  2. sedapnyaaaa kakk. pos sini sikittt. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dekat, dah hantar dah :) meh la berjiran

      Delete
  3. Tak pernah buat lagi tapi nampak menyelerakan

    ReplyDelete
  4. xperna cuba dan ju xperna tfikir pula bole adaptasikan sotong masak telur masin ni ! =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..tetiba terfikir. macam menarik je untuk cuba. nasib sedap..hihi

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.