Cara Mudah Tut Pokok

Salah satu aktiviti kalau balik kampung adalah meninjau pokok-pokok bunga mak. Kalau ada yang berkenan, confirm bodek mak nak ambil benih dan kalau pandai bodek dapat pasu dengan bunga terus. Bagus betul perangai anak dia ni kan. Bukan anak dia dok bodek, kadang-kadang sedara mara atau tetamu datang yang minat dengan bunga pun minta benih bunga. Mak Fiza pun kalau ada berkenan bunga kat rumah orang pun kadang-kadang minta juga tapi sedara-mara je la. Kalau orang tak kenal. segan juga nak minta. Maksudnya minta dengan orang yang dah biasa kenal lah.

Kadang-kadang mood minat bunga tu berubah. Kejap minat orkid, memang eloklah terjaga bunga orkid. Kejap minat bunga kertas, di kahwinkan dengan pelbagai pokok bunga kertas untuk dapatkan pelbagai warna dalam satu pokok. Kejap minat kaktus, pelbagai jenis rupa bentuk kaktus ada. Bila dah minat tu, makanya banyaklah pelbagai jenis pokok bunga di rumah kampung. Dah jadi macam nursery plants. Tapi bila dah banyak jadi tak terurus. Letih juga nak menguruskan semuanya.

Kebetulan encik suami suka juga tanam pokok bunga. Mana bunga yang dia berkenan, rajin pula nak di tut nya. Cara tut ni sesuai untuk pokok yang susah untuk dibiak kan dan jenis kayu keras. Cara tut pokok ni sangat mudah dan lebih cepat untuk pembiakan pokok. Tapi kalau silap tut akan menyebabkan bahagian pokok yang di tut akan mati.

Cara Tut Pokok

1. Kelar keliling batang pokok dalam ukuran 1 inci dengan pisau tajam
2. Buang kulit pada bahagian tersebut
3. Kikis bahagian tersebut sehingga nampak bahagian dalam pokok berwarna putih.
4. Sekiranya tidak dikikis dengan cukup dalam, kemungkinan samada kulit pokok tadi akan tumbuh kembali atau bahagian pokok yang hendak ditut tersebut akan mati. 
5. Bahagian dalam pokok ini dikikis bagi mengelakan nutrien yang dihasilkan pada bahagian daun dihantar kepada bahagian akar, bila nutrien tak dapat dihantar maka akar akan tumbuh pada bahagian tersebut.


6. Sediakan tanah sedikit dan letakkan atas plastik lutsinar
7. Letak air sedikit bagi memudahkan proses mengetut, tanah dalam bentuk tanah liat lagi senang untuk handle berbanding tanah yang berderai semasa mengetut nanti.


8. Letakkan tanah pada keliling bahagian yang dikikis tadi, seterusnya dibalut dengan plastik lutsinar.
9. Ikat pada kedua-dua bahagian bawah dan atas plastik tersebut
10. Pernah terbaca info yang mengatakan perlu ditutup plastik lutsinar tersebut bagi menjaga akar muda yang baru tumbuh daripada sinaran matahari. selain itu, lumut akan tumbuh dalam plastik lutsinar dan akan menyukarkan pemantauan pertumbuhan akar nanti.
11. Dalam beberapa minggu bolehlah pantau pertumbuhan akar tersebut .


Encik suami baru je tut pokok Bunga Zaleha @ Hydrengea. Cantiknya bunga zaleha yang berwarna biru ni. Kita tunggu hasil mengetut ni nanti.



4 comments:

  1. akak dah lama nak tut pkok limau,tapi tak buat-buat..hehe

    ReplyDelete
  2. Sekarang dah ada jual medium untuk mengetut yang lebih mudah dan ringkas.
    Kalau nak cepat keluar akar, boleh sapukan hormon pengakar di bahagian atas potongan kulit tersebut,(tempat bakal keluar akar baru).

    ReplyDelete
  3. singgah pagi selasa
    hari ini bz sangat2
    x dan nk blogwalking
    anyway anum drop here first ya

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.