Viral FaceApp

Tuesday, May 02, 2017

Selamat pagi semua orang! Haaa jangan liat-liat nak pergi kerja hari ni. Kalau isnin cuti, biasanya hari selasa akan sesibuk macam hari isnin. Setuju tak? Dia punya sibuk macam tak sempat nak rehat. Al-maklumlah cuti lama, kerja pun banyak bertangguh. Bila dah start kerja memang mendapatlah nak siapkan kerja yang tertangguh tu.

Baru-baru ni ramai yang berkongsi perubahan muka daripada muka asal menjadi gambar tua, gambar muda dan gambar bila berlainan jantina dengan menggunakan aplikasi FaceApp. Katanya dah viral pun sekarang. Antara yang ada dalam FaceApp, muka boleh diubah kepada senyum biasa, senyum lebar, tua, muda, lelaki, dan perempuan. Untuk dapatkan kulit muka lebih flawless boleh klik "spark".

Daripada tak nak terjebak, akhirnya terjebak sama. Kemain nak tergelak bila muka berubah wajah tua beberapa tahun akan datang. Yang berubah jadi muda macam lebih kurang sekarang je rupanya. Takde beza! Yang muka tua tu kena tambahkan collagen lagi mulai hari ni. Kah kah kah

Kau orang mesti dah cuba dulu kan. Sejak benda ni dah tular di media sosial facebook, instagram dan twitter. Kau orang boleh tengok muka orang lain dengan cari je #FaceApp atau hashtag yang berkaitan. Paling tak menahan bila buat perubahan berlainan jantina tu, memang kena bahan je la.

Kalau kau orang nak tengok perubahan muka sendiri menjadi muda, tua dan lain-lain, Download je aplikasi "FaceApp" dengan percuma di Google Play Store ataupun Apple App Store. Bila dah install dan buka, hanya perlu ambil gambar atau upload gambar yang tersedia ada dalam galleri. Kemudian pilih je perubahan muka yang kau orang mahukan. Semuanya di hujung jari je. Sekelip mata kau berubah.

Untuk dapatkan 4 gambar seperti di atas, kau orang klik je collage dulu kemudian boleh ubah muka pada setiap satu kotak tu. Viral ni bukan sebab apa, sekadar seronok-seronok je tengok perubahan muka. Paling viral yang muka jadi tua itulah. Tak sabar gamaknya nak tengok muka bila jadi tua nanti tapi tak nak jadi tua cepat.



8 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.