Menu Sahur Yang Mudah dan Ringkas

Monday, May 29, 2017

Alhamdulillah, syukur masih di beri kesempatan bertemu hari ketiga di dalam bulan Ramadhan. Macam mana puasa kau orang semua? Harap-harap masing-masing terus tabah dan bersabar di dalam bulan Ramadhan walau apa pun cabaran yang di hadapi.

Syukur juga di awal bulan Ramadhan cuaca baik-baik sahaja. Kurang sikit dugaan berpuasa bila cuaca agak sejuk. Apa yang meriah di bulan puasa ni ramai yang berkongsi menu berbuka dan sahur. Dugaan betul bila tengok makanan sedap-sedap. Well, itu semua dugaan berpuasa. Jangan salahkan orang lain kalau diri sendiri tak mampu nak hadapi dugaan berpuasa. Betul tak?

Persiapan menu berbuka dan bersahur Fiza dan suami biasanya menu masakan yang mudah dan ringkas je. Memandangkan berdua sahaja, jadi tak perlu lah nak beria sangat buat macam-macam sebab nanti membazir. Pencuci mulut/pemanis makan kurma je dah memadai. Kalau rajin sikit malam-malam tu buat puding caramel.

Untuk berbuka Fiza hanya siapkan satu menu utama dan sayur cuma berulamkan timun dan sambal belacan. Lagi 10 minit nak berbuka sempat masak lagi tau. Satu lauk je memang sempatlah. Itupun masak untuk berbuka sahaja. Masak pun kuantiti cukup untuk 2 orang dan of course tak kan membazir.

Untuk menu sahur, Fiza tak makan menu yang sama berbuka tadi. Mesti masak makanan baru, baru tak jemu nak makan. Untuk menu sahur pun Fiza sediakan menu sahur yang mudah dan ringkas. Nak bersahur perlu bangun awal untuk sediakan makanan dan juga ambil masa untuk makan. Bila dah ada menu ringkas, kalau bangun lambat masih lagi sempat nak bersahur.

Antara menu sahur yang mudah dan ringkas serta jimat masa.

1. Overnight Oats

Overnight oats menu sahur yang mudah untuk di sediakan. Perlu siapkan malam sebelum sahur. Sebelum tidur tu, kau orang siap-siap buat. Esok nak sahur, terus boleh makan je. Sangat jimat masa sahur. Menu yang sihat dan terbaik untuk memberikan tenaga ketika berpuasa.

2. Sandwich Telur/Tuna

Kalau rajin sikit boleh sediakan sandwich telur tuna. Kalau ikut cara masak Fiza untuk menu yang sihat gunakan roti wholemeal dan goreng telur di tambah dengan tuna in water dalam non stick pan. Tak lengkap sandwich tanpa sayur. Jadi, perlu ada salad, timun dan tomato. Lengkapkan sandwich dengan sos cili dna juga mayonis. Memang sedap dan seronok dapat menu fresh masa bersahur. Cuma perlu bangun awal sikit la nak kena goreng telur tu. Sayur-sayur tu potong siap-siap malam sebelum tidur dan simpan dalam tupperware. Esoknya tinggal susun-susun je dengan roti dan telur.

3. Telur Goreng

Nak masak lauk lain agak leceh. Nak mudah dan ringkas. Masak nasi siap-siap sebelum tidur dan esoknya waktu nak bersahur goreng je telur dan makan bersama kicap. Pun sedap juga.

4. Nasi Goreng

Kalau nak bersahur nasi goreng. Fiza akan masak dahulu sebelum tidur. Masukkan dalam tupperware dan simpan dalam peti ais. Waktu nak bersahur, cuma perlu panaskan dalam microwave je. Jimat masa dah tu kan.

Ini antara menu sahur yang biasa Fiza sediakan dimana bagi Fiza mudah untuk disediakan. Lain orang lain kesenangan nak memasak kan. Bergantung juga pada selera orang lain juga kalau family ramai dan bergantung pada banyak mana masa yang ada. Tapi biasa kalau mak-mak kita memang rajin masak lauk waktu bersahur ataupun masak lebih menu berbuka untuk bersahur sekali. Mak memang terbaik bab-bab sediakan makanan ni. Rindu pula zaman berpuasa kecil-kecil dulu.


18 comments

  1. saya tinggal bertiga ngan parents selalunya perangat lauk lebih sahur.kena makan nasi jugak, kalau tak badan tak tahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau stay dengan parents memang biasa sahur dengan nasi :)

      Delete
  2. yang paling simple lah selalunya orang buat...akak selalu minum susu kurma je

    ReplyDelete
    Replies
    1. susu dan kurma pun dah memadai kan kak. dah cukup bertenaga sepanjang hari

      Delete
  3. aah setuju. besa masak utk bdua ni lagi mudah bila ada cara sendiri kan. =)

    ReplyDelete
  4. tengah puasa semua makanan nampak sedap..hehe

    selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
  5. Family makan nasi masa sahur tapi saya minum oat cereal drink 3in1 je settle. Nak makan nasi awal-awal pagi memang tak boleh masuk nau. Paling kuat pun makan nugget je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah juga rasa macam tu..suka yang simple je untuk makan awal pagi :)

      Delete
  6. dah ada sekali sahur makan oat. ok nnt nak try buat overnight oat pulak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti cubalah kak..malam buat, esok sahur terus makan je :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.