Puding Caramel Antara Menu Wajib Bulan Ramadhan

Tuesday, May 30, 2017


Siapa yang suka sangat puding caramel, angkat tangan. Yes, kita geng! Fiza memang hantu puding caramel. Walaupun suka tapi tak mampu nak makan banyak sebab caramel yang manis. Cuma suka makan dalam kuantiti yang sikit. Maksudnya kalau sehari sepotong puding caramel pun boleh. Dengan cara tu, makan hari-hari pun takpe. Eh, tak boleh juga sebab perlu kurangkan manis dalam makanan. Lebihkan manis dalam senyuman takpe.

Puding caramel ni antara menu wajib ada dalam bulan Ramadhan sebagai pemanis mulut orang kata. Nak makan puding caramel tak perlu tunggu bulan ramadhan pun, boleh je anytime makan. Cumanya bulan ramadhan ni senang nak di beli di mana-mana sebab ramai peniaga bazaar ramadhan jual puding caramel. Cuma kena pilih yang mana kena dengan selera aje lah.

Disebabkan Fiza ni bukan sejenis yang suka bersesak pergi Bazaar dan lebih suka masak sendiri. Makanya dengan kerajinan disebabkan teringin nak makan dan kebetulan semalam kakak ipar dan anak buah datang berbuka puasa di rumah, Fiza teruskan misi buat puding caramel.

Fiza lebih suka puding caramel bakar daripada kukus sebab senang nak masak dan lebih sedap tak hanyir bau telur. Agak leceh nak uruskan pengukus tu. Untuk bakar, gunakan kaedah Bain Marie atau Steam Bake dengan cara letakkan bekas adunan puding ke dalam loyang berisi air. Kalau kurang jelas macamana, sila google perkataan tersebut.

Puding caramel bukan setakat sedap, malah senang nak buat dan bahan-bahan pun mudah je. Cara Fiza masak senang je. Tak perlu mixer bagai. Gunakan blender dah boleh buat dah. Biasanya Fiza akan guna acuan 4x8 inci je sebab biasa buat sikit je.

Untuk buat kuantiti sikit macam Fiza boleh guna resepi puding caramel bakar ni yang mudah sangat

Bahan-bahan

3 biji telur gred A
3 keping roti putih gardenia
115ml fresh milk ( Fiza gunakan susu fresh milk dalam kotak kecil) atau boleh guna susu cair
Air 1 cawan
5 sudu susu pekat
secubit garam
1 sudu kecil esen vanilla
5 sudu gula pasir

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan kecuali gula dalam blender dan blend je. Kemudian ketepikan
2. Untuk buat caramel. Letakkan acuan atas dapur, panaskan dan masukkan gula. Kacau sehingga gula cair keperangan kekuningan. Pastikan tak hangus hangit ye. Kalau tak nanti pahit.
3. Bila dah cair, angkat dan masukkan adunan blend tadi ke dalam loyang caramel kemudian masukkan dalam oven dengan kaedah steam bath. Fiza gunakan suhu 200°C dan bakar selama 45 minit. 
4. Dah masak, kikis tepi-tepi puding caramel yang melekat di loyang kemudian terbalikkan puding caramel dalam pinggan. Siap!


Senang kan? Boleh cuba buat untuk pencuci mulut berbuka petang ni. Mungkin ada yang tak suka puding caramel bakar sebab nanti ada kesan hangus pada permukaan. Tapi tak terlalu hangus pada Fiza. Kalau tak suka bakar, boleh guna kaedah kukus macam biasa. Masa memasak pun 45 minit juga. Selamat mencuba.

8 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.