Theme Layout

[Rightsidebar]

Boxed or Wide or Framed

[Wide]

Theme Translation

Display Featured Slider

No

Featured Slider Styles

Display Grid Slider

Grid Slider Styles

Display Trending Posts

Yes

Display Author Bio

Display Instagram Footer

Resepi Udang Goreng Butter Telur Masin


Telur masin sedap di makan dengan pelbagai menu. Kebiasaanya masak rebus je makan dengan nasi kosong pun dah sedap. Apatah lagi di tambah dengan menu masakan lain seperti ketam goreng telur masin. Memang sedap! Sebelum ni Fiza pernah cuba masak ketam goreng telur masin, kali ni cuba masak udang goreng butter telur masin pula. Nak juga rasa sedap ke tidak. Dah tentulah sedap kalau menu utamanya udang. Di tambah pula telur masin tu. Memang gabungan yang umphhh sangat. Dan kali ni masak lebih senang sebab udang jenis cepat masak. Mestilah lebih cepat masa memasak.

Paling sedap bila dapat udang galah. Tapi kalau takde udang galah, udang tak berapa nak galah pun boleh. Janji ada bahan utamanya udang dan juga telur masin tu. Jangan pula kau orang bedal guna udang geragau pula ye. 

Untuk mereka yang mengamalkan diet tu, eloklah kurangkan penggunaan butter dan minyak. Gunakan minyak yang sedikit dan butter ala kadar pun dah memadai sebab menu ni sangat berminyak kalau letak banyak. Garam pun tak perlu letak dah sebab telur masin tu dah cukup masin dan berasa. Ada orang suka letak telur masin 2-3 biji. Tapi resepi diet Fiza cukuplah letak 1 biji je.


Untuk resepi ni pandai-pandailah kau orang bajet berapa banyak nak guna ikut kau orang punya citarasa dan ikut berapa ekor udang yang nak di masak. Fiza masak ni untuk 8 ekor udang sederhana besar. Masak lebih sebab nak ratah lebih. Tahu dah udang masak apa pun mesti sedap!

Bahan-bahan
8 ekor Udang
1 biji Telur masin
1 sudu besar Unsalted butter
1 sudu besar Minyak zaitun
2 ulas Bawang Putih
2 tangkai daun kari
6 biji cili api
1 sudu besar Tepung Jagung
1/2 sudu kecil Serbuk kunyit

Cara Masak
1. Rebus telur masin kemudian hancur-hancurkan. Ketepikan dahulu.
2. Gaulkan udang bersama dengan serbuk kunyit dan tepung jagung
3. Panaskan minyak dan goreng separa masak. Angkat dan toskan.
4. Dalam kuali yang sama, masukkan unsalted butter bersama dengan lebihan minyak goreng udang tadi. Kalau tak nak campurkan pun boleh. Buang dulu minyak lebihan tadi. Ikut suka kau orang.
5. Kemudian tumiskan bawang putih dan juga cili. Dah garing dan naik bau sikit, masukkan daun kari. Kalau kau orang nak letak susu cair pun boleh lepas masukkan daun kari tu. Tapi di sebabkan Fiza tak de stok susu cair jadi tak letak pun boleh.
6. Masukkan telur masin yang dah dihancur tadi. Gaul rata dengan semua bahan. Last sekali masukkan udang yang telah digoreng separa masak tadi. Gaul-gaul semua dan biar masaka seketika dah siap! Mudah sangat kan? Silalah cuba. Tak kan tengok je. Mesti dah kecur air liur.


Azhafizah Md Nor
6 Comments
Share :

6 comments:

  1. setakat ni telur masin ju pun guna utk masak ketam atau rebus. Kalo kita godek2 resepi mmg byk juga menu lain yg boleh dibuat dr telur masin kan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..banyak lagi resepi yang menggunakan telur masin ni :)

      Delete
  2. Sedapnya dik Fizah....InsyAllah nak try resepi ni sbb ada stock udang kt peti ais...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak apa pun guna telur masin memang sedap kak :)

      Delete
  3. resepi ni memang tak pernah buat,tapi macam menarik je ni..

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik dan jaga adab sebagai komentator. Terima kasih.

[name=Azhafizah Md Nor] [img=http://3.bp.blogspot.com/-T6929_GEAQE/WEcqCNF17ZI/AAAAAAAAoLo/OLVmtZMyIJMdZ5ZX4D8jyM6lbcxHp97wQCK4B/s1600/about%2Bme%2Bazhafizah.png] [description=Married.Blogger.Graphic Designer.Johorian.B.Eng (Hons) Electrical & Electronics Engineering.UiTM.Untuk tempahan DESIGN, PENGIKLANAN, COLLABORATION, SPONSORSHIP, GUEST POST dan PRODUK REVIEW boleh emailkan ke :azhafizahmdnor@gmail.com] (facebook=https://www.facebook.com/AzhafizahMdNor) (twitter=https://twitter.com/Azhafizah) (instagram=https://www.instagram.com/azhafizah.mdnor/)

Blog Sihatimerahjambu

Follow @azhafizah.mdnor