Gagal Lagi Permohonan Google Adsense

Wednesday, May 17, 2017

Awal pagi hari ni dapat berita yang mendukacitakan hati ini. Bukan hari ni je dapat berita sedih, setiap kali buat permohonan google adsense mesti gagal. Rasanya nak dekat sepuluh kali juga Fiza mohon dan kali ini masih juga gagal.

gagal permohonan google adsense

Sebab-sebab gagal permohonan adsense telah diberitahu dalam email. Alasan yang sama juga setiap kali dapat email sedangkan Fiza dah perbetulkan segala apa yang telah diberitahu. Masih juga gagal??? Siapa yang tak kecewa kalau usaha selama ini gagal.

Usaha mencari maklumat melalui google "Cara Untuk Lulus Adsense" semuanya memberikan tips yang sama. Dan dah tentu Fiza cuba semua tips yang dikongsikan. Ada juga Fiza bertanya pada otai-otai blogger tapi masih kecewa juga sebab belum berhasil juga. Nak tanya mereka lagi macam segan. Jarang orang nak bagi ilmu percuma. Tapi Fiza berterima kasih pada mereka yang berikan tunjuk ajar dan ilmu dengan percuma. Cumanya mungkin belum ada rezeki Fiza bersama adsense lagi. Mungkin akan datang dia akan datang juga agaknya lah.

Buat masa ni Blog Fiza sedang berpantang tanpa iklan nuffnang dan iklan innity yang dua-dua pun sendu sampai sekarang. Kalau tak letak, takde income. Kalau letak earnings tak jalan pun tak mendatangkan faedah juga. Serba salah dibuatnya. 

Cemburu tau tengok rakan blogger lain berjaya bila mohon adsense. Boleh kongsikan tips tak? Setakat ni Fiza dah buang iklan, dah revert to draft mana-mana entri yang berkaitan dengan giveaway, yang banyak gambar, yang tak cukup perkataan, yang ada gambar dan link download. Sampai ada error 404 banyak dalam webmaster tools dashboard. Hari-hari kena clearkan. 

Tak cukup dengan itu, setiap entri Fiza usahakan tulis lebih dari 300 patah perkataan dan letak 2-3 keping gambar sahaja. Apa lagi yang tidak Fiza usahakan? Traffik blog okay je takde masalah. Adakah artikel masih tidak berkualiti lagi? 

Eh, bukan itu saja masalahnya. Siap ada pakej tak boleh letak iklan google adsense di layout blog. Keluar error " Could not save earnings setting"dan bila add iklan secara manual keluar pula "Please correct the errors on this form".Dah macamana nak selesaikan masalah ni?

Semasa mohon adsense kena letak iklan dulu dalam blog kan? Ke selepas approve baru letak iklan tu? Fiza pun dah confused sebab banyak sangat pemahaman dari hasil cariaan google tu. Tak tahu nak rujuk mana satu. Kalau ada yang otai adsense yang sudi membantu, Fiza alu-alukan sangat komen kat bawah ni. Jasa anda amatlah dihargai. Tak nak kecewa dah. Andai kata di kecewakan lagi, masih tetap juga usaha. Tapi kalau dah berpuluh kali usaha, terpaksalah mengaku kalah. Anggap sahaja bukan rezeki.

9 comments

  1. lbh 10x?
    Fiza mmg xkenal putus asa tu. tkpe ada rezeki lain.inshaaALLAH
    truskan je mohon

    Kalau yui mmg lgsg tak layak. ekekke

    ReplyDelete
  2. cik nor pun sama..asyik review jer..huhu

    ReplyDelete
  3. akak pun tak faham sangat content dia tu,tapi yang akak tengok,ada jugak yang tak cukup syarat ,tapi dapat je,tuari akak pun hosted acc...macam takde pekdahnya sebab tak keluar iklan kat blog..last2 terminate je dan apply yang baru..tapi ni dah dekat sebulan masih tak dapat...

    ReplyDelete
  4. susah jugak yer nak mohon fizah. takpe, usaha lagi Insya Allah ;)

    ReplyDelete
  5. akak tak pernah putus asa, inshaAllah one day pasti diterimaaa. amin..

    ReplyDelete
  6. Haritu Azwar pun gagal apply juga, sekarang okay dah ;)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.