Workspace Berwajah Baru


Hai semua! I'm back setelah empat hari blog menyepi tanpa update. Tuan blog sibuk dengan kerja mengecat dalam rumah. Lepas raya baru nak mengecat rumah kan. Tak kisahlah tu, tak kan nak tunggu raya baru nak cat rumah. Untuk proses mengecat fasa I ni cuma siapkan dulu bahagian worskpace Fiza dan ruang tamu. Yang lain-lain akan datang. Proses mengecat 2 tempat ni pun ambil masa 4 hari, inikan nak mengecat satu rumah. 

Memanglah boleh upah orang mengecat tapi faham-faham lah upahnya dan juga hasil kerjanya. Kadang-kadang lebih puas hati kalau cat sendiri walaupun penat tu jangan cakaplah. Tapi bila dah siap, puas hati sangat. Sebelum ni warna cat dinding bahagian workspace Fiza ni warna soft yellow.


Dan sekarang Fiza pilih warna lighthouse view (Kansai Paint). Nampak masuk sangat warna ni dengan perabot warna hitam dan juga kebetulan kena dengan warna kerusi tu. Kan?


Tersuka dengan sengaja pulak warna pastel ni. Nampak lebih ceria dan lebih berikan kesan lebih terang. Harap-harap dengan workspace wajah baru ni dapat berikan mood dan idea yang lebih lepas ni. Hari ni baru masuk SOHO (Small Office Home Office) setelah off empat hari. Meroket lah menyiapkan kerja yang tertangguh.

Apa yang Fiza baca, warni ni agak menjadi trend tahun ni. Mungkin ramai yang menggunakan warna cat ni untuk mengecat rumah dan sebagainya. Itu sebab dia jadi trending. Cantik pun cantik warnanya. Sesuai untuk dalam atau luar rumah. Sedap mata memandang. Kau orang rasa? Dan bila cat pun bertukar, mood baru kena bertukar jadi lebih rajin bekerja menghadap kerja-kerja yang mendatang.

Selepas ni misi mendeko meja workspace pula supaya semuanya nampak seperti mood baru. Mungkin nak nampak lagi kemas tanpa barang-barang yang serabutkan permandangan, boleh gunakan kotak sebagai penyelamat untuk nampak permandangan workspace lagi kemas dan cantik tersusun. Boleh pakai juga idea tu. Nak nampak lagi cantik, gunakan warna kotak yang sesuai dengan warna suasana workspace tu. Mungkin kena pilih warna yang sama dengan cat dinding ataupun warna hitam pun boleh.


7 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.