Masak Lemak Telur Pucuk Ubi

Thursday, January 08, 2015

Tetiba ada orang request masak lemak telur pucuk ubi dan ini pertama kalinya masak telur masak lemak cili api dengan pucuk ubi. Ada orang panggil gulai masak lemak pucuk ubi. Pada Fiza masak lemak dan gulai sama je kot. Tak tahu tang mana bezanya. Bukan arif sangat bab masak ni. Asal boleh masuk selera tekak ni dah kira okaylah tu kot.

Kebetulan ada pucuk ubi amek kat kampung haritu, dan dan jugak hubby request ye. Selalunya rebus je la cicah sambal belacan ke. Orang kata kalau masak lemak ni lagi sedap kalau guna telur itik tapi Fiza tak suka sangat pun telur itik lagipun memang kat rumah takde telur itik pun.huhu.. Bagus juga masak macam ni, satu lauk dah okay siap sayur sekali. Senang pun senang.


Cara masak pun sonang yo. Blend cili api, kunyit n ikan bilis sikit bagi manis katanya. Tak payah tumis. Masukkan bahan blend ke dalam periuk bersama santan dan tambah air sikit. Panaskan periuk dan kacau kacau sikit adunan tu bagi pecah minyak. 

Dah mendidih perlahankan api,masukkan garam dan asam keping. Pecahkan telur jangan kacau biarkan sehingga telur masak sikit. Last sekali baru masukkan pucuk ubi dan biarkan keduanya masak tapi pucuk ubi tu kalau boleh jangan overcook sangat nanti tak sedap.

24 comments

  1. Fizaaaaaa.....ni fav akak ni....goreng plak ikan masin sekali...tp kalau telur tu biasanya guna telur itik...hehehehe....sedapnyaaaa.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni memang masakan favourite orang pilah kot kak..lagi² telur itik kan...tapi tulah fiza tak makan itik..telur itik pun boleh rasa sikit je la..huhu

      Delete
  2. baru nak tanya telur itik ke..sbb org kuala pilah lauk ni ngan telur itik je hehe :D amboi lapo la plak pija ok.jap gi mkn la, puan isteri dah bekalkan masak pindang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan..orang pilih memang banyak bela itik,so memang tolo itik yolah.huntonglah puan isteri dah siap masakkan bawak bekal gitu..

      Delete
  3. sedapnya masak.. terliur.. terliurrr.. lapoooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti boleh masak ye..senang je pun :) asal ada bahan bahan utama nya

      Delete
  4. assalamualaikum azha...hubby mama suka lauk ni tapi telur itik...mama pulak hari ni masak lemak pucuk ubi juga tapi dgn sardin...

    ReplyDelete
  5. Aduhai.
    .sdp ni fiza.. ad tmpoyak lglaaaahh..best

    ReplyDelete
  6. Akak sebut masak lemak..kat utara ni kalau sebut gulai ,maknanya kari tu..yang berempah tu maknanya gulai @ kari..

    ReplyDelete
  7. sedapnye. kalau guna telur itik pun sedap. hehe

    ReplyDelete
  8. Wah sedap nampak tuuuuuuuu ...Tak pernah buat lagi camni..

    ReplyDelete
  9. Serius ni mmg sedap.. nak2 kalau ada telur itik. Pehh

    ReplyDelete
  10. kuning dia menyengat...nampak sedap tu fiza...

    ReplyDelete
  11. ye, tak pernah cmpur sayur n telur dlm satu msakan, nanti nak mintak mak try, heeeee,, sodap yoo :)

    ReplyDelete
  12. Masa telur biasa dah buat tapi sekalikan ngan pucuk ubi tak penah buat lagi..nampak menarik je ..blh la mencuba

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.