Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Kisah 3 Makhluk

Salam Jumaat. Pernah dengar kisah 3 makhluk ni? Kalau belum, meh baca buat jadi peringatan untuk kita semua.

Sumber dari google

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz

Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia ,e nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar ja di sini..kalau boleh delete je..bukan mereka nak baca pun "

tak smpai 5 minit..  malaikat tgah catat

*copypaste dari group whatsapp

Post a Comment

12 Comments

  1. "tak payah la sibuk2..".."tak payah ambik tahu.." .."kubur masing2.." itu lah yang selalu akak dapat kat kotak komen blog akak .mungkin sebab akak tulis santai2 je..tak de selit hadis2 sebab tu orang tak boleh fikir sebarang pengajaran dari apa yang akak tulis.eehhe

    ReplyDelete
  2. Cerita yang inspiratif, cukup membangun motivasi ...

    ReplyDelete
  3. pernah baca juga, ada orang antar dkt group

    ReplyDelete
  4. Akak pernah baca..amboi yang ke tiga tu..lancang betul mulut dia erk...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah, kita lebih memilih kata atau bisikan "malaikat" .

    ReplyDelete
  6. Entry yang sangat bermanfaat. Terima kasih perkongsiannya. Benda baik memang orang susah nak buat, benda negatif laju je jalannya. Hurmmm..

    ReplyDelete
  7. kalau boleh taknak ada yang ketiga tu...isk..bahye

    ReplyDelete
  8. Segala bentuk amalan yg kita buat pastinya dicatat oleh malaikat

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.