Jangan letak link warna biru

Thursday, December 29, 2011

Ada di kalangan blogger suka letak link mereka di dalam komen box ketika komen. Apa tujuannya? Tujuannya adalah memudahkan untuk menjejak balik atau mempromote entry mereka. Memanglah bagus untuk mempromosikan dengan cara meninggalkan link.

Tapi tak bagus untuk tuan punya blog. Sebab apa? Baca di bawah.

Jangan letak link warna biru-hyperlink html

LINK WARNA BIRU?

Link biru tu maksudnya SPAM LINK. SPAM LINK mengandungi http:// atau www yang dikenali dengan hyperlink html. Hypelink html mengandungi <a href="url"> link text </a>. 

Ye, faham itu cara membuat backlink untuk blog awak tapi tak bagus untuk tuan blog yang dapat komen macam tu.


Kenapa dengan SPAM LINK atau LINK WARNA BIRU ni? Untuk pengetahuan semua, google akan delete blog yang mengandungi SPAM LINK ni . Google akan detect melalui SPAM LINK yang ditinggalkan.

Selain itu, jika komen yang ditinggalkan dengan LINK WARNA BIRU. Kemudian link tu telah didelete, ia akan menjadi broken link dalam blog seseorang itu.  Bila broken link terjadi, ia akan mengganggu pretasi SEO sesebuah blog. 

Untuk kebaikan bersama, tukang komen dan pemilik blog. Adalah lebih baik kalau korang nak tinggalkan link korang JANGAN LETAK hyperlink html. Letakkan saja macam ni azhafizah.com tanpa <a href="https://www.azhafizah.com/">azhafizah</a>.

Kalau buat hyperlink dia akan automatik jadi LINK WARNA BIRU. Ada faham? Saya sebenarnya tak suka juga ada komen dengan url ni. Ada yang saya publish dan ada yang delete terus. Harap faham lah kenapa komen awak tak muncul.



24 comments

  1. hee terima kasih for the information.

    sgt membantu :)

    ReplyDelete
  2. sama-sama :)
    heheeh
    itulah..byk dh peringatan cm ni kan..

    ReplyDelete
  3. kotak komen akak dah letak amaran pun masih ada lagi yang tinggal link biru..

    ReplyDelete
  4. ohh tq for this info dik.. br tau hehe ;)

    ReplyDelete
  5. Hahahaha...Letih melayan benda sebegitu... :(

    ReplyDelete
  6. okeh, noted.. Hee, tapi macam mana ek, kalau nak join segmen tu.. nak hantar link macam mana? buang http & www ke?

    ReplyDelete
  7. huhu....xphm....sy slalu klau nk tggl jejak,mmg akn ltk http:// tu la....

    ReplyDelete
  8. OdahOne tgglkn komen disini tnpa link berwarna biru...kalo link warna pink sure cik fiza suka kan?...hoho...dulu mmg selalu gak wat cmni tapi dah lama xwt lg bila tau impactnya...nice info tqvm

    ReplyDelete
  9. bagus la akak punya info nie..
    dieba suka, kdanng2 dieba punx phm ape tu spam link.. now da tahu.. thankss..

    ReplyDelete
  10. haha. zami baru tulis kat ruangan kotak komen pasal ni. :D

    ReplyDelete
  11. dulu selalu gak tinggalkan link pada blog orang lain sebab tatau effect dia..
    Then, kena tegur dengan sorang blogger ni..
    Abang hasrul hassan rasanya..
    Terus tak buat lagi dah..
    TAUBAT^^

    ReplyDelete
  12. betul tu..
    so, lepas ni kalau join segmen ke, contest ke, admin kena alert kan, nnt kesian plak admin tu...tak pasal2 kena di cop spam oleh google.. ^^

    ReplyDelete
  13. yup, link kaler biru ni kira spam link kt comment box, huh...

    ReplyDelete
  14. thanks for the info.. mohon nak share di blog saya boleh?

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.