Resepi : Ikan Siakap Kukus

Sunday, October 16, 2011

Ikan siakap, ikan terpaling sedap untuk buat masakan kukus. Bermacam-macam resepi ikan siakap kukus ni ikut selera masing-masing. Antara aneka menu resepi ikan siakap kukus :

  • resepi ikan siakap kukus halia
  • resepi ikan siakap kukus ala thai
  • resepi ikan siakap kukus lemon
  • resepi ikan siakap kukus asam boi
  • resepi ikan siakap kukus air asam
  • resepi ikan siakap kukus nyonya
  • resepi ikan siakap kukus thai
  • resepi ikan siakap kukus 3 rasa

Saya suka masak ikan siakap kukus ikut resepi ikan siakap kukus simple. Mudah kerja memasak dan sedap. Dengan syarat kena makan masa hidangan panas-panas. Dah sejuk, rasa dia kurang sedap sikit.

Resepi : Ikan Siakap Kukus

Resepi Ikan Siakap Kukus Simple

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap
6 biji bawang putih
1-2 biji bawang besar 
2 inci halia
Cili padi ikut tahap pedas masing-masing
3 batang serai
1/2 sudu pes asam jawa 
garam secukup rasa

Cara Penyediaan
1. Bersihkan ikan siakap.
2. Bahan bahan seperti bawang besar, bawang putih, serai, halis, cili api separuh kisar dan separuh potong-potong je. Boleh juga nak buat semua potong dan semua blend. Ikut suka
3. Letak ikan siakap dalam loyang, letakkan bahan kisar dan potong, pes asam jawa dan juga garam ratakan bersama ikan.
4. Letak loyang dalam pengukus dan biarkan ikan masak.

Mudah sangat versi ikan siakap kukus ni. Kaedah penyediaan makanan yang sihat daripada bergoreng. 

8 comments

  1. eh yana baru buat semalam...=)
    next time leh cube resepi ni plak...=)

    ReplyDelete
  2. uish!!!! memalam nih....nmpak ni...

    ReplyDelete
  3. Arghhh! sedapnya. Tibe-tibe rasa lapar balik biarpun baru je lepas makan.

    ReplyDelete
  4. MS nak copy resepi ni... boleh x? simple dan pantas jer... salam blogwalking...

    ReplyDelete
  5. rajinyaa masak2 ni eh...xnk jemput dtg rumah ke..=p

    ReplyDelete
  6. masak pun pandai rupanya....
    aih..untung la sapa dapat buat bini nih...:

    terima kasih sebab
    bagi kode tu..
    nanti akak try buat..tak cuba pun lagi.sibuk sikit cuti2 ni..
    terima kasih fiza...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.