Header Ads

Disebalik Kota Keriangan Genting Higlands, Ada Amber Court Yang Agak Suram

Genting Highland, kota keriangan dengan ceria dengan warna warni dari pandangan atas. Salah satu tempat pelancongan yang menarik.  Last datang ke Genting Highland zaman tahun 2008. Punyalah lama tak jejak kaki di Genting Highland ni.

Kota Keriangan Genting Higlands
sumber : google

Disebalik kota keriangan Genting Highland ni, ada Amber Court yang agak suram penuh dengan kisah kisah misteri, mistik dan menyeramkan. 

Mungkin ada yang tahu kisah seram ni, mungkin tidak. Saya hanya kongsikan sedikit kisah yang saya pernah baca. Kalau mereka tipu, makanya kisah ni tipu lah. 

Sebenarnya banyak benda misteri yang ada kat sini disebabkan banyak benda luar biasa berlaku terutamanya pembunuhan. Macam-macam andaian yang dibuat terutama fakta roh yang tidak tenang mengacau penghuni yang duduk di hotel. Hotel yang bernama Amber Court yang penuh misteri.

Tak tahu apa punca dan sebabnya kisah amber court ditutup. Mungkin kau orang boleh google "7 ahli keluarga bunuh diri di amber court" atau "amber court genting death". 

Untuk positif fikir, saya anggap mungkin tiada pulangan modal. Tapi kalau penghuni sentiasa kena kacau, siapapun tak sanggup untuk bermalam ni disini walaupun satu malam. Walaupun!

Antara habit paranormal kacau penghuni yang bermalam di sini, suka main on off  TV, berjalan atas katil, duduk tepi katil, darah mengalir di tingkap, perempuan berbaju merah terjun dan nampak di tingkap, perempuan mengilai dan macam-macam lagi lah.

Seram bukan?Kisah hantu klise kalau menginap di mana-mana hotel yang seram dan ada kisah disebaliknya. Tengok je lah rupa keadaan Hotel Amber Court ni.

Disebalik Kota Keriangan Genting Higlands,Ade Amber Court Yang Agak Suram

Tengok gambar je dah seram, apatah lagi nak menginap di sana. Ini gambar Amer Court selepas ditutup dibiarkan terbengkalai. Meremang bulu roma tengok!

Disebalik Kota Keriangan Genting Higlands,Ade Amber Court Yang Agak Suram

Pernah tengok video seekers yang berani datang ke Amber Court buat lawatan mencari entiti di youtube. Seram okay! Tak berani nak tengok. 

Ini cerita dulu...

17 comments:

  1. tu yg warna merah kt bngunan tu darah erk?? err.. seram la pulak..

    ReplyDelete
  2. nasib baik fiza post siang.kalau malam,minta maaf le nak terjah.haha.

    masa pergi sana tak perasan pulak hotel tu.uh...serius seram bila tengok

    ReplyDelete
  3. seramnya tgk hotel ni...
    krew2 seekers x dtg sini ke ahaksss :)

    ReplyDelete
  4. dari luar pun namppak seram la...

    akak hari ni berjalan2 makan angin je dari pagi sebab hari ni harijadi suami...
    tapi petang ni tak kemana la..
    sebab suami akak pi main badminton pulak dengan kawan2 dia..

    ReplyDelete
  5. huyohh seram punya tempat , naseb cik fiza pos entry neh siang2 . kalau mlm neh , mau kami tidoq lampu terbukak .

    ReplyDelete
  6. giler seram..tapi kalau nak bermalam free kat genting boleh la singgah situ ek...save bajet..hahaha

    ReplyDelete
  7. tgk pic tu pun dh rasa ada yg x kena.. xmo gi area situ laa, huh...

    ReplyDelete
  8. laaa dah jadi macam 2 dah..dulu tiap2 tahun g genting..dah besar..xnyempat nak pegi...=;= tapi scary plak tgk lama2..hehe

    ReplyDelete
  9. xpnah pi lg agak kurg pgetahuan tntg genting ^_^

    ReplyDelete
  10. lame jugak wanie tak pegi genting..tak penah perasan ade bangunan seram ni..huhu..tapi dulu ade sekali amik gambar kat genting, nampak something yang seram..huhu..terus delete..

    ReplyDelete
  11. saya kerja dgn salah sorang owner unit kat amber court..bangunan ni kosong sebab kebanyakkan owner dia warga singapura..diorang biasa datang pada cuti2 jer..dan mengikut maklumat kawan saya..orang maintenance sana..ramai penjenayah yang wanted tinggal kat sana..kadang2 akan nampak polis serbu kat sana..unit yang saya selalu pergi di tingkat 21..dan floor tu..cuma unit yang saya pergi tu jer yang aktif..tu pun 2,3 bulan skali..memang akan rasa seram kalau sensornag kat sana..tapi telan air liur jer la..tq

    ReplyDelete
  12. xsgka la amber kot ni berhantu... sbb saya berhoneymoon di sana. pegi last minute. hotel len sume penoh...ade ulat hotel suggest hotel ni la... tp klu suh gi skrg...xnk la dok hotel ni...serammmm...

    ReplyDelete
  13. Saya banyak baca orang tulis pasal amber court berhantu..so saya dengan my sister decide nak berkunjung dan melawat amber court untuk tinjau keadaan sebenar amber court ni. Saya memang imagine bangunan apartment ni horror macam dalam gambar yg digembar-gemburkan. So we did it, Ahad baru ni 28/10/2012 saya, adik, kakak and cousin naik genting masa on de way balik dari Perak, semata-mata nak melawat amber court. Mula2 pusing2 xjumpe. Mase hampir give up and nak turun baru lah terjumpe signboard. Jalan masuk memang sangat scary sebab dalam, and on d way masuk jumpe bangunan terbengkalai (sesuai untuk buat movie hantu kt bangunan tinggal ni!). Then bile dah sampai..ler, xsama pun dengan dalam picture tu. Dah lawa. Dah cat elok je tengok, xde pun macam berlumut, berdarah bagai. weekday 1 nite RM150, weekend 1 nite RM250. Saja tanya bilik, next time insyaAllah akan stay a night untuk get the experience with amber court.

    ReplyDelete
  14. Pernah sampai...jln nk p pun seram suram

    ReplyDelete
  15. Saya dan suami konon2nya nak bercuti hjg minggu di genting, booking kt trivago nama Genting Highland Court, dah byr apa semua dah..sampai2 tgk Amber Court yg sangat creepy! Dinding berlumut, mmg scary gila..tp kitorg tabahkan hati, check in jgk..dalam bilik ok, cuma pemanas air xde so klu nk mndi mmg akn mggigil sejuk..ptg kul 3.30pm smbg ke indoor park, tu pn main dlm keadaan hati xtenang terpikir mcm mne nk tido mlm ni..kul 10 kami balik ke bilik, decide xnak tido..rugi pn rugi la, janji xtido dlm keadaan menakutkan..nasihat sy, JANGAN stay kat sini..jgn buat kesilapan mcm kami. Bangunan mcm tu xlayak jadikan tmpt bercuti. Menyesal xbaca review habis2 sblm booking..

    ReplyDelete
  16. fuh 2 bulan lepas tido situ. mmg seram dan buruk rupanya. tp dah benda free masatu terpaksa tido gak semalam. tak tau lak ada cerita2 mcm ni pasal hotel tu. gila seram kalau teringatkan balik keadaan di sana. pernah sekali lif berenti dan pintu terbuka sendiri. bnyk bilik yg kami lalu pun ada kayu palang. eh seramlah!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.