Masakan kampung pun sodap!

Wednesday, November 23, 2011

Masakan kampung dah sebati dalam hidup untuk seorang yang membesar di kampung. Masakan kampung ni tiada tandingannya. Osah sodap tekau! (baca : Usah sedap kata kau!)

Tapi tak semua orang sukakan masakan kampung. Banyak minyak, tinggi kolestrol, tak berkhasiat dan macam-macam lagi lah. 

Semua ni boleh dikawal pengambilan dia. Siapa kata tak berkhasiat. Ulam-ulaman kampung tu sangat berkhasiat. Pucuk ubi, jantung pisang kalau direbus cicah sambal belacan. Perghhh..berselera makan.

Sambal belacan dan ulam-ulaman tu sebenarnya penambah selera, betul tak? Bila dah lama tak balik kampung, rindu masakan kampung air tangan mak.

Setiap kali balik kampung, macam-macam menu masakan mak masak. Lagi seronok kalau adik beradik balik sekali berkumpul ramai-ramai. Lagi meriah lauk masakan kampung.

Tukang masak pun ramai. Saya boleh jadi supervisor bila dah ramai chef (baca : kakak-kakak) balik. Orang yang lebih dulu makan garam ni biasanya masakan dia sedap, lebih pengalaman kan. Kita ni duduk tepi perati je lah.

Tu diaaa ketam masak sambal, kakak saya masak. Pecahkan telur beberapa biji untuk menambah kesedapan sambal ketam ni.


Ketam Masak Sambal

Masakan yang wajib ada setiap kali balik kampung adalah udang galah. Udang galah masak lemak cili api yang padu rasa dia. Lagi-lagi gunakan santan segar, resepi asli masakan masak lemak. Paling penting udang galah sungai yang fresh.

baca juga : udang galah masak lemak cili api
                   udang galah goreng berlada

Udang Galah Masak Lemak Cili Api 
Apa masakan kampung kegemaran kau orang? Jom share!

11 comments

  1. pergh pergh pergh!!! sedapnya!! terliur tgok gmbr tuh fiza! nak 1 mangkuk. hihi..

    ReplyDelete
  2. N9! Segale yg lemak mcm dlm gmbr ni.. Hihihihi.. N stiap mggu jgk blk..

    ReplyDelete
  3. kampung akak kat perak..kalau orang perak apa lagi yang best kalau tak masak tempoyak..
    heheheh

    ReplyDelete
  4. fuh!!mantap tu....mmg paling best masakan kg ler....huhuhu..dan2 rs laporr... :P

    ReplyDelete
  5. hmm..lama tak makan ketam..sedappppppnyerrr... nakk....

    ReplyDelete
  6. xsabarnye nak balik Langkawi! makan seafood banyak2! hehe

    ReplyDelete
  7. uishhhhh uishhhhhh. kejammmm. saya laparrrr. kenapa ada ketam ituuuu.

    ReplyDelete
  8. udang galah?tak pernah makan.huhu.ai kalau balik kg, ubi rebus cicah sambal..pekena plak ngan kopi o memang terbaekk sangat2 tu.hahaha

    ReplyDelete
  9. ohhh.. terliur akak dik.. tetiba lak jd lapar haha..

    ReplyDelete
  10. masakan kampung mmg tak pernah failed sebab tu masa i kawen ada lauk masakan kampung

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.