Header Ads

Resepi : Puding Triffle Sihatimerahjambu

Teringin makan puding trifle yang dah lama tak buat. Sesekali teringin, merajinkan diri buat puding triffle simple. Simple untuk dah biasa buat. Tapi kalau pertama kali nak cuba mesti akan rasa susah dan leceh.

Cuba dulu resepi simple puding trifle simple ni, gerenti jadi gerenti akan rasa mudah lepas tu sebab dah faham cara penyediaan dia. Kat luar harga puding trifle ni boleh tahan juga mahal dia.

Resepi Puding Trifle Simple

Resepi Puding Trifle Simple

Bahan-bahan A (Lapisan bawah sekali)

Swiss roll
1/2 tin air fruit cocktail dalam tin

Boleh gunakan sebarang perisa swiss roll ikut selera masing-masing. Lebih sedap gunakan swiss roll coklat. Dia akan jadi sedap bila bergabung dengan lapisan kedua kastard tu nanti.

Cara Penyediaan

Potong dalam 2cm tebal dan susun potongan dalam bekas sampai penuh ruang. Nak nampak lebih cantik untuk tujuan ambil gambar, gunakan bekas kaca. Nampak cantik lah bila nampak setiap lapisan triffle tu.

Curahkan 1/2 tin air fruit cocktail dalam tin atas lapisan swiss roll.

Bahan-bahan B (Lapisan tengah)

1 tin susu cair
1/2 tin air fruit cocktail dalam tin
4 sudu besar tepung castard
3 sudu gula pasir
1 sudu esen vanilla

Cara Penyediaan

Masukkan semua bahan B ke dalam periuk. Kacau sampai sebati dan tidak berketul-ketul. Kemudian baru buka api perlahan dan kacau je sampai pekat berkilat. Lepas tu terus curahkan atas lapisan swiss roll yang telah disusun tadi.

Pastikan lapisan kastard menutupi lapisan swiss roll. Kemudian biarkan sejuk.

Bahan C (Lapisan atas) 

1 tin fruit cocktail

Cara penyediaan

Taburkan buah-buahan dalam tin atas lapisan kastard yang dah sejuk

Bahan-Bahan D (Lapisan atas sekali)

Crystal jelly perasa strawberry

Cara penyediaan

Masak mengikut arahan yang terdapat pada pembungkus jelly crystal. Setelah masak, tuangkan bancuhan jelly cystal atas fruit cocktail. Kemudian letak dalam peti ais untuk disejukkan dan dibekukan.

Resepi Puding Trifle Simple

Dah sejuk, sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!


15 comments:

  1. akak lebih suka yang tak manis sangat..sesedap tekak ok la..
    nampak cantik jugak ni..
    boleh kawen dah fiza..:p

    ReplyDelete
  2. uhuk2..tersedak tgk puding nih..
    nk sket..hihi

    ReplyDelete
  3. jeles2. azie blom mula blaja masak lagi -_-"

    ReplyDelete
  4. rajinnya dia=) sedap makan petang2 nie...

    ReplyDelete
  5. wah..nmpk sedap!!

    nak try nanti..

    tq ea kasi resepi!!

    ReplyDelete
  6. Eceh! Dari tutorial psal blog terus jadi tempat bagi resepi pulak! Terbaik ^^b

    ReplyDelete
  7. hee suka3!! nak jugak... nanti nak cuba la. sedap je nama (:

    ReplyDelete
  8. hemoh hemoh sedapnye pija oi..ada rasa mcm karipap sardin tak?

    *afzal tanak buat..pija buatkan,afzal tolong makankan je.hehe

    ReplyDelete
  9. haaa. aida suka ni! wajib try!. thx share. <3

    ReplyDelete
  10. cam best je? ingat air.. tp puding..

    ReplyDelete
  11. Gulp! telan air liur la gamaknyaaa. :DD

    ReplyDelete
  12. fiza...farhah pun nak buat triffle ni tp tkot tak jdk..hehek.. amek resepi fiza je la eh..heheh..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.