Hola September!

Tuesday, September 01, 2020

Hola September! Dah masuk bulan September 2020? Macam tak percaya cepat betul masa berlalu sejak PKP bulan Mac hari tu. Mula mula masa PKP hari tu rasa macam lambat betul masa berlalu. 

Bosan duduk rumah tu dah capai tahap tinggi dah. Sampai pagi petang siang malam hari apa, tarikh apa semua dah tak ingat. Sedar tak sedar dah bulan September.

Hey, hola, how are things

interjection Spanish.
hi; hello: Hey, hola, how are things?

PKP Pemulihan Fasa II

Dan semestinya masih dalam mood Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan masuk ke Fasa II sehingga 31 Disember. Tu diaaa sampai hujung tahun kita hadap PKPP ni. 

PKPP Fasa 1 dah berakhir semalam dah. Ingatkan PKP akan berakhir tapi nampaknya jauh lagi perjalanan PKP ni. Takpe, kita kuat dah dah biasa dengan norma baharu ni. Teruskan kita jaga kita.

September 2020
Take time to reminisce the moment when you're most
in love with yourself. Recreate an repeat.

Cuti Bulan September 2020

16 Sep (Rabu)
Hari Malaysia
Semua Negeri

24 Sep (Khamis) 
Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar
Johor

September Quotes 2020

6+3 =
But so does 5 +4.
The way you do things
isn't always the only way to do them.
Respect other people's way of thinking.
Don't judge people
for the choices they make,
when you don't know
the options they had to choose from.

Apa plan bulan September ni? Semalam katanya ada 2 kluster baru. Kluster BUNGA kat Port Dickson tu. Negeri Sembilan baru je nak hijau, tiba muncul pulak kluster baru. Kena lah beku kan diri duduk rumah.

Semoga semuanya baik-baik je di bulan September ni. Sama-samalah kita doakan semoga semuanya cepat pulih dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin Ya Rabbal Alamin.


30 comments

  1. Assalamualaikum Fiza.apa kbr? Lama x singgah sini. Tengok² dah bln 9 dah kan.

    Ada kluster baharu ek. Hurmmm... Mudah²an pendemik ni cepat² berlalu. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..khabar baik kak. Lama menyepi kak? Sihat ke? Dah habis berpantang kan?
      Ye kak, ada kluster baru.

      Delete
  2. lah ade kaluster baru ke..adoi..moga cepatlah dunia sembuh..risau juga tu
    selamat menjalani bulan september..hey! hola =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep, tengok kat page KKM semalam katanya ada kluster baru.

      Delete
  3. In shaa Allah. Moga baik2 aje bulan ni & bulan2 seterusnya

    ReplyDelete
  4. Aaamiiinnn... Ya Rabbal Alamin. Itulahkan sekejap aje dah September.
    Semoga rakyat Malaysia terus patuh PKP. Alhamdulillah rasanya kebanyakkan kita dah boleh terima normal baharu. Bila keluar tak pakai FM memang terasa janggal sebab tu kena simpan stok dalam kereta senang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi yang dah biasa dengan norma baru okay lah. Yang berdegil tu susah juga nak memahamkan mereka.

      Delete
  5. Semoga dunia pulih daripada Covid
    Memang sekejap masa berjalan. Cakap terus-terang tahun tenang sebenarnya.

    ReplyDelete
  6. dgn kluster covid 19 ., dgn kerenah politik tak menentu., semoga semuanye dipermudahkan bagi kita., aminn ya robbal alaminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa itulah macam-macam hal berlaku. Tak tahu nak hadam yang mana satu. Harap begitu juga, semoga semuanya reda dan Malaysia aman damai.

      Delete
  7. mula2 baca tu risau gak, rupanya isolated case...huhu..moga dilindungi semua yang jalan2 ke PD ujung minggu lepas-lepas..termasuk akak lah tu..erk

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab dia kat kapal pelabuhan. Dah siap siap kuanrantin okay lah tak merisaukan. risau kalau terlepas keluar tu.

      Semoga Allah lindungi kita semua.Aaminn...

      Delete
  8. Moga September lebih baik dari bulan sebelumnya...

    ReplyDelete
  9. Hello september. Semoga bulan ni baik-baik aje.

    ReplyDelete
  10. satu persatu kluster baru muncul. semuanya berpunca daripada kedegilan yg x dibendung!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. risau betul kalau ada kluster baru. Geram je rasa manusia yang degil tu.

      Delete
  11. semoga takde cluster baru huhu.. pelik gak nape la ada segelintir yg tak faham2 istilah kurantin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap begitulah. entahlah kak, tak faham juga dengan kluster degil ni

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.