Beli Buah Mangga Lemak Muda Untuk Balas Dendam

Monday, September 07, 2020

Oleh kerana sejak akhir-akhir selera makan berkurang yang tak tahu entah kenapa. Tapi masak untuk husband okay je. Diri sendiri je kecelaruan dengan selera sendiri. Lepas tu bila beli maknan tak kena dengan tekak, nyesal pula tak masak sendiri.

Disebabkan itu, beralih arah kepada makan buah-buahan je lah. Kudapan yang lebih sihat orang kata. Kononnya nak beli rock melon sebab stok rock melon dah habis kat dalam peti ais.

Rock melon potong sesiap masuk peti ais. Bila makan sejuk sejuk tu lagilah bertambah sedap. Sejukkan badan bila musim panas katanya.

Tengok-tengok husband balik beli barang takde pun rock melon. Aduh, kecewa tau! Sudahlah stok jeruk mangga asam boi pun habis dah. Kena cari gak buah.

Cari punya cari jumpalah pembekal mangga lemak yang terdekat. Alhamdulillah rezeki dapat stok mangga lemak muda.

Mangga Lemak/Mangga Lemak Manis 

Mangga lemak juga dipanggil lemak manis. Kebanyakkan buah mangga lemak dibawa masuk dari negara Thailand. Buah mangga dari Thailand tak pernah tak sedap.

Mangga Lemak Manis

Mangga lemak mangga paling favourite. Sejenis mangga yang sedap di makan muda ataupun masak. Walaupun muda warna hijau tapi bila makan rangup betul. Sesuai sangat buat jeruk mangga asam boi.

Yang sedang masak tu, rangup-rangup manis sesuai dibuat kerabu mangga. Kerangupan dia tu tahan lama. Rasa mangga yang lemak manis bila bercampur dengan rencah kerabu tu buat lagi bertambah sedap. 

Nak kerabu mangga sedap, silalah guna buah mangga lemak. Buah mangga lemak bila dah masak, rasanya manis tak manis sangat. Walaupun tak seharum dan tak semanis harum manis, Fiza tetap pilih mangga lemak. 

Harga Buah Mangga Lemak

Harga buah mangga lemak bergantung pada pemborong dan penjual. Yang Fiza beli ni RM10/sekilo. 3kg RM28. Delivery charge RM2 sampai depan rumah. kalau pos tak pasti berapa harganya 

Kau orang boleh contact kakak ni 013-3308466 yang berdekatan area Seremban.

Terus Fiza beli 3kg terus balas dendam tak dapat rock melon. Senang bila 3kg terus buat stok buah kat rumah. Boleh buat kudapan dikala lapar. Dapatlah dalam 12 biji untuk 3 kg tu.

Mangga Lemak Manis

kira banyak jugalah Fiza dapat. Baru potong separuh (6biji) dah dapat 3 balang dah. Berbaloi sangat beli buah mangga dan buat jeruk mangga asam boi sendiri je. Jimat lagi lah. 

Kalau beli jeruk dah siap tu, 2 balang dah RM20 dah.

Sebelum ni membeli jeruk terus sebab susah nak jumpa buah mangga lemak ni. Ni dah jumpa pembekal buah mangga, senang lah sikit nak membeli.

Buah mangga lemak ni sedap di makan begitu saja. Tak buat jeruk mangga asam boi pun sedap okay. Potong sesiap masuk dalam bekas. Sesambil lalu kat peti ais tu amek sepotong.

Dah beli 3 kg tu, makanlah sampai puas hati. Cukup stok buah untuk seminggu dua ni. 


41 comments

  1. Buah kegemaran, melon dan mango..ahhh sedapnya

    ReplyDelete
  2. Wah! ni memang balas dendam sungguh ni.
    12 biji banyak tu boleh makan sampai puas berhari-hari nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang kak tak payah restock buah dah. snak sihat gitu. betul betul balas dendam. hihi..ada tetamu pun boleh dijamu dengan buah :)

      Delete
  3. wak tgh cari buah mangga harumanis pwrlis yg mahal giler sekilo rm32 tuuu tp skrg bukan musim pulakk.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. skang tak musim susah nak dapat wak. Kena tunggu musim gitu

      Delete
  4. lama xmkn mangga..tp sekali2 pekena sedap juga kan fiza..
    shida pn sama,kdg2 xlalu mkn nasi..mmg balun buah jer!

    ReplyDelete
  5. kat kampung suami akak banyak pokok pelam macam ni.Sampai buang2 sebab tak de siapa nak makan. diaorang dah jemu.Klaau suami akak rajin dia la yang kain bawak balik ke penang ni. Akaka pun suka buat jeruk mangga ni. Buat kerabu pun sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada pokok memang jemu kak. kat kampung pun ada mangga tapi mangga telur yang kecik tu. sampai tak termakan dah. kalau orang nak memang bagi je. betul, mangga lemak ni memang sedap buat kerabu mangga.

      Delete
  6. boleh tahan juga harga mangga ni. tak pernah beli pun, kat rumah kalau musim buah jenuh nak makan..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, boleh tahan juga harganya. tak jumpa yang murah lagi. ini je ada. Kalau musim memang puas makan.

      Delete
  7. Kecur air tengok buah mangga lemak ni

    ReplyDelete
  8. Terbayang mangga tu makan dengan colek thai.. sedap nye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. colek thai tu macam kuah rojak ye. kecur air liur dah.

      Delete
  9. Sedapnya. Lawa gambar. Nampak lagi terliur lepas tengok gambar

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Memang sedap. Memang niatnya nak buat jeruk asam boi :)

      Delete
  11. betul kadang kadang rasa mcm lidah nak rasa benda masam lah

    ReplyDelete
  12. peram lama sikit boleh buat pulut mangga ni wallaaa ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann terlupa pulak boleh buat pulut mangga. mujur ada tinggalkan sebiji nak makan masak nanti.

      Delete
    2. ehemmm... sy ada pinggan lebih ni hehehe

      Delete
    3. Ehemm..jiran jauh hantar gambar je mampu..ampunnn

      Delete
  13. Mangga lemak mmg sedap sbb kurang masam..baru semlm jiran bagi sebekas mangga lemak asam boi..dah nk habis..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh best tu. rezeki dapat jiran pemurah. Sebekas memang sekali hadap je habis. Sedap dia tak boleh tahan

      Delete
  14. amboiii balas dendam betul ni..! Haha!! Sedapnya!!!

    ReplyDelete
  15. Woooo... kecur liur weeeiiii! Saya pun nak ikut balas dendam jugak ni... mau cari mangga muda jugak!

    ReplyDelete
  16. amboii, ambil gambar mangga pun cantik ni..hahahah

    ReplyDelete
  17. Sedapnya... Lama pula tak makan kerabu mangga.. buat mangga asam boi pun sedap nie..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.