Resepi Kerabu Mangga Lemak Manis Masak Cara Fiza

Wednesday, December 11, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Siapa je tak suka kerabu mangga kan. Mostly semua orang suka kerabu mangga. Yang tak suka tu mungkin kurang gemar dengan campuran bahan-bahan yang ada. Lain tekak lain citarasanya lah. Resepi kerabu mangga antara resepi kerabu paling mudah orang kata. Rajin tak rajin je lah nak membuatnya. Bila ada mangga lemak manis separa masak yang husband beli kat pasar malam tu. Maka, merajinkan diri kejap buat kerabu mangga.


Kerabu mangga pun ada berbagai versi. Ada yang letak udang kering, ada yang letak sos ikan dan bermacam lagilah. Fiza gunakan bahan-bahan yang ada je kat dapur tu. Cuma tambah ikan bilis garing sikit je lah. Nak letak boleh tak nak letak pun boleh.

Bahan-Bahan
(Hidangan untuk seorang)
1/2 biji mangga lemak manis (diracik halus)*
1/2 biji bawang merah rose (dihiris nipis)*
4 tangkai cili api (dipotong kecil)*
secubit garam*
1 sudu camca gula perang*
7 ekor ikan bilis digoreng garing
5 biji kacang tanah (beli yang sedia untuk dimakan-ditumbuk kasar)

Cara-Cara
Masukkan ke semua bahan-bahan yang bertanda * ke dalam satu bekas dan gaul rata. Taburkan ikan bilis dan akhir sekali taburkan kacang tanah. Siap! Mudah bukan? Bila guna mangga lemak manis ni rasa dia tak masam dan lagi sedap berlemak tu ditambah dengan kerangupan mangga tu. Guna mangga epal pun sedap sebab rangup.



Makan begitu je tanpa nasi pun sedap juga. Lengkap ada rasa masam manis dan pedas macam tu. Tambah sedap bila ada kerangupan ikan bilis goreng dan kacang tanah tumbuk kasar. sedap! Selamat mencuba.

With Love, Sihatimerahjambu

39 comments

  1. Terus terliur tengok mangga haihhh... Nasib baik sekarang musim mangga. Akak paling suka kerabu mangga letak bilis... Simple tapi sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah je nak buat. Lepas ni boleh buat Kak Fiza. tambah ikan bilis rangup lagi sedap kan :)

      Delete
  2. sedapnye kerabu magga..
    kecur airliur..
    mkn ngn ns panas2.. sedap!

    ReplyDelete
  3. Suka kerabu mangga kat kedai tomyam.
    Terima kasih kongsi resipi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerabu mangga kedai tomyam memang takleh lawan sedap dia. hihi

      Delete
  4. sedapnya kerabu mangga. masam-masam macam tu. resepi mak letak ikan rebus. lepas ni nak try cuba resepi ni guna ikan bilis dan kacang pulak..yummyy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru tahu boleh letak ikan rebus juga..macam sedap juga tu.
      Selamat mencuba resepi ni :)

      Delete
  5. Dapnyaaa..cheq pun suka makan kerabu mempelam macam nih 😆👍🏻

    #5870 🎈

    ReplyDelete
  6. bundaku suka buat yang kayak gini. pasti segar ya rasanya

    ReplyDelete
  7. betul tu, ada macam-macam gaya kerabu mangga ikut pada kesukaan kan... kadang ada yang suka masukkan dalam sambal belacan

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk dalam sambal belacan tu tak pernah cuba lagi. tapi macam tak mengikut citarasa tekak sendiri pulak =_='

      Delete
  8. Antara menu wajib masa bulan puasa sebab dpt buka selera. Lg2 kalau makan dengan nasi ayam..sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow! menu wajib..hari hari mengkerabu lah camni. memang sedap dan pembuka selera.

      Delete
  9. Sedap tu... Wife teman, suka benor makan kerabu mangga nie... thanks for sharing recipe tu...

    ReplyDelete
  10. Wah, gambar makanannya menggoda sekali. Jadi ingin mencoba.

    ReplyDelete
  11. lama sgt x makan kerabu mangga. i love having it with my friends. it taste better with them.

    ReplyDelete
  12. wahhh.. sedapnya boleh la try ni. terliur dibuatnya

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Klau tak letak gula perang boleh tak ? Atau kena ganti dengan bahan lain . Sebab kat rumah nie jarang beli gula perang , sebab tak byk masakan nak guna gula perang .

    ReplyDelete
  15. Kerabu mangga nie pada Sha, yang buat dia sedap tu kena ada kacang dan ikan bilis.. Tu yang buat kerabu mangga sedap di ratah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. bertambah rangup bila makan. memang sedap diratah makan begitu je

      Delete
  16. wah sedapnya pandai fiza buat kerabu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..ikut resepi mudah mudah dan olahkan cara sendiri

      Delete
  17. Memang sedap kerabu mangga ni. Makan gitu je pun dah sedap sangat.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.